Enjoy reading. 😘 jangan lupa comment dan vote tau.
Punggung dihempas di atas kerusi seiring dengan mulut yang menghela nafas lega. Lega kerana tugasnya hampir selesai. Selepas dia kembali ke pejabat tadi, dia mengadap franking machine sampai lenguh bahu dibuatnya. Mengantuk usah dikata, kalau letak bantal sudah pasti dia lena. Lepas tu dia keluar menghantar surat yang berbaki untuk hari ini.
Dia berhenti seketika untuk menunaikan solat Jumaat. Kini tinggal lagi beberapa keping surat saja yang perlu dihantar. Apa yang lebih menggembirakan, semua lokasi itu sudah dekat dengan kedudukannya sekarang.
Apa-apa pun, perut yang berbunyi perlu diisi. Selagi tak isi, kerja apa pun takkan jalan. Mood pun boleh jadi tunggang terbalik. Ayat 'kalau lapar, akan cepat marah' itu memang relevan.
Setelah pelayan mengambil pesanan, dia mengeluarkan gadjet dari poket. Sementara menunggu makanan sampai, lebih baik dia menjenguk media sosial. Entah apalah yang menarik hari ni. Selalunya tiap-tiap hari mesti ada benda viral dan kes-kes luar biasa yang menjadi topik.
Belum sempat dia menyalakan telefon bimbit, dia terpandang kelibat seseorang yang sedang berada di belakangnya dari pantulan skrin. Hati Razin mula merasakan ada sesuatu walaupun dia belum pasti kesahihannya. Mungkin dia terlalu paranoid.
Razin nyalakan telefon dan terus mendail nombor Khalil sekadar mahu mengaburi pandangan manusia di belakang. Niatnya untuk menjenguk media sosial ditolak tepi. Wajah selamba dikekalkan seolah-olah dia tidak menyedari kehadiran lelaki itu.
"Kau kat mana, Lil?"
"Dalam hati kau ler..."
Jawapan Khalil membuatkan Razin terlupa terus tentang sebab utama menelefon lelaki itu.
"Kau jangan macam-macam. Jangan kunyit sangat boleh tak? Aku..."
"Aku nak ada kat mana lagi, setan? Sekarang ni pukul 2 setengah, mestilah aku dah masuk ofis... Berlambak kerja aku ni. Hah, kau nak apa? Cakap cepat..."
"Dahlah, nanti ajelah aku cakap kat rumah. Kau buatlah kerja kau dulu..."
"Kau ni memang nak mampus dengan aku. Kau..."
"Blah dulu!" pangkas Razin dan dia segera matikan talian
Telefon kembali dimasukkan ke dalam poket.
Mood nak melantak terus ke laut. Ketika pelayan menghantar minuman, dia batalkan pesanan makanan. Dalam masa beberapa saat saja dia menyedut air sirap limau itu sehingga habis lantas dia bangun. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi kedai-kedai yang berada di koridor.
"Walau jauh akan... Kugegas berlari. Walau tinggi bisa kuterbang di langit. Walau sedalam mana akan kuselami..." Dia menyanyi dengan penuh perasaan namun matanya galak bekerja.
Ternyata telahannya tepat, lelaki itu memang mengekorinya. Ah, menyusahkan betullah.
Tanpa berfikir panjang, Razin berpaling dan terus menghadap lelaki itu. Tindakan Razin menyebabkan lelaki itu terkejut. Belum sempat dia melarikan diri, Razin bersuara.
YOU ARE READING
Silhouette
Casuale"Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?" - Thalea Aleesya "Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat." - Razin Qayyim Pertemuan mereka bermula...