Jimin bersiap-siap untuk keluar, dia mengambil cuti hari ini. Baju (sprti di media) di sarung di badan. Dia mengemas katilnya dan setelah itu berlalu keluar dari bilik. Dia memandang sekeliling.
"Tak apalah nanti aku chat sahaja dia". Niatnya mahu memberitahu jackson terbantut apabila mengigati kawannya baru pulang dari kerja.
Dia berjalan menuju ke pintu utama.
....
Jimin meletakkan sejambak bunga ros putih di atas makam ibu bapanya. Dia menyentuh makam ibu bapanya air matanya mula menitis.
" Ma..daddy jimin datang". Ujarnya.
Jimin mengesat air matanya.
"Jangan risau jimin akan balas dendam! Tinggal lagi dua sahaja dan Jimin akan pastikan dia orang akan mati di tangan Jimin sendiri". Ujarnya lagi.
Awan mula menitiskan airnya, Jimin mendonggak memandang langit, setitis air terkena pada hidungnya. Jimin mengesatnya menggunakan telapak tangan dia kemudian memandang makam ibu bapanya.
" Jimin pergi dulu". Pinta Jimin.
Kemudiannya dia melangkah pergi. Hujan pula makin lebat Jimin berlari ke arah perhentian bas. Sedang dia menepuk-nepuk bajunya sepasang kekasih turut berteduh di perhentian bas.
"Sayang tidak apa-apa?". Soal Si lelaki.
" Tak apa-apa". Jawab gadis itu.
Jimin menurunkan capnya untuk menyembunyikan wajahnya.
Suara itu bukankah suara yerin?. Dia mencari mangsa lain?. Dia tidak pedulikah tentang kematian bapanya?. Pelbagai soalan bermain di minda Jimin.
Jimin tersenyum nipis.
"Baiklah aku akan ragut nyawa ibu kau pula..aku pasti kau tida masa untuk keluar nanti". Ujar Jimin perlahan.
Jimin terus melangkah pergi, hujan yang lebat di redahnya selamba. Dalam perjalanan jimin meludah air liurnya kemudian tersenyum sendirian.