Bab 1

213 17 2
                                    

Sebelum tu saya nak bagitau, prolog saya memang tak letak tau. Nanti jadi spoiler. Jadi saya teruskan dengan bab 1. 😘

Selamat membaca.

Tiga tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga tahun kemudian...

"Ish... Ish. Dahsyat!" Telefon bimbit didekatkan pada wajah. Berkerut dahi Ahmad Khalil membaca setiap perkataan yang tertulis di dada skrin gadjet itu. Ibu jari ligat menyapu skrin.

"Apa yang dah..."

"Syhhh! Diam... Biar aku baca dulu!" pangkasnya menghalakan tapak tangan pada manusia di hadapannya.

"Boleh kenyang ke kau tenung benda alah tu? Sampai tak jamah makanan depan kau. Naik kembang dah roti canai tu, dahlah taruk kuah atas..."

"Syh!" Mata Khalil masih tidak berganjak dari skrin.

Razin menjulingkan mata ke atas. Malas mahu melayan. Pagi-pagi lagi sudah obses dengan gadjet itu. Entah apa yang dibaca sampai jadi begitu sekali. Entah-entah gosip pasal artis terkini. Mungkin perihal pelakon kegemarannya. Si Khalil ni boleh tahan 'melodi' jugak. Dari kampung lagi memang perangainya kepoh.

Ah, pedulikan lelaki itu. Razin harus penuhkan perutnya terlebih dahulu. Pinggan roti canai yang sudah licin ditolak ke tepi.

"Mamak! Roti canai lagi satu! Kuah taruk atas..."

Terenjut bahu Khalil dek laungan Razin. Hilang sebentar segala input yang dibaca tadi. Kini mata Khalil beralih kepada sahabat baiknya yang dianggap sebagai adiknya sendiri dengan rahang yang jatuh dan kening yang bertaut.

"Kau ni biar betul? Dah dua keping kau bedal, kau mintak lagi satu? Kau baca bismillah ke tidak ni?"

"Aku lapar... Biarlah aku nak makan. Lagipun roti canai ni bukan besar mana. Kau tu, gigitlah telefon tu sampai kenyang... Tak payah makan."

Khalil mencebik. "Nanti kau jadi ular sawa, baru kau tau. Tak boleh kerja."

"Oi, aku bukan kerja macam kau. Aku kerja naik motor, hantar surat... Makan angin, usyar awek..." Air disedut sedikit sambil mengangkat kening berkali-kali.

"Kenapa kau pilih kerja tu? Aku suruh kau mintak posisi lain, tapi lain yang kau mintak."

"Biarlah... Aku ni bukannya pandai macam kau, aku ada SPM aje..."

"Kau jangan buat ayat Awie sangat boleh?" Teringat kata-kata yang sering diucap Awie dalam cerita Zombi Kampung Pisang.

Meledak tawa Razin. "Eh, dalam cerita tu, Abang Husin tu bukan tak ada SPM ke? Jadi mana sama... Aku ada SPM..."

"Apa-apa ajelah!"

"Tapi betullah aku cakap, dah dapat jadi despatch pun dah syukur dah. Dapat tumpang dekat rumah sewa kau lagi. Kalau ikut hati aku ni, aku nak aje jadi nelayan, tapi itulah... Kena bebel..."

Silhouette Where stories live. Discover now