1.

1.5K 25 0
                                    

"Ikram , saya merayu jangan tinggalkan saya ! Saya sayangkan awak. Terlampau sayang."

"Astaghfirullah. Fiyya kau ni kenapa ? Ya Allah." Aku meraup muka ku. Jam di dinding ku tenung. Baru pukul 3 pagi. Haih , balik-balik mimpi dia. Mana tak ingat je.

Safiyya bangun dan menuju ke bilik air. Dia mencuci wajahnya dan mulai mengambil wuduk. Dia inginkan ketenangan. Dia ingin lupakan kisah yang sudah menjadi luka di dalam hatinya. Dia tidak mahu lagi menagih kasih lelaki itu tapi mampukah dia ?

"Fiyya , pergi kerja nanti dengan siapa ? Sendiri ke pergi dengan Aina ?". Tanya Puan Rina iaitu ibu kepada Safiyya Nafeesya.

"Hm , Fiyya drive sendiri jela ibu malas nak susahkan Aina tu. Rumah die pon jauh." Sebenarnya sahabatnya seorang tu tak kisah pon setakat nak jemput dan hantar pulang si Fiyya ni dia lagi suka adalah sebab dapat membawang. Tapi Fiyya tidak mahu menyusahkan kerana jarak rumah mereka yang agak jauh kira-kira 30km juga. Nak hantar dia balik dah pukul 8.30 pm , Aina nak drive balik malam-malam mau lewat malam sampai. Dia hanya risaukan keselamatan kawannta itu.

"Yela. Hati-hati bawa kereta tu okay ?." Pesan ibu kepada Safiyya.

Safiyya hanya mengangguk kecil. Kunci kereta di atas meja dicapai lalu terus membawa langkah ke luar. Enjin kereta dihidupkan. Dah lama rasanya aku tak bawak kereta ni. Rasa takut la pula! Ha itulah kau Aina offer awal-awal kau tak nak ! Nah ambik drive la kau sendiri !

"Bismillah." Pedal minyak di tekan dengan lafaz bismillah. Sejak peristiwa yang lalu. Fiyya tidak berani membawa kereta seorang diri. Yela mana tak nya time dia drive tu tiba-tiba dapat panggilan telefon dari Ikram mengatakan dia ingin putus tunang. Habis terbalik kereta tapi alhamdulillah dia masih bernafas sehingga kini dan masih mampu melakukan aktiviti yang lain seperti biasa.

Setelah tiba di tempat kerjanya iaitu di HS Holding dan dia juga memegang jawatang sebagai personal assistant kepada CEO Harraz Naufal , jejaka terhangat di pasaran gitu. Dia memakir keretenya di parkir yang telah disediakan untuk PA. Ha kau PA pon ada parking sendiri kau ada ? Omel Fiyya di dalam hati.

Dia memasuki bangunan HS Holding dengan senyuman yang amat manis dan ya ramai pekerja di HS Holding amat menganggumi Safiyya kerana pakaiannya yang amat mengikuti syariah islam. Kalau tak jubah , baju kurung dan semuanya longgar-longgar. Kalau sekuar pon sah-sah la palazzo dan juga blouse muslimah. Sarung tangan sentiasa ada dan juga sarung kaki. Tudung ? Jangan ditegur kalau bukan bidang 60 maka bukanlah Safiyya Nafeesya. Dia amat menjaga aurat dan mahkota dirinya sehingga ramai yang memuji di dalam diam. Pada pagi ini , die mengenakan jubah berwarna pink lembut fan juga tudung bawal putih bercorakkan bunga-bunga pink. Mukanya yang memang dah sedia putih gebus itu menampakkan lagi ayunya gadis itu!

Ha sudah. Janganlah pandang aku macam ni . Seram weh ! Pandang aku macam nampak hantu! Eisy. Ini yang rasa nak lari keluar balik ni. Kus semangat ! Ya. Aku memang tak suka kan perhatian. Aku tak suka crowded places. Tapi pelik kan macam mana lah boleh jadi PA. Huhuhu. Aku pon tak tahu.

"Woi Fiyya ! Fuh lamak lawanya member aku ni!" Puji Aina yang sedari tadi memerhati rakannya itu.

