Cincin di tangan direnung. Lama. Tanpa sedar keluhan yang keluar dari bibirnya. Dia meraup wajahnya beberapa kali , sungguh dia tidak tahu adakah betul apa yang dia lakukan ini ? Setelah sekian lama memendam rasa , adakah Safiyya Nafeesya akan menerimanya ? Sungguh dia tidak tahu. Keliru. Takut. Resah.
Nak ke Fiyya jadi isteri aku ? Yela kalau dulu dia ada Ikram memang tak lah nak pandang aku tapi sekarang dia single je tapi eh single ke taken ke bukan dia memang tak nak kat kau ke Harraz ? Eh tak guna. Hm. Apa yang ada kat Ikram tu sampai Fiyya sayang sangat? Dan Ikram kenapa kau bodoh sebab sia-siakan cinta Fiyya ? Tak faham betul lah aku. Ada yang elok ditinggalkan. Ada yang lebih elok tak dipandang. Eh kejap. Kau nak cakap diri kau lebih elok ke ni Harraz ?
"Harraz?"
Suara lembut bondanya Puan Sri Azrina menjelma ke telinganya. Dia berpaling menatap wajah bondanya yang sudah siap tersenyum.
"Ye ma...." Meleret sahaja suara Harraz.
Puan Sri Azara mengambil cincin di tangan Harraz. Dia tahu milik siapakah cincin itu sudah tentu Safiyya Nafeesya , gadis yang dicintai anaknya sejak 3 tahun yang lalu dan sekarang anaknya sudah bersedia untuk memberitahu hasrat hatinya.
"Cantik sangat. Bila Harraz nak jumpa family dia?" Soal bondanya.
Hanya keluhan berat yang keluar dari mulutnya. Sungguh dia tidak mempunyai keberanian. Dia takut jawapan yang akan diterima. Dia takut kalau Safiyya Nafeesya akan membenci dirinya. Betul ke apa yang aku buat ni ? Ya Allah berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ini.
"Harraz , sabar sayang. Mama tau Harraz terlampau sayangkan Fiyya dan mama pon tau kerasnya hati Fiyya tu tapi Harraz kena ingat hati manusia Allah yang pegang dan kalau betul Harraz ikhlas inginkan Fiyya , doa pada Dia. Minta pada Dia. Moga hati Fiyya tu dilembutkan. Okay?" Pesan Puan Sri Azara sambil mengusap lembut wajah anak kesayangannya itu. Sungguh hatinya turut bersimpati dengan Harraz. Mana taknya hanya dia sahaja yang nampak bertapa bersungguhnya anaknya itu untuk memiliki gadis yang bernama Safiyya Nafeesya. Sebagai ibu , dia hanya mampu mendoakan sahaja agar segala urusan dapat dipermudahkan.
Harraz tersenyum manis. Ye , ibunya tidak pernah mengecewakannya. Dia tau suatu hari nanti Safiyya akan tetap menjadi miliknya.
"Mama , kita pergi esok eh rumah Safiyya ?" Pinta Harraz sambil merenung ke dalam anak matanya ibunya yang mampu menenangkan hatinya yang sedang tidak keruan.
"Ye sayang. Esok kita pergi."
Harraz tersenyum lagi sekali. Akhirnya , perasaan yang telah lama dipendam akan diluahkan segalanya. Ya Allah , permudahkan segala urusan hamba-Mu ini. Jika benar dia jodohku Kau lembutkan hati dia ya Allah.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Eh Zara !" Terkejut betul Puan Rina melihat kehadiran Puan Sri Azara. Mana taknya rakannya itu sudah lama tidak datang kerumahnya sejak pulang dari luar negara , sibuk menguruskan perniagaan barunya itu.
Puan Sri Azara hanya tersenyum dan memeluk rakannya itu.
"Masukla Zara. Subhanallah lamanya tak jumpa kau ni. Ni tiba-tiba je datang ni. Ada apa- apa ke ?" Soal Puan Rina sambil menuangkan air ke dalam cawan. Pelik juga dia selalunya sahabatnya itu kalau nak datang mesti bagitahu dahulu ini tiba-tiba sahaja muncul.
"Ye , memang ada apa-apa." Jawab Puan Sri Azara dan Puan Rina hanya mampu melihat riak sahabatnya itu dengan wajah yang tertanya-tanya. Ada hajat apa ini ? Dan tiba-tiba sahaja sebentuk cincin dikeluarkan. Sangat cantik.
"Eh apa ni Zara ?" Soal Puan Rina lagi makin pelik dengan rakannya itu. Sudah lah lama tidak jumpah ni tiba-tiba sahajah bawa cincin.
"Rina , aku datang ni nak pinang anak kau Safiyya untuk anak aku Harraz dan aku harap kau boleh terima sebab kau sendiri tahu kan macam mana sayangnya Harraz dekat Fiyya?" Tanpa menunggu Puan Sri Azara terus menjelaskan sebab dia ke mari.
