"Ini ke tempat meetingnya?." Soal Safiyya yang kelihatan pelik melihat bangunan dihadapannya. Ini shopping complex. Kalau betul meeting dengan klien sah-sah kat restoran lima bintang je.
Harraz yang diam sedari tadi di sisi hanya menjeling Safiyya disisi. Banyak mulut betul. Ada je tanya tu belum aku suruh masuk ikut aku ke sana sini mahu tak diam mulut tu sesaat pon. Bebel Harraz dalam hati.
"Ikut jela jangan banyak tanya." Simple dan mudah arahan dari mulut Harraz. Ye. Harraz ni memang pendiam tapi sekali buka mulut fuh padu beb.
Harraz terus berlalu pergi masuk ke dalam pasaraya mewah itu. Safiyya di belakang sudah mula membebel seorang di dalam hati dengan riak muka dengan tak boleh kawalnya. Sungguh ikutkan hati nak sahaja dia luku si Harraz ni tapi nanti mau dia kena buang kerja.
Tiba-tiba Harraz memasuki kedai emas meninggalakan Safiyya. Eh dia ni ada meeting dengang tokeh emas ke ? Lajunya masuk. Safiyya terjenguk-jenguk dari luar. Malas dia nak masuk nanti orang lain ingat dia ada apa-apa dengan Harraz. Eh jauhnya kau pergi Fiyya!
Harraz berdehem. Dia berjalan ke arah Safiyya sambil membetulkan rambutnya. Eleh ingat handsome la tu. Omel Safiyya.
"Dah puas tenung?". Terjah Harraz memberi senyuman sinis kepada Safiyya. Matanya tepat merenung ke dalam anak mata Safiyya. Safiyya terus tak keruan. Pipinya jelas kelihatan merah!
"Siapa tenung awak?" Soal Safiyya pula. Ish siapa entah tenung dia. Tak ingin la!
Harraz mengangkat keningnya sebelah dan mempamerkan senyuman minta kaki Safiyya.
"Kau la siapa lagi dari tadi duk tenung tenung. Kalau nak , cakap je." Harraz merenung redup sambil menanti jawapan Safiyya. Comelnya lahai Fiyya ni. Kalau dah dapat ni memang aku cubit cubit dah pipi tu.
"Eh hello saya dah bertunang okay ? Please sedar diri." Kata Safiyya dan tiba-tiba raup di wajah Harraz bertukar dan Safiyya juga sedar apa yang telah cakap sebentar tadi. Astaghfirullah. Tunang. Ya Allah. Lupakan dia Fiyya. Lupakan. Apa kau buat ni?
"Jom masuk. Ikut aku."
"Ha ? Ye." Itu sahaja yang keluar dari mulut Safiyya. Sungguh dia malu dengan Harraz.
Safiyya sedari tadi hanya mendiamkan diri dan hanya menurutkan saja kata-kata Harraz tanpa banyak soal. Harraz juga sedar dari tadi Safiyya dengar je cakap dia tak ada pon bantah.
"Cuba kau pakai yang ini jap." Pinta Harraz sambil menghulurkan sebentuk cincin yang dihiasi batu permata kecil berwarna emerald green.
Safiyya turutkan sahaja. Cincin yang dihulur dia ambil dan dia sarungkan ke jari manisnya. Hm , cantik. Omel Safiyya di dalam hati.
"Antara semua ni mana yang kau suka ?"
Safiyya menayangkan muka selambanya. "Semua cantik tapi awak beli untuk siapa ? Kena tengok juga kalau untuk ibu awak saya rasa yang batu pertama besar tadi warna merah tu sesuai kalau untuk girlfriend awak saya rasa yang saya pakai ni la sesuai. Warna dia pon cantik."
"Kalau aku kata untuk kau?" Harraz cuba bermain dengan api. Dia tau Safiyya tau akan perasaannya tapi Safiyya butakan hati. Butakan mata untuk menepis semua itu kerana bagi dia hanya Ikram di hati.
Safiyya terus menoleh memandang tepat ke wajah Harraz. Dahinya sudah berkerut. Dah kenapa pula ni? Memang minta kena luku ke apa ni ? Main-main pula. Aku dah la tak ada mood , dia main-main pula. Tapi kalau dia tak main-main macam mana Fiyya ? Eh kau kenapa Fiyya?
"Kalau untuk saya hm warna hijau ni la. Tapi malangnya saya tak nak!"
Harraz menjeling sekilas wajah comel Safiyya yang menayang wajah bangga. Halah bangga la tu dapat reject aku! Kau tunggu memang aku sarung cincin ni kat kau.
"Kau ingat aku nak sangat ke bagi cincin ni kat kau? Memang tak la. Aku lebih rela bagi kat mak cik jual ikan kat pasar tu. Perasan lebih." Harraz terus melangkah keluar setelah selesai urusannya disana. Dia hanya tahan gelak je bila nampak muka Safiyya dah berubah yela bandingkan dirinya dengan mak cik jual ikan ? Mesti la dia rasa nak luku je kepala Harraz ni.
"Awak.."
Harraz menghentikan langkahnya dan menoleh memandang Safiyya.
"Awak .. tau tak mak cik jual ikan kat pasar tu pon tak ingin nak cincin awak beli tu!" Kata Safiyya dan terus berjalan laju meinggalkan Harraz yang terpinga-pinga di belakangnya.
Cis! Aku ingat nak cakap awak saya sayang awak , ini yang aku dapat ? Ada jela mulut dia ni kalau nak melawan aku. Kalau dah kahwin ni memang kena get ready la segala ayat-ayat padu untuk cari pasal nanti kang cakap satu dia balas sepuluh. Tapi tanpa sedar Harraz tersenyum. Sungguh dia telah jatuh cinta untuk kali yang ke berapa pon dia tak tahu tapi dia pasti hanya Safiyya Nafeesya yang dicintainya.
okay .. so chapter kali ni takat ni je. chap sterusnya maybe malam nnt kita update okay. ♡
YOU ARE READING
Sayang Paling Dalam
Romance"Aku tau kau tak pernah cintakan aku tapi aku cintakan kau." - Harraz Naufal Lebih 3 tahun memendam rasa , akhirnya Harraz Naufal nekad melamar seorang gadis yang dicintainya , Safiyya Nafeesya. "Awak tau kan cinta saya. Kasih saya hanya untuk dia b...