CHAEYU 🌷
Aku melangkah masuk kedalam syarikat. Semua staf memandangku dengan pandangan yang..menjengkelkan aku.
Aku mengabaikan pandangan mereka dan mengakses kad lalu masuk ke dalam lif. Punat tingkat paling atas ditekan dan pintu lif tertutup.
Namun, ada tangan yang menghalangnya daripada tertutup sepenuhnya. Pintu lif terbuka kembali dan wajah Namjoon menyapa. Namjoon tersenyum tapi aku mengabaikannya.
Dia masuk dan kemudian ahli kumpulannya yang lain turut masuk. Aku mendiamkan diri dibelakang bersama Namjoon. Mereka yang lain seperti mengabaikan kami berdua dan bising.
"Kenapa..awak datang kerja hari ni?? Bukan ke awak tak sihat lagi? " tanyanya seperti berbisik.
Aku menjelingnya tepi dan ketepi sedikit menjauhkan diri darinya.
Pintu lif terbuka dan mereka keluar. Namjoon memandangku sekilas sebelum dia turut keluar.
Pintu lif terbuka sekali lagi dan aku keluar. Aku jalan disepanjang koridor(?) dan berhenti didepan satu pejabat. Pintunya diketuk sebelum tombol dipulas dan aku masuk kedalam.
"Daepyeonim.."
🌷
🌷NAMJOON
Ahh..macam mana pula aku boleh lupa untuk ambil senarai yang terkini dari Bang PD. Selamat Jhope ingatkan aku tadi, kalau tak memang terlupa sampai tarikh comeback.
Lif terbuka dan aku keluar. Aku dengan langkah laju menuju ke pejabat PD.
"...saya...saya akan berhenti sendiri. PD-nim tak perlu pecat saya. "
Aku tak jadi mengetuk pintunya. Aku mendekatkan sedikit diriku di pintu dan memasang telinga mendengar perbualan mereka.
"Chaeyu ssi..saya sebenarnya taknak pecat kamu dan juga taknak kamu berhenti kerja disini. Kamu dah lima tahun bersama syarikat kami dan kamu sangat berbakat orangnya. "
"Maaf, tapi saya akui itu salah saya. Demi jaga nama baik syarikat, saya lebih rela berhenti. Lagipun saya ada sedikit masalah yang perlu diselesaikan. "
"Takpe. Saya benarkan kamu ambil MC bergaji. Tentang insiden tu..kita hanya anggap itu sebagai rumor saja dan berita itu tak benar."
"Maaf, Pd nim. Tapi saya tetap bersalah walaupun PD nim anggap itu hanya sebagai rumor. Ni...surat perletakan jawatan saya. Terima kasih kerana jaga dan berikan saya ruang untuk mengajar disini. Saya hargai segala pemberian dan layanan PD nim serta staf-staf lain. "
"Saya pergi dulu kalau tiada apa-apa lagi yang ingin dibincangkan. "
Aku terdiam seribu bahasa. Chaeyu...berhenti?? Tapi kenapa???
CHAEYU 🌷
Pintu pejabat dibuka olehku. Wajah Namjoon menerpa tiba-tiba dihadapanku. Aku mengabaikannya dan menutup pintu lalu ingin pergi tapi dia menghalang.
"Apa...semua ni? " pertanyaannya hanya dibalas dengan renungan kosong.
Aku menjatuhkan pandangan pada pas pekerja yang aku gantung dileher. Pas itu dibuka dan aku mengambil tangannya lalu meletakkannya diatas tapak tangannya.
Aku berlalu pergi.
"Chaeyu, saya tanya ni..jelaskan semuanya pada saya dan awak boleh pergi."
Dia mengejarku dan cuba meraih tanganku, tapi aku lebih cepat darinya mengelak dan berpusing memandangnya.
"Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi. Ni semua salah kau. Kalau kau tak buat tindakan bodoh semalam, semuanya takkan berlaku. "
Suaraku tidak kuat untuk didengari semua staf yang berada disitu. Cukup untuk dia dengari saja, aku tekan suaraku supaya keras sedikit.
"A..apa saya buat? "
Aku memandangnya tajam. Senyuman sinis terukir.
"Kau boleh lupa kejadian semalam?? Kau cium aku sesuka hati kau. Sekarang, kau buat-buat tak ingat?? Macam lelaki tak guna.. "
"Chaeㅡ"
Aku mengangkat tangan supaya dia berhenti berkata. Wajahnya yang kelihatan bersalah dengan perbuatannya semalam aku pandang kosong.
" aku taknak dengar apa-apa dari kau. "
Aku berlalu pergi meninggalkannya yang bersalah. Sedaya upaya aku mengawal riak wajah walaupun hakikatnya aku turut rasa berdalah buat begitu. Dan aku juga rasa menyesal kerana berhenti daripada membuat kerja yang aku impikan.
Tapi, kalau ianya yang terbaik buat diri aku..aku sanggup tinggalkannya. Aku percaya akan ada yang lebih baik daripada sebelum ni.
"Ahh! "
Pelukan seseorang dari belakang mengejutkan aku. Pelukan dieratkan lagi.
"Jangan tinggalkan saya. "
"Lepaskan aku, Namjoon. "
"Saya sukakan awak. Mustahil saya akan lepaskan awak macam tu je. Jangan tinggalkan saya dalam kekecewaan lagi. Jebal... "
Aku menepis kedua tangannya hingga terlerai pelukan. Aku berpusing menghadapnya.
Pang!
Kepalanya terteleng ketepi akibat tamparan kuatku. Naik turun dadaku menahan sabar.
"Jangan...sesekali cari aku lagi. "
Dan aku berlalu meninggalkannya betul-betul.
🌷🌷🌷
My heart is hurt.
When you say you want leave me.
YOU ARE READING
✔ Dream 2.0 » 김남준
FanfictionWe can't stop DREAMING for what we really NEED. •sequel Math• Started : Mac 19 Ended : Mac 19