"Sekarang ni aku nak kau cakap dengan aku sebetul-betulnya, kau melacur dengan siapa semalam?"
Tersembur habis air kosong dengan soalan tiba-tiba Khalil itu. Laju Razin mengelap mulut dengan menggunakan lengan baju. Kelibat Khalil yang baru pulang dari kerja over time diekori dengan lirikan mata sehingga lelaki itu berdiri di hadapannya.
"Tak beragak kau ni nak tanya pun!" Razin ketap gigi. Padahal jauh dalam sudut hati, dia bukan kesah sangat pun sebab dia tau, Khalil memang jenis bergurau kasar dan dia pun sudah terbiasa. Cumanya dia terkejut dengan soalan yang tidak disangka itu. Melacur? Hesy, teruk sangat bunyinya tu.
"Yalah, semalam nak dekat pukul lima pagi baru kau balik. Aku ingat nak tanya aje kau pagi tadi, tapi kau tidur mati. Aku kejut tak reti nak bangun. Kau subuh ke tidak?"
"Solat la. Lepas tu aku tidur balik..."
"So, sekarang... Kau cakap dengan aku..."
"Nak cakap apa lagi, kau pun tau kan yang aku tengok bola semalam..." pangkas Razin.
"Yang tu aku dah tau, kau buat macam aku tak pernah tengok bola. Tapi semalam tu lewat sangat kau balik. Next!"
Nafas dihela perlahan. "Lepas tu, aku tolong orang... Aku hantar dia balik rumah. Itu aje..."
"Kau tolong siapa pagi-pagi buta haaa? Yang aku tau, akak dukung anak aje yang tumpang orang pagi-pagi buta ni..."
"Hesy, bukan itulah! Aku tolong manusia la semalam. Ma... nu... sia!" perkataan itu ditekankan. "Perempuan tu nak kena rogol dalam kereta..."
Ayat itu ternyata mampu menarik minat Khalil. Terus saja dia duduk bersila di hadapan Razin dengan wajah ingin tahu.
"Lepas tu?!"
"Aku cuma tolong apa yang patut aje. Lepas geng lelaki tu blah, takkan aku nak tinggal dia sorang-sorang... Aku ni ada sifat keperimanusiaan lagi, kau tau tak? Aku hantar la dia balik rumah."
Dengan tak semena-mena bahu Razin ditepuk. "Bangga pak long dan mak long. Berita begini aku kena sebarkan..."
Tangan Khalil ditepis. Terkebil-kebil Razin merenung Khalil yang sudah berdiri. "Kau jangan macam-macam... Kau nak sebarkan apa?!"
"Dah, pergi siap sekarang. Aku nak solat kejap. Lepas tu, jom balik kampung! Kita kena sampai sebelum pukul 7... Nanti tak ada bot. Leceh nak mintak tolong orang nanti..." Laju Khalil melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa sempat Razin membuka mulut.
"Hoi! Takkan kau nak balik kampung sebab nak bagi tahu benda ni dekat pak long dan mak long?!"
Diam. Tiada balasan.
"Hish..." Nak tak nak Razin bangun juga dan melangkah ke biliknya. Ikut hati, memang dia rindu sangat dengan kampung walaupun baru sebulan dia meninggalkan tempat itu untuk mengikut Khalil. Dua minggu juga dia terperap dalam rumah sewa ni sementara nak bekerja di tempat yang disyorkan Khalil sendiri.
Jam tangan dikerling. Pukul 2 petang. Dia memandang ke arah almari dan juga beg baju yang terselit di situ. Rasanya tak perlu kut dia bawak balik baju sebab baju di kampung pun masih ada. Jadi Razin hanya mengambil barang-barang penting saja sebelum keluar dari bilik.
Beberapa minit selepas itu, Khalil muncul. Ternyata lelaki itu pun tidak membawa apa-apa. Tanpa berlengah mereka memulakan perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang atau lebih tepat lagi, ke Pulau Aman.
"Kenapa kau tiba-tiba nak balik kampung?" soal Razin memecah suasana. Sejak dari tadi mereka mendiamkan diri saja. Hanya celoteh DJ radio menjadi peneman.
Diam.
"Pak long mak long sakit ke?" memikirkan kemungkinan itu, Razin mula panik. Ditambah pula Khalil mendiamkan diri, itu membuatkan dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.
YOU ARE READING
Silhouette
Random"Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?" - Thalea Aleesya "Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat." - Razin Qayyim Pertemuan mereka bermula...