" Aku terima nikahnya Saffiya Nafeesya binti Muhd Firal dengan mas kahwin RM3000.00 tunai." Hanya dengan sekali lafaz , Saffiya Nafeesya telah sah menjadi isteri kepada Harraz Naufal bin Haziq Ishak.
Walaupon ini bukanlah perkahwinan yang diimpikan olah Saffiya , walaupon Harraz bukanlah lelaki pilihan hatinya tetapi jatuh jua sebutir mutiara dari mata coklatnya yang cantik. Sesungguhnya perasaan yang dirasakannya sekarang amat hebat. Dia sendiri tidak tahu mampukah dia untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Harraz Naufal ? Mampukah dia untuk melupakan Ikram dan menyayangi Harraz ? Mampukah dia untuk menjalani hari - harinya bersama suaminya ? Safiyya keliru. Tangisan yang dirasai sekarang mempunyai 1001 makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Dia hanya berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.
Safiyya tersentak apabila jari jemarinya diraih oleh Harraz yang telah sah menjadi suaminya bagi sesi membatalkan wuduk. Safiyya mengangkat wajahnya dan merenung tepat ke dalam sepasang anak mata itu. Ya , apa yang dia nampak hanya cinta yang tulus ikhlas untuk dirinya tapi dia tahu dia tak akan mampu untuk membalasnya.
Harraz memandang wajah isterinya yang masih dalam tangisan. Dia berasa gembira kerana telah dapat memperisterikan Safiyya tetapi melihat wajah itu tunduk menangis membuatkan hatinya juga turut menangis. Penting dirikah aku? Aku mengikat dia untuk menjadi isteri aku tanpa dia rela. Semua ini salah aku ke ? Omel Harraz di dalam hati walau bagaimanapon kata-kata itu telah dibuangnya jauh-jauh kerna tidak mahu dia alpa dalam menggalaskan tanggungjawabnya.
Harraz menyarungkan cincin di jari Safiyya dan Safiyya mencium tangan Harraz. Lama. Sepi. Hanya terdengar para tetamu menyorak kegembiraan dan juga bunyi kamera di setiap penjuru. Harraz tersentak dan terus mengangkat wajah isterinya lalu dicium dahi itu. Sungguh dia amat menyayangi isterinya. Dia sudah berjanji untuk membahagiakan isterinya sehingga akhir nafasnya. Setelah selesai sesi pembatalan wuduk , Harraz meminta diri untuk solat sunat tanda dia bersyukur kerana akhirnya wanita yang selalu dia titipkan dalam doa menjadi miliknya hari ini.
Safiyya sedang sibuk melayan tetamu yang datang bersama-sama ibunya. Walaupon fikirannya masih celaru tetapi megenangkan bertapa gembiranya ibunya pada hari ini membuatkan dia juga turut tersenyum. Safiyya juga telah memutuskan untuk membuat majlis doa selamat sahaja. Dia tidak mahu bersanding. Maka Harraz dan ibunya hanya menurutkan sahaja.
"Sayang..." Harraz menyapa Safiyya dari belakang sambil memeluk mesra bahu isterinya itu. Safiyya terkejut lalu memalingkan mukanya untuk melihat wajah suaminya itu.
"Nak apa ni?" Soal Safiyya. Dingin. Ish dia ni nak peluk-peluk pulak. Tak tahu ke kita kat public ? Tak tahu malu la tu!
Harraz hanya menayangkan muka selambanya sahaja kerana bukan dia tidak tahu isterinya itu mesti dah sumpah seranah dia di dalam hati.
"Nak peluk sikit pon tak boleh. Jual mahal sangat. Tak apa sayang tunggu malam nanti." Usik Harraz. Nakal. Sambil mengenyitkan mata kanannya.
"Well , you can't touch me without my permission and you'll never get that permission. Get it ?" Safiyya berkata lantas memboloskan diri dari pelukkan suaminya dan meninggalkan Harraz yang masih tersenyum memandangnya.
Dia tu dah kenapa ? Kena warn macam tu pon nak senyum - senyum bagai ? Dasar miang ! Kau tengoklah Harraz kau tak akan dapat aku! Cinta aku hanya untuk Ikram. Itu janji aku. Dalam tak sedar , air mata Safiyya jatuh lagi. Haih Safiyya , dah la tu. Sabar. Kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Omel Safiyya di dalam hati cuba untuk mencari kekuatan dalam dirinya.
