CHAEYU 🌷"5 6 7 8..!"
Mereka mula menari mengikut rentak lagu dan langkah-langkah yang telah aku ajarkan. Walaupun ada yang salah mereka tetap meneruskan juga.
Lagu dihentikan. Air mineral didalam peti sejuk diambil dan diteguk berkali-kali. Anak mataku memandang mereka yang berusaha menghafal koreo.
Kertas lirik lagu dihulurkan seseorang kepadaku. Aku memandangnya sekilas sebelum mengambilnya lalu beredar.
Diteliti bait-bait lagu itu dan juga dimainkan lagu. Seorang lelaki datang kearahku dan duduk dihadapanku.
"Boleh aku tolong, Chaeyu ssi? " tanyanya.
Aku mengangkat kepala dan mengangguk. Dia tersenyum menampakkan dimple nya. Macam Namjoon..
Tak. Dimple lelaki didepanku lagi cantik dan dalam daripadanya. Chaeyu, perlu ke kau terfikirkan tentangnya sewaktu bekerja?? Be professional!
"Okay, mari sambung dengan langkah baru!! " jerit lelaki yang menolongku tadi.
Kami bangun dan masing-masing menghadap cermin. Lelaki yang menolong aku tadi menunjukkan langkah dan mereka meniru.
Langkah diulang-ulang berkali sehingga mereka ingat."Jin yang mana satu?? " tanyaku pada lelaki tadi.
Dia mencari-cari manusia yang bernama Jin. Sementara aku, mencuba koreo daripada awal hingga bahagian yang baru saja selesai.
"Uri 'mite' dah sampai~"
🌷
"Chaeyu, terima kasih untuk hari ni!! "
Aku hanya menganggukkan kepala dan membalas lambaian mereka. Pintu studio ditutup. Aku kearah Jin yang sedang mengemas barangnya.
"Jin.. " panggilku.
🌷 NAMJOON
"Jin.. "
Aku berhenti mengemas. Perlahan-lahan aku berpusing memandang mereka. Jin sudah pun berpaling memandangnya.
"Ne, Chaeyu ssi. Ada apa?? "
"Urmm..aku nak tanya sesuatu.. "
"Err okay, tanyalah.. "
Kenapa aku rasa macam ada sesuatu? Chaeyu...seperti Chaeyu mahu meluahkan sesuatu. Adakah..dia suka pada Jin? Tak mungkin.
Tapi, Jin lagi kacak dari aku. Tapi, mereka baru saja berkenalan. Tak mungkin Chaeyu terus suka padanya.
Tapi, pandangan pertama agak membahayakan juga..boleh saja Chaeyu jatuh cinta pada Jin. Seperti aku jatuh cinta padanya dulu.
Tak mustahil kan untuk semua itu??? T_T
"Kau... "
Ayat Chaeyu tergantung membuatkan aku tertunggu-tunggu ayat penuhnya. Jin menyilang kedua tangannya kedada dan bersandar pada dinding.
"Kau ke..orang yang langgar aku depan lif semalam?? "
Wajah Jin berkerut. Dia menggelengkan kepalanya. Manakala, aku bernafas lega. Degupan jantung ku kembali normal.
Aku meneruskan kerjaku yang tergendala tadi. Sambil itu aku pasang telinga mendengar perbualan mereka."Cii..tapi, kau tercicir kad akses lepas langgar aku. Kad akses tu ada nama kau. Takkan itu bukan kau?? "
Jin tergelak perlahan.
"Ani,aku rasa kau salah faham ni..memang ya kad akses tu milik aku. Tapi, aku tercicir dalam studio. Namjoon.. "
Aku pusing menghadap mereka kembali dan jari Jin tepat menunjuk kearahku. Jin memandang ku dengan senyumannya sebelum kembali memandang Chaeyu.
"Namjoon yang jumpa dan tolong berikan aku semula. Orang yang langgar kau tu bukan aku, tapi Namjoon. "
Chaeyu kelihatan tercengang. Dia memandangku dengan pandangan matanya yang tak pernah berubah. Cukup tajam dan menyeramkan. Aku tersenyum padanya.
"Okay, kalau takde apa lagi aku keluar dulu. Selesaikan lah hal korang baik-baik ya..? Bye. "
Jin keluar dan meninggalkan kami berdua.
Chaeyu menjeling dan tidak lagi memandangku. Aku kearahnya yang sedang mengemas barangnya.
CHAEYU 🌷
"H..hai Chaeyu ssi.." sapaannya kedengaran kekok.
"Hai"
"Dah lama kita tak jumpa. Awak masih ingat saya lagi?? "
Tch, mana mungkin aku lupakan kau. Cikgu yang selalu menyemak dalam hidup aku, sentuh aku sesuka hati dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu. Dan..lelaki pertama yang meluahkan perasaan padaku.
Beg digalas dan aku berpusing menghadapnya. Dia..masih dengan senyuman yang membawa harapan. Tapi, aku terpaksa lunturkannya.
"Maaf, tapi kita pernah kenal ke sebelum ni? " pertanyaanku berjaya mengendurkan senyumannya sedikit.
"Cepatnya awak lupakan saya..saya, Kim Namjoon cikgu Math awak dulu. Awak tak ingat??"
Aku mengerutkan wajah dan menggeleng laju.
"Maaf, tapi rasanya salah orang. Saya tak kenal. "
Jawapanku mengubah segalanya. Tiada lagi senyuman menghiasi wajahnya. Aku tersenyum kecil dan menundukkan kepala sedikit.
Terkebil-kebil matanya tanpa aku pasti mengapa sebabnya.
"Saya pergi dulu.."
"..Kim Namjoon ssi"
Aku terus melangkah keluar dari studio. Tiada lagi senyuman kecil menghiasi wajahku. Langkah dipercepatkan supaya dapat melarikan diri sekiranya dia mengikuti.
Entah kenapa bila aku sebut namanya aku rasa sakit. Sakit yang tak terhingga.
🌷🌷
Why I call you stranger?
While I miss you so much.
YOU ARE READING
✔ Dream 2.0 » 김남준
FanfictionWe can't stop DREAMING for what we really NEED. •sequel Math• Started : Mac 19 Ended : Mac 19