4.

553 14 1
                                    

Keesokan harinya Safiyya masih dalam dilemma yang sama. Wajah ibunya masih segar di dalam ingatannya dan keluhan berat dilepaskan. Safiyya , buatlah untuk ibu kau. Dia tak pernah minta apa-apa dari kau. Dulu kau pilih Ikram , dia sokong kau sebab kau nak sampailah Ikram tinggalkan kau , ibu masih dengan kau. Tak akan lah sebab lelaki tu lagi kau sanggup ketepikan ibu? Safiyya mengesat air matanya. Ibu , Fiyya buat sebab ibu.

"Ibu .. Fiyya ada benda nak cakap." Kata Safiyya yang setia berdiri belakang ibunya.

Ibunya menoleh dan hanya senyap tanpa kata-kata. Mungkin kesal dengan perangai anaknya itu.

Safiyya mengenggam tangan ibunya. Kuat. "Ibu. Fiyya ikut cakap ibu. Fiyya akan kahwin dengan Harraz tapi Fiyya nak ibu tahu Fiyya buat semua ni sebab ibu dan Fiyya tak janji yang Fiyya boleh bahagiakan Harraz." Itu sahaja yang keluar dari mulut Safiyya dan lagi sekali air matanya gugur. Hatinya berat tapi hati ibunya lebih penting.

Puan Rina tersenyum dan terus memeluk anaknya itu. "Terima kasih Fiyya. Terima kasih sangat-sangat. Kalau macam tu nanti Fiyya pergi jumpa Harraz ya ?Bincang apa yang patut. Yang lain ibu uruskan dengan aunty Zara." Kata ibunya dengan nada yang amat gembira sekali. Ya , dia gembira kerana dia percaya akan ada bahagia diantara mereka nanti. Dia yakin akan itu.

Safiyya hanya tersenyum hambar. Ya , dia telah memilih jalan ini. Dia harus redha. Fiyya , kau kena kuat. Harraz , kau yang minta semua ni. Baik , aku terima tapi kalau kau sakit jangan salahkan aku. Omel Safiyya di dalam hati.

Safiyya sudah bersiap dengan jubah baby blue dan tudung yang sama. Tiada solekan hanya sekadar secalit pemerah bibir. Dia senyum melihat dirinya dalam cermin dan tangannya laju menekan punat telefon untuk menghubungi Harraz .

"Hello?" Terdengar suara Harraz di talian.

Safiyya memejamkan matanya sebelum berkata. "Ye , saya tau awak dah tau pasal kita. Ibu suruh saya jumpa awak untuk bincang pasal majlis kita. Awak free ke?"

Harraz tersenyum seorang diri dalam fikiran dah macam-macam dah dia fikir. Dia ingin yang terbaik buat dirinya dan Safiyya.

"Ya. Aku tau. Lagi 10 minit aku sampai."  Kata Harraz masih mengekalkan suaranya yang dingin dan belum sempat Safiyya berkata Harraz telah matikan talian.

Safiyya mendengus. Tak guna punya Harraz ! Aku belum habis cakap lagi dah letak. Belagak lah tu aku terima. Kalau bukan sebab ibu , aku tak akan terima kau lah ! Tunggu kau ! Kalau dah kahwin ni memang aku jentik mulut tu tak pernah nak cakap elok-elok.

"Safiyya ! Turun sini Harraz dah sampai!"

"Aik. Sampai dah ? Kata 10 minit ? Tak akan aku bebel sampai 10 minit ? Alah kau tu Fiyya bebel sejam pon kau mana pernah sedar." Omek Safiyya dan beg tangannya dicapai dan turun ke bawah.

Safiyya merenung Harraz dengan pandangan mautnya manakala Harraz macam biasa dengan muka tak bersalahnya. Eh kisah apa aku ? Renunglah Fiyya kau tunggu kau dah jadi yang halal untuk aku nanti memang aku cungkil mata tu eh ni keganasan rumahtangga ni huhuhu.

"Fiyya , elok- elok pergi tu. Bincang elok-elok jangan gaduh-gaduh pulak." Pesan ibunya lembut. Macam lah dia tak tau anaknya seorang tu kalau dah tunjuk keras kepala buatlah apa pon tak akan jalan.

Harraz tersengih seperti kerang busuk. Ibu oh ibu , Fiyya ni tak adanya nak bincang elok-elok yang dia tau cari pasal je. Eh ibu? Tak kahwin lagi Harraz laju je kau panggil ibu eh.

"Awak nak tunggu apa lagi ni ? Bulan jatuh dari langit?" Perli Safiyya. Ha ambil! Duk tunggu apa pon tak tau la. Termenung je kerja muka kalau handsome tak apa la juga. Ni muka macam monyet mana dah.

