5.

585 15 1
                                    

Safiyya berlalu masuk ke dalam 'fitting room' baju yang dipilih ditenung seketika. Nampak macam mahal. Omel Safiyya sendiri. Tapi kisah apa aku kau nak sangat kahwin dengan aku kan Harraz ? Padan muka kau ! Aku ambil semua yang mahal-mahal ! Biar kau stress ! Tanpa melengahkan lagi masa , Safiyya menyarungkan dress tersebut dan juga tudung yang sedia ada. Dia betulkan penampilannya sebelum keluar.

Harraz yang sedari tadi sedang membelek katalog baju pengantin berpaling apabila suara Safiyya menjamah telinganya.

"Awak. Dah."

Harraz menelan air liur. Uish ! Lawa gila dia ni. Ni kalau tak ada orang ni mau aku terkam dah. Ey geramnya ! Tak pakai make up pon lawa macam ni. Bini siapa la ni ? Eh. Bakal bini. Ya , bakal isteri Harraz Naufal. Eh terbangga pula.

"Awak dah kenapa duk telan telan air liur ?" Soal Safiyya. Menyampah dengan perangai Harraz.

Harraz menayang muka seriusnya semula. "Tekak kering. Asal ? Kau ada masalah ke ?" Soal Harraz pula.

"Tak ada masalah tapi muka awak tu macam nak telan !"

"Ha'ah memang nak telan pon. Geram aku dengan kau ni. Sekali dapat memang siap kau!" Ugut Harraz dengan muka selambanya.

"Weh sakitlah !" Bentak Harraz sambil menggosok - gosok lengan sasanya.

"Awak nak telan telan apa ? Tu baru sikit tau jangan sampai tangan saya sampai kat mulut awak tu!" Lawan Safiyya dengan matanya yang mencerlung.

"Ha meh sini. Boleh aku kiss mana tau lepas kiss terus lembut ke dapat peluk ke kan?" Kata Harraz sambil mendekatkan jarak mereka berdua sampai Safiyya dapat mendengar deruan nafas Harraz. Safiyya terkedu. Jantungnya laju.

"Harraz Naufal.."

"Ye sayang." Jawab Harraz dengan nada suara yang amat lembut yang mampu mencairkan semua wanita. Ye ke ? Tapi Safiyya tak cair pon. Erk !

Safiyya menundukkan wajahnya. Ha sudah , dah kenapa aku rasa macam tak boleh gerak ni ? Safiyya kau dah kenapa ? Mamat ni pon dah kenapa dekat dalam butik ni juga nak keluar perangai gatal dia tu ! Ish !

"Harraz .. Awak nak buat apa ni? Kita kat butik kan?" Lembut sahaja suara Safiyya. Bukan kerana dia mahu tapi dia terkejut dengan suara Harraz yang lembut sebentar tadi.

Harraz tersengih. "Tak lah. Aku macam ada bau busuk tadi tu yang dekat sikit nak try bau mana tau datang dari kau ke and guess what ? Memang kau busuk." Selamba saja Harraz berkata dan terus meninggalkan Safiyya yang terpinga-pinga.

"Awak kata saya busuk?! Harraz Naufal ! Eeeee !" Safiyya mendengus kasar sebelum masuk semula ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya.

Selesai sahaja urusan mereka di butik itu , mereka bercadang untuk singgah ke restoran berdekatan untuk menjamu selera. Safiyya pon tak banyak soal sebab dia pon memang tengah lapar , mana kan tidak dari malam semalam dia tak makan akibat mogok dengan ibunya.

"Kau nak makan apa ?" Soal Harraz sambil membelek menu.

Safiyya memangku wajahnya dengan tangan kanannya. "Apa-apa."

Harraz mengangkat keningnya sebelah. Apa-apa lah sangat kang aku order je tak makan pula. Ini lah perempuan suka sangat cakap eh tak kisah eh apa - apa lah tapi bila dah decide tak nak pula. Bebel Harraz di dalam hati.

"Aku jela macam tu."

Safiyya menjongketkan keningnya sebelah. Dah kenapa mamat ni ? Memang minta kena luku ke macam mana ?

"Sorry tapi sayang tak ingin nak makan awak. Tak sedap ! Ew."

"Eh siapa kata ? Belum cuba belum tau." Balas Harraz lagi. Tak nak kalah. Eh boleh dia kata aku tak sedap ? Ni Harraz Naufal la jejaka idaman malaya okay. Uhuk.

Safiyya menjeling sambil menjuihkan bibir mungilnya itu. Menyampah dengan perangai si Harraz !

"Ha jeling - jeling kang juling baru tau." Usik Harraz lagi.

"Biarlah juling tak payah saya nak kahwin dengan awak."

"Eh asal pula? Jeling tak boleh kahwin ?"

"Yela awak nak ke beristerikan juling ?" Soal Safiyya tidak mau mengalah.

Harraz berdehem seketika sebelum merenung sepasang mata yang cukup cantik di hadapannya itu.

"Nak. Kau kudung pon aku nak. Tak ada sebab untuk aku tak nak kau." Kata Harraz. Ikhlas.

Wajah Safiyya mula merona merah dan air liur yang ditelan terasa kelat ditekaknya.

"Asal kau diam?" Harraz dah tersengih seperti kerang busuk. Ha ambil kau ! Tadi mulut tu ada je nak menjawab sekarang terkunci terus.

"Taklah. Saya tengah tahan muntah sebab ayat awak tadi serius clichè. Loya tekak ni dengar." Balas Safiyya dengan muka yang dibuat-buat seperti ingin muntah.

Dasar ego tinggi ! Omel Harraz di dalam hati. Kalau dah cair tu mengaku jela ! Itu pon susah. Nak bagi kasih sayang pon susah. Sekeh kang. Tapi tulah comel je alahai. Lemah jantung abang ni sayang. Eh ? Melebih kau eh Harraz. Uhuk.

Sayang Paling Dalam Where stories live. Discover now