Puan Rina kaget. "Zara , aku tau. Harraz memang ikhlas dengan Fiyya tapi kau tau kan Fiyya tu. Hatinya keras sangat. Aku pon tak tahu nak cakap macam mana dah." Keluhan berat dilepaskan.
Puan Sri Azara hanya mengangguk faham akan apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.
"Tapi aku setuju. Sudah sampai masanya untuk Fiyya lupakan segalanya. Aku sendiri terseksa tengok dia sekarang ni. Kejap dia okay ,kejap dia tak okay..." Belum sempat Puan Rina menghabiskan kata-katanya ada suara yang menyampuk.
"Apa ni ibu?" Soal Fiyya dengan wajah yang tegang. Wajah ibunya dan Puan Sri Azara dipandang inginkan jawapan.
"Fiyya .. duduk dulu sayang." Pinta Puan Rina dengan penuh lembut.
Safiyya duduk di sisi ibunya dengan perasaan yang tak menentu. Apa sebenarnya ni? Kenapa ada cincin? Dan kenapa cincin ni sangat dikenali dan yang penting kenapa ibu Harraz ada di sini?
"Fiyya , aunty Zara datang untuk lamar Fiyya." Cukup itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut ibunya membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Lamar aku? Untuk siapa ? Harraz ? Fiyya mengetap bibirnya. Geram dengan Harraz. Tak cukup di pejabat lelaki itu mengarahkannya dan sekarang suka hati dia je datang sini dan lamar aku. Tunggu kau Harraz !
"Fiyya tak nak." Dingin sekali jawapan yang keluar dari mulut Safiyya Nafeesya.
"Maafkan ibu Fiyya. Ibu terpaksa buat keputusan untuk Fiyya. Ibu hanya nak Fiyya bahagia. Insya Allah. Minggu depan Fiyya akan bernikah dengan Harraz." Tegas kata-kata Puan Rina. Ya , dia terpaksa kalau dulu dia ikutkan sahaja kata anaknya itu tapi sekarang dia terpaksa mengambil keputusan sendiri kerana dia tahu Harraz mampu bahagiakan anaknya itu.
Sejurus itu air mata Fiyya jatuh. Sungguh dia tidak percaya apa yang diperkatakan oleh ibunya. Sampai hati ibunya buat dia begini. Bukan ibunya tidak tahu yang dia tidak mahu sesiapa selain Ikram !
"Ibu ! I said no ! You know how much i love Ikram right ? Kenapa ibu buat Fiyya macam ni ? Apa yang Harraz dah hasut ibu ni ?" Bentak Fiyya dan kini dia tidak mampu mengawal lagi. Luka hatinya masih belum sembuh dan dia harus mengahwini lelaki yang dia tak sayang sama sekali. Apa semua ni ?
"Sebab dulu ibu silap ! Ibu biarkan Fiyya dengan lelaki bernama Ikram dan sekarang tengok apa yang Fiyya dapat ? Dia tinggalkan Fiyya untuk perempuan lain tanpa belas kasihan ! Fiyya kemalangan teruk dia langsunk tak jenguk ! Tanya pon tidak ! Itu Fiyya kata nak buat suami ? Tak layak Fiyya ! Dan lagi satu Harraz tak hasut apa- apa. Jangan kamu salahkan dia ! Ibu tau dan ibu nampak macam mana sayangnya dia dekat kamu! Ibu yakin dia mampu bahagiakan kamu ! Kalau Fiyya anak ibu yang dulu ,yang sayangkan ibu , ibu minya Fiyya dengar cakap ibu. Kali ni je Fiyya. Ibu tak pernah minta apa-apa pon sebelum ni. " Rintih ibunya dan kini air mata ibunya jatuh. Safiyya terkesan melihat ibunya begitu dan juga terkesan dengan kata-kata ibunya tapi dia memang tak boleh terima lelaki lain.Hatinya hanya untuk Ikram. Kenapa ibu ?
Safiyya terus menuju ke kamarnya. Hatinya sungguh sakit melihat ibunya menangis. Tapi hatinya juga sakit apabila dia harus berkahwin dengan lelaki yang dia tidak pernah cintai. Mampukah dia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tanpa cinta ? Ibu , Fiyya minta maaf tapi Fiyya tak kuat ibu. Fiyya takut. Fiyya takut kalau Harraz pon tinggalkan Fiyya. Kalau dulu hati ibunya diketepikan demi lelaki bernama Ikram dan sekarang mampu ke dia mengetepikan ibunya lagi? Tak. Dia tak mampu. Patut ke dia terima ? Dia tak tahu.
YOU ARE READING
Sayang Paling Dalam
Romance"Aku tau kau tak pernah cintakan aku tapi aku cintakan kau." - Harraz Naufal Lebih 3 tahun memendam rasa , akhirnya Harraz Naufal nekad melamar seorang gadis yang dicintainya , Safiyya Nafeesya. "Awak tau kan cinta saya. Kasih saya hanya untuk dia b...