CHAEYU 🌷'Jumpa aku di kafe sekarang. Ada sesuatu yang aku mahu beritahu. '
Aku duduk menghadapnya. Air yang dipesannya untuk aku, aku minum sedikit. Gelas ditolak kebelakang dan wajahnya dipandang kosong.
"Kau...sudah berhenti kerja disana?? "
"Soobin beritahu kau?? "
"Ne..aku terserempak dengannya ketika mahu kesini. "
Soobin memang tak tahu simpan rahsia. Mahu saja aku pancung dia.
"Jadi, kau mesti dah tahu kenapa aku berhenti...kan?? "
Yeonyu terdiam. Terkebil-kebil matanya memandangku. Aku tersenyum sinis.
"Tak mungkin lah..kau tak tahu kan cerita sebenar kenapa aku berhenti?? "
Aku tersenyum padanya. Dia menundukkan kepala dan bermain dengan jari jemarinya.
"Mi..mianhae. A..aku tak sangka jadi macam ni sekali. A..aku betul-betul minta maaf. "
Esakan kecil daripadanya membuatkan senyumanku terus mati. Pandangan tajam diberikan.
"Jadi..apa yang kau sangka akan terjadi lepas kejadian ini?? "
Aku mengetap gigiku sambil berkata. Dia mengelap air matanya dan memandangku. Habis merah wajah mulusnya.
"Chaeyu, aku tak mㅡ"
"Kau dah hancurkan hidup aku,Yeonyu. Kau sedar tak semua itu? "
Dia menganggukkan kepala dan air matanya terus membasahi pipinya. Keluhan dilepaskan dan pandangan dibuang keluar.
"Kisah lama diantara kita aku dah lupakan semuanya. Sama ada yang indah ataupun yang derita. Tapi.."
Aku memandangnya sayu.
"...kenapa ia perlu berulang? "
"Aku betul-betul minta maaf Chaeyu..."
Aku bangun. Aku memandangnya.
" Anggap kita tiada apa-apa lagi lepas ni."kata-kataku membuatkannya terus memandangku.
Kau terkejut kan, Yeonyu??
"Kau...dan aku tak pernah berkenalan satu sama lain. Tak pernah berjumpa, bergaduh, berpukul sana sini dan tak didenda sama-sama. Kita tamatkan semuanya begini saja. "
"Mulai hari ini, kita bukan sesiapa lagi. Aku tak wujud dalam hidup kau dan kau tak wujud dalam hidup aku. Hentikan segalanya dan kita berhenti berhubung"
"Ianya lebih mudah untuk kita berdua. "
Aku tersenyum kali terakhir untuknya sebelum melangkah keluar dari kafe dan terus mengambil teksi untuk pulang kerumah.
🌷🌷
C
HAEYU 🌷
"Yah, berhenti membebel. Aku tahu apa yang aku buat.."
📞 “yelah..awak jangan lupa makan tau. Malam nanti saya datang temankan awak makan. Jangan makan malam, nanti saya bawakan makanan untuk awak, ara? ”
"Yela..pakcik. Dahlah, aku nak rehat. Bye. "
Panggilan ditamatkan. Pintu rumah ditutup dan aku masuk kedalam bilik. Beg dicampak keatas katil. Segala perhiasan yang dipakai aku buka dan letakkannya diatas meja solek.
Buku diari yang bewarna merah pudar menarik perhatianku. Aku mengambilnya dan menyelak satu persatu helaian.
"Macam mana boleh tertinggal buku ni pula..? Lori sampah sampai pukul berapa agaknya hari ni...~?"
Setelah melihat jadual waktu lori sampai tiba, aku kearah pintu bilik dan memulasnya.
“Chaeyu! Kita ponteng kelas hari ni jom! ”
“jom!!”
Aku tidak lagi menyentuh tombol pintu. Aku terjerit kecil apabila bunyi hempasan pintu bilik bergema diseluruh ruang.
“nak sikit, Chaeyu?? "
“ahhhhhh....”
“yah, Yoo Yeonyu, Choi Chaeyu! Kamu buat apa dalam ni???!"
"LARI!! "
Aku tersenyum kecil mengingati kenangan sewaktu aku kecil dahulu. Gigiku diketap rapat dan mata tertutup apabila air mata mula mengalir membasahi pipi dengan deras. Menggigil satu badan menahan esakan.
“ppalli Chaeyu ahhh..guru disiplin dah semakin hampir!! Cepat panjat pagar ni!! ”
“a..aku tak boleh lepasinya..”
“ani.. Kau boleh! Chaeyu kuat!! Chaeyu tak boleh mengalah cepat!! Chaeyu boleh buat apa saja!!!”
Kerana dia memberikan kata semangat padaku aku berjaya lepaskan diri dari cikgu disiplin yang mengejar kami.
“Chaeyu tak lemah macam orang lain, Chaeyu kuat dan tak mudah mengalah! ”
Kata-kata semangatnya membuatkan aku terus berjuang meneruskam hidup. Walaupun aku seorang anak yatim piatu yang diambil oleh keluarga angkat. Dan, kini aku kembali berseorangan dan Soobin setia menyokong aku dari belakang.
Tapi, dia juga punca aku mengubah semuanya.
“mana Choi Chaeyu yang aku kenal sebagai budak yang sedih dan tak berguna? ”
“aku...pernah kenal kau ke , budak pelik?? ”
“hei, budak miskin dah sampai..”
“aku miskin ke kaya ke..kacau hidup kau ke perempuan?! ”
“aku malas nak gaduh dengan kau. Tinggalkan aku seorang disini. ”
“jangan cepat mengalah, Choi Chaeyu. Aku belum lagi cari pasal dengan kau. ”
"Aku dah mengalah terlalu awal... "
"...sebab kita dah lama berakhir. "
🌷🌷
I cried a lot.
Because I remember
Our memories together.
YOU ARE READING
✔ Dream 2.0 » 김남준
FanfictionWe can't stop DREAMING for what we really NEED. •sequel Math• Started : Mac 19 Ended : Mac 19