7.

889 20 9
                                    

        Setelah semuanya selesai , para tetamu juga semuanya sudah pulang Safiyya dengan langkah yang lolai masuk ke kamarnya untuk merehatkan badan yang sehari suntuk bekerja untuk menjayakan majlis nikah dan juga doa selamat sebentar tadi. Safiyya menanggalkan selendangnya dan rambut ikal mayangnya yang beralun cantik dilepaskan. Sungguh badannya amat letih dan mindanya juga tenat memikirkan soal apakah yang akan terjadi antar dia dan Harraz selepas ini.  Seketika Saffiya terhenti dari lamunan apabila terdengar ketukkan pada pintu biliknya.

"Siapa pula ketuk ni ? Ibu ke ? Masuk..." Jawab Safiyya dengan penuh lembut kerna fikir ibunya yang mengetuk.

       Safiyya tergamam melihat Harraz yang berdiri di muka pintu dan terus masuk ke dalam biliknya. Macam mana aku boleh lupa yang aku dah kahwin ni ? Ya Allah. Safiyya terus kelam kabut mencapai selendangnya semula.

Harraz mengerut dahi. Keliru dengan tindakan Safiyya.

"Dah kenapa nak pakai selendang tu ? Kita kan dah kahwin." Kata Harraz sambil mengambil tempat di sisi isterinya itu.

"Oh. Lupa." Jawab Safiyya dan kembali meletakkan selendangnya semula di tempat asal.

      Safiyya berasa tidak keruan tatkala Harraz makin menghampirinya. Kini jarak di antara mereka semakin kecil dan Safiyya dapat mendengar deruan nafas Harraz sekali gus menyebabkan bulu romanya tegak.

       Meletus ketawa Harraz apabila melihat isterinya sudah mengecil dan hanya menunduk. Muka jangan cakapla dah merah habis! Ha tu lah Safiyya tadi bukan main menjawab ni aku baru dekat sikit dah gelabah. Padan muka!

    Safiyya pelik melihat Harraz yang sudah gelak terbahak-bahak.

"Awak ni kenapa ?Dah kena sampuk?" Soal Safiyya acuh tak acuh.

"Tak. Tengok awaklah kelakar. Muka dah macam nampak hantu! Takut sangat saya datang dekat! Ha tau takut tadi belagak sangat kan ?" Usik Harraz sambil ketawa lagi. Harraz terus baring di atas katil itu sambil ketawa yang masih bersisa.

      Fuh ! Kurang ajar punya lelaki ! Berani dia sakat aku ? Ya Allah Safiyya malunya ! Mana nak letak muka ni ?

Safiyya berdehem beberapa kali sebelum berkata.

"Saya tak malu atau takut pon okay ? Tolong jangan perasan. Saya tunduk tu sebab bau awak tu yang busuk sangat! Nafas macam tak gosok gigi dah sebulan!" Lawan Safiyya. Ambil kau! Suka sangat gelakkan tadi ?

"Ingat saya nak percaya ke ? Sorry sikit saya dah mandi dah tadi. Wangi lagi ni. Sabun lux awak tu bau lagi kat badan saya ni. Nak try bau tak ?" Harraz berkata sambil mengangkat- angkat keningnya.

      Safiyya menjuih bibir. Menyampah ! Lantas bantal di katil itu dicapai dan dipukul Harraz menggunakan bantal itu berkali-kali.

"Ha ambil! Suka sangat sakat kan ? Ambil ni! Eeee geramnya!"

       Harraz ketawa lagi sambil cuba menahan tangan Safiyya dari terus memukulnya. Alah tak sakit pon. Saja nak cari pasal dengan perempuan ni. Lalu Harraz menolak Safiyya rebah di atas katil. Safiyya ketawa apabila Harraz menggeletek dirinya sambil tangannya cuba menepis jari-jemari Harraz yang menari laju di perutnya.

"Harraz!!! Dah la ! Geli lah!" Jerit Safiyya sambil ketawa.

       Harraz juga turut ketawa. Bahagia melihat Safiyya tersenyum lebar sambil memukul manja tangannya. Walaupon dia tahu ini cuma hanya seketika tapi biarlah dia menikmati saat ini.

"Siapa suruh menjawab ? Ha padan muka ! Laju sangat kan mulut tu ada je nak balas !" Harraz lagi galak menggeletek Safiyya.