Safiyya menjuihkan bibir. "Eh kau ni macam baru nampak aku! Padahal tiap-tiap hari muka ni je kau tatap!".

"Ha tatap tak tatap. Kekasih hati kau dah panggil awal-awal tadi." Kata Aina. Fiyya kelihatan sedikit pelik. Kekasih hati? Siapa pula dah? Tak akan Ikram kot!

Fiyya mengangkatkan kening kanannya sedikit. "Siapa?"

Aina dah tergelak besar. "Ya rabbi. Sahabatku boss kita la weh ! Kau lupa ke pagi- pagi kau kena pergi bilik dia laporkan segala temu janji?."

Fiyya dah buat muka blur. " Weh! Ya Allah ! Sekarang pukul berapa dah? Ha mati aku !." Kata Fiyya terus menuju ke bilik CEO HS Holding.

Pintu yang terpapar nama Harraz Naufal diketuk beberapa kali sebelum menapak. Harraz yang sedari tadi sedang sibuk menghadap komputernya terus berpaling menghadap Safiyya. Segaris senyuman diberikan.

"Hm Encik Harraz." Hanya itu yang keluar dari bibir pink milik Safiyya. Tapi kejap. Asal aku panggil dia macam tu?

Harraz tersenyum manis. Alahai Harraz ni asyik senyum je tau la kacak. Tumbuk juga kang muka tu!

"Ye Safiyya ?" Soal Harraz sambil memberi isyarat kepada Safiyya untuk duduk.

Safiyya terus duduk dan buku catatan di tangannya di selak. "Hm. Hari ni Encik Harraz tak ada kena jumpa klien ke apa tapi ada meeting dengan staff sahaja pada jam 3 petang nanti." Terang Safiyya dan senyuman diukir lantas menundukkan pandangannya.

Harraz mengangguk. " Kalau macam tu , kita lunch sekali okay ? I don't take no as an answer. "

Mata Safiyya membulat. Eh aku lah dia ni! Suka hati je nak angkut aku! Cari gaduh betul. Memang tak lah aku nak lunch dengan kau kang Ikram nampak macam mana ? Tiba-tiba Safiyya tersentak. Ikram ? Aku dah tak ada apa dengan dia. Hm. Aku rindu dia.

Harraz mengeluh. Dia tau apa yang ada dalam kotak fikiran gadis itu sudah semestinya lelaki yang amat dia cintai , Ikram Luth.

"Safiyya? Kau nak kena luku ke ?". Terjah Harraz. Ha memang Harraz ni nampak sweet-sweet gitu tapi bahasa dia sama je macam mamat gangster. Aku kau je ! Kisah apa dia!

Safiyya mencebik. Ee aku debik kang. "Apa ? Saya tak nak lunch dengan awak."

"Ada nampak macam aku kisah ke?" Soal Harraz pula.

"Encik Harraz. Lunch tu bukan kerja saya unless la ada meeting dengan klien nak kena lunch sekali!". Bentak Safiyya. Ye kisah apa aku mamat ni kena bagi sebijik bukan sekali dia buat macam ni banyak kali dah. Kenapa aku berani sangat? Simple je aku kenal dia ni dah lama dah tapi tak la rapat sangat. Kenal pon sebab dia senior tempat belajar aku dulu dan sekarang aku kerja under dia.

Renungan mata Harraz amat tajam menusuk ke dalam hati Safiyya. Auch. Safiyya menelan air liur.

"Aku ada meeting. Kau ikut. Faham? Kau bunyi lagi aku pelangkung kau." Kata Haraz.

"Meeting? Dengan siapa ? Kenapa saya tak tahu?." Soal Safiyya bertalu-talu. Mana taknya dia PA kot tak kan tak tau pasal meeting-meeting ni.

Harraz membuat muka menyampah. " Aku cakap jangan banyak bunyi kan?" Harraz menegaskan suaranya padahal dalam hati ingin sahaja dia membelai lembut gadis itu. Eh Harraz apa kau ni? Istighfar. Dia belum halal untuk kau lagi.

okay ni intro je. bosan sikit HAAHAHA lek2 dlu nanti kita kecoh sikit okays?

Sayang Paling Dalam Where stories live. Discover now