너를 그리워.
missing you does hurt.❦ ❦ ❦
Jungkook melangkah lemah memasuki kediaman mewah ayahnya. Dia baru saja berselisih faham dengan teman wanitanya.
Jadi, angin lelaki kacak itu sangat tidak baik pada tika itu.
Saat Jungkook melewati ruangtamu, langkah kakinya terhenti apabila dia terdengar suara gelak ketawa.
Langkahnya diubah, ingin melihat apa yang menarik sangat sampai mendatangkan bunyi bunyi ketawa itu.
“ eh kook? ”
Jeon Jungkook bungkam apabila matanya berlaga dengan pandangan mata Jihyo. Gadis cantik itu juga tampak terkejut dengan kehadiran Jungkokk disitu.
“ pa tak beritahu pun Jungkook dah balik— saya— ”
“ kalau papa beritahu, kamu tak akan kesini lagi dah kan? ”
Jihyo menundukkan pandangan nya. Tidak mahu memandang Tuan Jeon dan tidak berani memandang Jeon Jungkook.
“ duduk, kook. Jihyo ada bawakan makanan ni. ada lebih, mari makan sekali ” Tuan Jeon tersenyum samar.
Pantas Jungkook menggeleng.
“ Kook penatlah pa. lain kali ajelah. kook masuk ke bilik dulu ya? ”
Hanya alasan itu yang mampu Jungkook berikan.Dia tidak mahu berhadapan dengan Jihyo. Kerana Jungkook tahu, dia telah menyakiti gadis cantik itu.
Dan Jeon Jungkook itu takut, takut sekiranya dia berada berhampiran Jihyo, dia tidak akan boleh melepaskan gadis cantik itu pergi.
‘ you can't be with her ’
Getus hati Jungkook yang sedang menahan pelbagai rasa.“ oh tak apa, saya nak balik dah. awak makan ya, jungkook? ”
Jihyo terus berdiri lalu mengatur langkah pergi.Sempat gadis cantik itu mendakap erat tubuh Tuan Jeon sebelum terpaksa lalu disebelah kanan Jungkook untuk ke pintu utama.
“ welcome back, Jeon ”
Jihyo tersenyum samar kearah Jungkook sebelum kembali melangkah.Saat bahu mereka berlaga, mata Jungkook terpejam rapat. Dia ingin mengejar Jihyo, dia akan memeluk gadis itu.
Tetapi, Jungkook bagaikan dihalang dari berbuat sedemikian. Padanya, ada dinding diantara dia dan Jihyo.
❦ ❦ ❦
“ saya dah cakap, Jungkook. papa awak tak sukakan saya. dia takkan terima saya ”
“ papa hanya nakkan Jihyo jadi menantu papa semula ”
“ welcome back, Jeon ”
Fikiran Jungkook benar benar serabut memikirkan ayahnya, Lisa, Jihyo dan perasaan dia sendiri.
Batang hidungnya dipicit beberapa kali sebelum leher juga turut Jungkook urut perlahan.
Dia betul betul buntu. Dia sudah mula sayangkan Lisa atau dia masih belum melupakan Jihyo?
Jungkook sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, ada dinding yang menghalang Jungkook dari meluahkan perasaan nya kepada Jihyo mahupun Lisa.
“ aku tak patut balik ke sini ”
Gumam jungkook perlahan. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk meghubungi Lisa.“ hai, Lalice ”
Jungkook tersenyum kecil apabila panggilan nya dijawab.“ maafkan saya, sebab desak awak ”
Ungkap Jungkook lagi apabila Lisa kekal diam.“ saya tahu awak marah, maaf ”
Tambah Jungkook lagi setelah dia mengeluh kecil.“ Jungkook-ah ”
“ nae? ”
“ let's break up. i know, you still love her ”
Jantung Jungkook berhenti berdegup. Nampaknya, Tuan Jeon betul betul menunaikan kata katanya.
Iaitu; memberi tahu Lisa tentang Jungkook dan Jihyo.
“ no. sayang, saya— ”
“ tak apa, littlekook. saya sayangkan awak. kalau awak bahagia dengan perempuan lain, saya pun tumpang bahagia ”
Lisa tersenyum manis. Biarpun Jungkook tidak berada dihadapan nya pada ketika itu, gadis cantik itu tetap tersenyum.
Dia tidak mahu menangis. Kebahagiaan Jungkook bererti kebahagiaan nya.
“ Lalisa, listen to me— meet me tomorrow. jangan buat keputusan macam ni ”
Kata putus dari Jungkook sebelum panggilan dimatikan.“ shit ”
Carut Jungkook perlahan.❦ TO BE CONTINUED ❦
YOU ARE READING
[C] CASANOVA
Hayran Kurgu" dasar lelaki kasanova. poyo! " " cinta kasanova daripada seorang lelaki kasanova macam aku " A Jeon Jungkook Fanfiction start: 26/1/19 end: 26/2/19 cover by: @CHERRYLUCY