Jimin bangun dari duduk dan melangkah ke arah sinki lalu dia membasuh tangannya.
"Jimin pergi dulu". Pinta Jimin.
Kedua orang tuanya mengganguk. Jimin melangkah ke arah ruang tamu dia mencapai kunci motor di atas rak. Pintu rumah dikuak dan dia berjalan menuju ke arah motornya.
.....
Kedai seberneka 24 jam.
Pintu kedai dikuak dan loceng berbunyi menandakan ada orang masuk.
"Huhu maaf lambat" Ujar Jimin pada penjaga cashier iaitu Jackson.
"Kau tu memang setiap hari lambat..dah pergi susun barang". Arahnya pada Jimin.
" Eh..order lagi?...bukan semalam dah banyak barang hantar ke?" Soal Jimin.
"Yelah...memanglah banyak...entah kenapa semalam ramai sangat beli makanan segera" Jawab Jackson.
Jimin sekadar mengganguk. Jimin memulakan kerjanya. Kotak besar yang berisi makanan segera di susun satu persatu. Setelah siap susun dia menyusuan minuman pula.
"Selamat datang!" Jemput Jackson dengan ramah.
"Di sini ada jual minuman keras?" Soal pelanggan itu.
"Ouh ada sekejap ye... Jimin bawak sini beberapa botol minuman keras" Laung Jackson.
"Aaa" Jawab Jimin.
Dia mencapai empat botol minuman keras yang berlainan perisa. Dia melangkah ke arah cashier.
"Nah" Jimin menghulurkan botol itu pada Jackson.
"Eh..jimin?".
Jimin menoleh memandang sebelah. Dia sedikit terkejut.
" Saya Yerin tak ingat?" Soal Yerin.
Jimin pantas mengganguk.
"Tapi maaflah tak boleh berbual lama sebab saya ada banyak kerja" Ujar jimin.
"Ouh kalau begitu berikanlah nombor awak" Kata Yerin.
Jimin memandang ke arah Jackson.
"Ada kertas kosong?" Soalnya.
"Ouh..ada jap".
Jackson lantas mencari-cari kertas beberapa saat kemudian dia menghulurkan kertas kecil. Jimin menyambutnya. Lalu dia menulis nombor telefonnya dan dia menghulurkan kertas tersebut pada Yerin. Yerin kemudiannya menyambut.
"Oklah saya nak sambung kerja dulu" Pinta jimin dan mula melangkah pergi.
"Saya beli semuanya" Ujar Yerin.
"4000 won" Ujar Jackson.
Dan Yerin melangkah pergi.