     Safiyya sudah hilang nafas kerana ketawa tidak henti-henti dari tadi. " Dah la Harraz. Penat dah ni." Rengek Safiyya.

     Harraz terus berhenti geletek apabila terdengar rengekkan isterinya tadi. Kan best kalau kau macam ni je Safiyya. Aku sayang kau sangat-sangat. Terlampau sayang.

     Safiyya seakan tersedar dengan apa yang terjadi tadi. Terus muka dia merona merah kembali. Apa kau dah buat ni Fiyya? Malunya weh ! Seronok eh kau gelak-gelak , rengek manja-manja dan seronok la mangkuk ni nampak aku macam ni ! Tak guna Harraz ! Aku tak suka kau , tahu tak ?

    Muka Safiyya terus kembali bengis. Dia terus duduk dan memandang tepat ke arah Harraz.

"Awak tidur bawah. Saya tak nak kongsi katil dengan awak." Tegas dan padat sekali arahan yang dikeluarkan dari mulut isterinya itu.

     Keluhan kecil terlepas jua dari mulut Harraz. Kan dah cakap tadi , kejap je dapat rasa gembira semua ni. Tak apalah Harraz kau kena sabar. 3 tahun kau tunggu untuk dapatkan dia , jadi apalah sangat kau tunggu lagi untuk memiliki hatinya pula. Harraz terus bangkit dari pembaringan dan menoleh ke isterinya.

"Then saya nak tidur mana?"

"Situ." Arah Safiyya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah lantai.

"Tu tidur atas lantai. Ambillah tilam dalam almari saya dan awak boleh ambil bantal dan selimut juga. You can sleep anywhere you want just not in my bed." Safiyya terus berlalu pergi ke dalam bilik air. Dia sebenarnya berasa serba salah kerana ibu bapanya tidak pernah mendidiknya untuk menjadi biadab tapi dia harus lakukan itu kerana dia tidak mahu berpura-pura dan memberi harapan kepada lelaki itu.

Wow! Kejamnya kau Safiyya. Lantai kau bagi aku tidur ? Jijik sangat ke aku ? Benci sangat ke kau dekat aku ? Apa salah aku ? Lelaki tu yang tinggalkan kau ! Sikit pon dia tak kisah pasal kau ! Kau sakit aku yang ada dengan kau bukan dia ! Aku sayang kau ! Teriak Harraz di dalam hati. Ya , dia hanya mampu katakan semua itu di dalam hati. Bukan kerana dia lemah tetapi dia tahu dia harus bersabar. Berkasar dengan perempuan bukanlah dirinya. Dia lebih rela telan semuanya dari melepaskan amarahnya terdap Safiyya dan melihat gadis itu nangis. Tidak sama sekali.

     Harraz membentangkan tilam di atas lantai dan juga menyusun bantal-bantal. Badan dia pon dah penat. Hati ?Lagilah aku rasa macam nak mati dah ni menahan sakit. Ikutkan hati nak je aku tumbuk muka si Ikram ni. Dah tinggalkan pon menyusahkan hidup aku! Ish ! Bantal yang telah disusun ditepuk-tepuk kasar. Geram yang teramat dekat Ikram bantal pon aku belasah! Sabar Harraz. Jangan jadi bodoh. Jangan ego. Sabar. Tanpa sedar Harraz telah tewas dan terus dibuai mimpi.

Safiyya keluar dari bilik air ,memang dia saja lama-lama di dalam bilik air kerna tidak mahu melayan suaminya itu dan terlihat Harraz yang sudah tidur lena di atas tilam. Dia duduk di birai katil dan merenung wajah tampan suaminya itu.

      Handsome juga dia ni. Detik Safiyya di dalam hati. Eh Fiyya kau kenapa ? Tapi tulah aku memang tak boleh nak sayang kau. Aku minta maaf Harraz. Maafkan aku. Kau baik. Walaupon aku dah sakitkan hati kau tapi kau tetap senyum tapi senyuman kau tu sikap kau tu tak mampu memadamkan rasa sayang aku pada Ikram. Aku harap kau sedar dan boleh lepaskan aku. Luah Safiyya di dalam hati dan sebutir air jernih mengalir di pipinya. Dia rasa amat berdosa terhadap Harraz tapi dia tak boleh paksa hatinya untuk mencintai lelaki itu. Safiyya merebahkan badannya di atas katil sambil memandang Harraz yang sedang tidur.

Maafkan aku...

Sayang Paling Dalam Where stories live. Discover now