"Tak lah. Tengah tunggu kau jadi manusia sikit. Muka garang dah macam apa suara jangan cakaplah. Pakai baju dah elok tutup aurat tapi kalau tau perangai. Fuh ! Boleh mati !" Kata Harraz sambil tersengih. Seronok dapat sakat gadis idamannya itu.

Safiyya menjeling Harraz. "Boleh mati pon awak juga yang beria nak kahwin dengan saya kan ? Ha hadaplah." Kata Safiyya selamba lalu berlalu pergi menuju ke kereta meninggalkan Harraz yang terpinga-pinga. Ambil kau Harraz kan dah kena sekali. Huhuhu.

"Woi ! Tutup pintu kereta tu pelan lah sikit ! Aku sekeh kau nanti kang !"

Safiyya menjuihkan bibirnya. "Kira baguslah saya tak pecahkan kereta ni."

Harraz mengecilkan matanya dan memandang Fiyya seketika. Aku lah dia ni. Cakap satu balas sepuluh. Ada je benda nak menjawab.

"Fiyya , aku nak tanya ni."

"Hmm." Itu sahaja yang keluar dari mulut Safiyya.

Harraz berdehem beberapa kali sebelum menyambung percakapannya. "Nanti dah kawin kau nak kita stay rumah ibu ke rumah aku ?" Soal Harraz. Sesungguhnya dia tak kisah pon tinggal mana asalkan Safiyya selesa.

Safiyya memandang sisi wajah Harraz. "Rumah awak. Kita dah kahwin kan ?" Ringkas. Padat.

Harraz tersenyum sendiri. "Okay sayang." Eh sayang ? Tempah mautlah Harraz !

"Sayang sayang apa ? Siapa sayang awak?" Soal Safiyya padahal malu dipanggil begitu. Yela semasa dia dengan Ikram pon mana pernah jejaka itu panggil dia dengan panggila mesra macam tu. Awak saya je selalunya.

"Kau la." Balas Harraz pula acuh tak acuh. Seronok dapat sakat Safiyya ni.

"Eh sorry sikit saya tak pernah sayang awak. Tolong jangan perasan ! Muka pon macam mamat poyo mana entah ada hati nak cakap sayang. Cermin dulu muka tu !" Bentak Safiyya ingin sorok perasaan malunya itu.

Harraz tersengih mengusik. "Benda suka cakap je lah."

Safiyya Nafeesya memalingkan muka dan membuang pandangan ke luar. Malas nak layan Harraz. Cakap apa pon ada je dia nak lawan. Lebih baik diam je.

"Woi ! Sampai dah. Turunlah ke kau nak aku dukung kau ?" Perli Harraz apabila melihat Safiyya hanya termenung tidak sedar yang mereka sudah sampai ke destinasi. Apa lah yang dia ni fikir ? Ikram ? Ke aku? Dan dah kenapa dia nak fikir kau pula Harraz ? Eh.

Safiyya tersentak. Pintu dibuka dan dia melangkah keluar. Fikirannya kosong. Dia langsung tak gembira. Butik pengantin di hadapannya dipandang tanpa perasaan.

"Kau nak masuk ke tak nak ni?" Soal Harraz lagi yang sudah berdiri di hadapan pintu butik itu.

Safiyya berjalan menuju ke arah Harraz dan memasuki butik itu manakala Harraz mengikutnya dari belakang. Kemudian , mereka dihampiri seorang pekerja dari butik itu.

"Yes. What can we help you Miss ?" Pekerja itu bertanya dan senyuman dilemparkan.

Safiyya senyum segaris. " We're looking for a wedding dress."

" Miss nak yang macam mana ?" Soal pekerja itu lagi sambil membuka katalog mereka.

"Simple. White. Tak suka yang crowded. And yes tak ikut body." Pinta Safiyya dan Harraz hanya mengangguk. Sebenarnya dia masih blur jadi dia ikut je lah Safiyya.

Pekerja itu mengangguk. "Of course. Kami ada beberapa design yang simple yet elegant and for sure menutup aurat. Miss nak tengok?"

"Yes please."

Pekerja tu pon menunjukkan beberapa contoh. Semuanya cantik. Macam mana Safiyya ni nak pilih ?Aku tengok pon tak tau nak pilih yang mana. Omel Harraz sendiri.

Mata Safiyya tercacap pada satu dress yang amat cantik. Loose. White. Elegant. Lama dia tenung sebelum dia terdengar satu suara bersuara.

"Kau nak yang tu ke ?" Soal Harraz.

Safiyya menoleh ke kirinya memandang Harraz. "Nak try dulu."

Pekerja di hadapannya tersenyum. " Boleh miss. Kami ada contoh untuk Miss try."

Harraz mengangguk. "Then try dulu lah and we will see."

okay geng. next update malam nanti eh. huhu. tengah stuck pulak. ada typo ke apa sorry and pls do comment.

Sayang Paling Dalam Where stories live. Discover now