Setelah tibanya malam , majlis doa selamat telah bermula. Ramai tetamu yang hadir dijamahkan dengan nasi minyak dan kuih-muih yang pelbagai. Safiyya hanya berjubah putih dan mengenakan selendang putih juga yang dihiasi manik-manik emas yang amat cantik dan menyerlah manakala Harraz pula turut memakai jubah putih pada malam itu. Sungguh terselah ketampanannya dan juga kecantikkan isterinya. Ya , memang ramai yang memuji mereka kerana sama cantik sama padan. Selepas selesai doa selamat ,para tetamu menjamu selera dan Safiyya mengambil tempat disisi suaminya.
Harraz menoleh ke sisinya apabila menyedari kehadiran isterinya.
"Sayang dah makan ?" Soalnya.
"Belum."
"Jom makan sekali. Abang pon lapar ni." Pinta Harraz yang sekarang sudah bangun sambil menghulurkan tangannya.
Safiyya menjeling sekilas melihat huluran itu. Dah la panggil aku sayang pastu bahasakan diri dia abang pastu nak pegang-pegang tangan bagai. Tak kuasa aku nak layan. Geli tahu tak ? Tetapi disebabkan ada mata-mata yang mencuri memandang mereka , Safiyya terpaksa sambut huluran itu dan menghadiahkan satu jelingan maut kepada Harraz.
Harraz tergelak kecil kerana tahu apa yang berada di onak fikiran Safiyya. Ya , sedikit sebanyak dia terasa dengan perbuatan Safiyya. Terasa bagai jijiknya diri dia ini buat Safiyya. Tak layakkah dia untuk membahagiakan hati itu ? Namun , Harraz cepat-cepat menepis perasaan itu dan menggengam erat tangan isterinya sambil menuju ke kemah makanan.
Mereka duduk bersama sambil menjamu selera. Sepi. Tiada kata-kata yang dilontarkan antara mereka. Tidak selesa dengan keadaan itu ,Harraz mengambil langkah untuk berbual.
"Sayang , malam ni kita tidur rumah ibu okay ? Esok kita balik rumah saya tau. Lepas tu nanti saya ada cadang nak pergi honeymoon , do you have any ideas ?" Soal Harraz sambil melihat wajah isterinya.
Safiyya hanya diam seketika sebelum berkata.
"Okay. But honeymoon ? Perlu ke ? Kita bukan macam pasangan lain yang kahwin atas dasar cinta jadi saya tak rasa kita perlu buat semua tu and yes stop calling me sayang ,okay ? Saya tak suka. " Sinis sungguh kata-kata yang dilontarkan oleh Safiyya membuatkan Harraz terdiam seribu bahasa tetapi kerana ingin menutup luka di hati dia tetap senyum.
"Okay macam ni kita tak panggil dia honeymoon sebab macam romantik sangatkan memandangkan apa yang awak cakap tu betul. Jadi kita pergi bercuti je. Anggap je macam trip , boleh ? Oh pasal panggilan tu okay saya akan tukar. Saya minta maaf." Kata Harraz lalu meneguk air sirapnya cuba untuk menenangkan perasaannya ketika ini. Dia tidak mahu melayankan sangat kerana takut dia akan kehilangan isterinya. Biarlah dia tahan semuanya asalkan isterinya bahagia.
Safiyya Nafeesya hanya mendiamkan diri sambil memerhati perlakuan Harraz. Ya , dia tahu dia telah melukakan hati suaminya itu dan dia tahu dia telah berdosa tapi apakan daya dia tidak mampu untuk memberikan sayang pada suaminya itu. Dia tidak mahu mengkhianati cintanya pada Ikram dan bagi dia Harraz yang inginkan dirinya jadi biarlah lelaki itu tahu siapa dirinya di dalam hati Safiyya. Tanpa sedar keluhan berat keluar dari bibir munggilnya itu.
( Okay. Dah lama tak update. Musim pkp ni baru ada masa nk tulis balik HAHA. so sorry kalau chapter kali ni a bit boring. Leave your comment okay ? )
YOU ARE READING
Sayang Paling Dalam
Romance"Aku tau kau tak pernah cintakan aku tapi aku cintakan kau." - Harraz Naufal Lebih 3 tahun memendam rasa , akhirnya Harraz Naufal nekad melamar seorang gadis yang dicintainya , Safiyya Nafeesya. "Awak tau kan cinta saya. Kasih saya hanya untuk dia b...