8

128 17 0
                                    

Air mata Jimin mengalir melihat kedua ibu bapanya diikat dalam keadaan lemah. Pantas dia mendapatkan kedua orang tuanya.

"Ma...daddy...kenapa boleh jadi macam ni?...siapa yang lakukannya?". Soal Jimin bertubi-tubi.

" Aku yang buat diorang jadi macam ni". Ujar seseorang.

Pantas Jimin menoleh memandang empunya suara.

"Siapa kalian ni?". Soal Jimin apabila melihat sepasang suami isteri sedang berdiri di hadapannya.

" Ma... Pa... Yerin nak rantai ni!". Yerin menuruni tangga dengan seutas rantai.

Jimin terkejut melihat Yerin. Setelah Yerin berdir di sebelah ayanhya, Yerin memandang ke arah Jimin.

"Ouh Jimin... Kau dah balik?... Awalnya". Soal Yerin.

Tiada riak bersalah pun di wajahnya.

" Kenapa awak ada dekat sini?.... Siapa mereka semua?". Air mata Jimin bertakung di tubir matanya.

"Dia mama dengan papa aku..ouh ye dan aku nak ucapkan terima kasih kat kau". Jawab Yerin sambil memakai rantai yang diambil tadi.

" Terima kasih?... Sebab apa?".

"Sebab kau percayakan aku?....ahahah...kau ingat aku nak sangat bercinta dengan pekerja seberneka?...tapi bile aku siasat rupanya kau anak orang berada... Sebab tulah aku bersama dengan kau". Jawab Yerin dan tersenyum gembira.

" Kami juga ingin berterima kasih pada kau...ouh ya dan geran rumah ni aku ambil". Kata ayah Yerin.

"Dan tiba masanya untuk kau semua pergi". Celah ibu Yerin.

Pistol di acukan ke arah mereka bertiga. Pantas Jimin melutut ke arah mereka.

" Tolong.. Tolong lepaskan mereka" Pinta Jimin.

Mereka sekadar tersenyum. Dan.

Bang!
Bang!

Bulat mata Jimin melihat kedua ibu bapanya mati ditembak di hadapan mata. Air mata Jimin mula mengalir deras.

"Ma...daddy!!". Jerit Jimin.

Kedua ibu bapanya telah pergi untuk selamanya.

" Kini giliran kau anak muda". Ibu Yerin mengacu pistol ke arahnya.

"Sudahlah ma...biarkan jelah dia ni.. Lagi pun dia dah tiada apa-apa". Ujar Yerin bersama ketawa dihujung tuturnya.

"Baiklah kalau kamu kata begitu...kau ada masa dua hari...sila pungut barang kau dan berambus dari sini". Ujar ibu Yerin.

Jimin mengetap gigi. Dia mengumpal penumbuk. Kemudian memandang tajam ke arah mereka.

" Aku akan balas dendam...dan aku akan buat kau melutut merayu pada aku!.... Itu janji aku" Sumpah Jimin di hadapan mereka.

Mereka sekadar ketawa.

"Baiklah aku akan tunggu kau". Ujar Yerin dan mereka bertiga melangkah pergi.

Jimin pantas memeluk kedua orang tuanya.

" Ma...daddy...maafkan Jimin...maafkan Jimin... Jimin tak jaga kalian dengan baik". Air mata Jimin terus menerus mengalir.

"Jangan risau Jimin akan balas balik perbuatan mereka... Jimin janji".

Terketar-tekar tangan Jimin menyentuh darah yang mengalir di kepala ibu bapanya. Tangisan tidak dapat lagi disembunyikan.

Adakah aura negatif akan datang pada Jimin?. Adakah perasaan benci akan mengelungi Jimin?. Disebabkan satu penipuan hadirnya perasaan dendam di dalam hati.

LIE || [PJM°] 박지민Where stories live. Discover now