Bab 3

75 9 0
                                    



Bunyi bising bersilih ganti dengan suara lelaki tengkingan di luar bilik hanya didengari dengan mata yang dipejam rapat. Suara yang kuat membolehkan dia mampu mendengar setiap butir bicara mereka.

Mujur hari ni moodnya agak baik, jika tidak... Semua yang ada di ruang tamu itu pasti akan terima habuan dek mengganggu ketenteramannya.

"Andy, kau ingat tempat ni senang-senang boleh keluar masuk ke, hah?! Kalau ada orang ikut kau, macam mana?"

Mendengar nama itu, kelopak matanya terbuka luas.

"Andy..." Perlahan nama itu meniti di bibir.

"Sebab tu aku datang pada waktu macam ni. Aku tau yang tempat ni ibarat siang pada malam hari. Kau jangan banyak cakap, bagi aku jumpa dia! Aku ada benda penting nak bagi tahu dia!"

"Kau ingat dia nak jumpa kau?! Dah setahun kau blah dari ni. Kalau nak cakap apa-apa, melalui aku, faham? Jadi kau cakap ajelah pada aku, biar aku yang bagi tahu dia nanti..."

"Jay, aku kenal dia lagi lama dari kau, jadi kau jangan nak berlagak sangat!" suara itu semakin keras.

Segaris senyuman sinis di bibir. Dia akhirnya bangun dan menapak perlahan menghampiri pintu. Kedua-dua butang baju kemeja di bahagian tangan ditanggalkan dan lengan baju disingsing hingga ke paras siku.

Sebaik saja pintu dikuak, suasana bising menjadi sepi. Semua anak mata merenungnya tanpa ada sikit rasa untuk bersuara.

"Kita satu team, kan? Buat apa nak bergaduh. Jadi, Andy... Kau nak cakap apa?"

Lelaki yang sedang berdiri di tengah ruang tamu itu memandang wajah-wajah lain yang berada di sekelilingnya sebelum pandangan berakhir pada lelaki yang bersuara tadi.

"Aku tak boleh bagi tahu kalau ada mereka ni semua. Ini... Penting..." Perkataan 'penting' ditekankan seiring dengan pandangan tajam.

"Sam, Jay... Get out!" jawabnya dengan mata yang sedikit sepet. Pandangan langsung tidak berganjak dari memandang Andy.

"Tapi..." Jay baru saja ingin bersuara sebelum lelaki itu mengangkat tangan tanda tidak mahu sebarang bantahan.

Dengan dengusan perlahan, Jay memandang Sam yakni orang bawahannya yang berdiri di muka pintu. Hanya anggukan perlahan lelaki itu beredar terlebih dahulu diikuti dengannya. Dia memang rasa tidak puas hati, apa yang penting sangat sampaikan dia tidak boleh turut serta berada di ruang itu?

"Lama betul aku tak jumpa kau. Aku ingat kau dah tak nak terlibat lagi dan aku pun dah lepaskan kau dengan cara baik..." Lelaki itu berjalan perlahan menghampiri Andy. "Tak sangka yang kau akan datang jumpa aku. Kenapa, kau nak pakai duit?"

"Ini bukan soal duit. Ini... Melibatkan aku dan kau. Jadi aku tak boleh duduk diam saja..." Dia tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi. Ini semua melibatkan dirinya juga. Diibaratkan ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dia cuba beriak tenang, tapi tidak mampu. Apa yang paling dia pasti, dia takut!

"Maksud kau?"

"Apa yang kita risau dah jadi. Aku... Nampak dia, Karl..." Andy mula tergagap sebaik saja dia mengesan perubahan wajah dan nada lelaki di hadapannya. Dia melihat lelaki di hadapannya mula bercekak pinggang bersama renungan yang tajam.

Pandangan Karl terarah pada pintu sepintas lalu sebelum kembali memandang Andy.

"Kita bincang dalam bilik..."

Andy mengekori Karl masuk ke dalam bilik. Dia terus duduk di atas sofa bertentangan dengan lelaki itu.

"Dia? Dekat mana kau jumpa dia?"

Silhouette Where stories live. Discover now