9

128 17 0
                                    

Setelah membuat pengembumian kedua orang tuanya Jimin berdiri di hadapan makam ibu bapanya. Matanya sembab kerana menangis. Kemarahannya makin membuak apabila kes ibu bapanya ditutup.

....

Police station Seoul,

Jimin menghentak meja pegawai polis tersebut membuatkan semua mata memandang ke arahnya.

"Bagaimana tuan boleh menutup kes ini dengan cepat?.... Tuan belum tangkap lagi penjenayah yang melakukannya!.. Bagaimana tuan boleh kata sedemikian?... Tuan kata ibu bapa saya mati bunuh diri?... Benda tu berlaku di depan mata saya! Penjenayah tu yang bunuh ibu bapa saya... Kenapa kes di tutup!!".

Amuk Jimin di hadapan pengawai tersebut.

" Saya yang menguruskan kes ibu bapa kamu dan kes ini sudah ditutup!... Saya dah buat siasatan ibu bapa kamu yang bunuh diri sebab tak mampu bayar hutang!". Jawab pengawai polis itu.

Jimin mengetap giginya. Pipi sebelah kanan di tolak oleh lidahnya dari dalam. Riak kemarahan terpanar di wajahnya. Jimin memandang tajam ke arah pengawai polis tersebut.

"Pengawal bawa dia keluar!" Arah pengawai tersebut dan pengawai itu bangun kemudian melangkah pergi.

Pengawal yang dipanggil tadi datang menghampiri Jimin lalu memegang bahu Jimin. Namun Jimin menepisnya.

"Aku tahu nak keluar". Ujar Jimin dan melangkah pergi.

Jimin keluar dari balai tersebut dan berjalan sehingga bertemu kedai makan di tepi jalan. Jimin yang mahu melangkah pergi ternampak pengawai tadi bersama seorang lelaki.

" Lelaki tu bukankah ayah Yerin?". Soal Jimin.

Jimin menghampiri mereka dengan berhati-hati untuk mendengar perbualan mereka.

"Terima kasih kerana sudi membantu". Ucap ayah Yerin atau dipanggil Tn. Ok.

" Haha...jika ada duit semuanya boleh selesaikan!. Jangan risau kes ini telah ditutup saya telah memfailkannya sebagai kes bunuh diri". Ujar pengawai tersebut.

"Pasti anaknya buat kecoh di balaikan?" Soal Tn.Ok

Pengawai polis itu mengganguk dan mereka berdua ketawa besar. Jimin yang bersembunyi tidak jauh dari mereka memandang tajam ke arah mereka berdua.

....

Air mata Jimin yang hampir kering kini basah kembali. Dia menyentuh makam ibu bapanya.

"Jangan risau Jimin akan buat mereka jadi alas kubur kalian... Itu janji Jimin.. Jimin akan balas perbuatan mereka semua!... Biar Jimin sahaja yang menuntut keadilan untuk kalian.. Mama dan daddy tunggu tahu". Ujar Jimin dan melangkah pergi.

Disaat ini Jimin telah dikuasai aura negatif. Fikirannya hanya mahu membalas dendam. Jimin yang kini bukan lagi Jimin yang dulu. Dendam adalah punca utama dia meneruskan kehidupan.

Apakah yang akan Jimin lakukan untuk membalas dendam untuk keluarganya?. Haruslah dengan meragut NYAWA.

LIE || [PJM°] 박지민Where stories live. Discover now