CHAEYU 🌷
Aku berjalan lemah di kaki lima. Terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
“cik pengsan kerana cik tak mengambil sarapan dan makan tengah hari. Malam semalam cik makan?? ”
“t..tak. ”
Ahhhh, tak pasal-pasal aku terpaksa makan ubat yang doktor bagi. Kalau manis rasanya takpelah juga. Zip beg dibuka dan aku mencari kunci rumah.
"Chaeyu?"
Aku berhenti dan memandang manusia yang berada didepanku. Dia tersenyum dan menyelitkan rambut ditelinga.
"Kau buat apa kat sini?" tanyaku.
"Chaeyu...kenapa kau nampak pucat?? Kau tak sihat? Nak..aku bawakan kau kㅡ" kata-katanya dipotong laju.
"Tak perlu. Aku dah pergi. Lagipun, kesihatan aku langsung tiada kaitan dengan kau. "
Dia terdiam. Senyuman kelat terpamer diwajahnya.
"Ani, aku cㅡ"
"Bagitahu aku apa yang kau mahu dan lepas tu kau dah boleh beredar dari sini"
Dia seperti tidak puas hati apabila kata-katanya dipotong olehku. Aku hanya tersenyum sinis.
🌷 NAMJOON
Aku berdiri dibelakang kereta yang tidak jauh dari rumahnya dan memerhatikannya.
Apabila Chaeyu membuka begnya dan seperti mencari sesuatu, aku tersenyum dan tertunduk. Aku berpaling kebelakang.
Aku dah pastikannya selamat. Aku memulakan langkah ingin beredar.
"Chaeyu?"
Langkah tidak jadi diambil. Aku berpusing memandangnya kembali. Chaeyu sedang berdiri memandang seorang perempuan.
Mereka sedang bercakap-cakap dan nampak seperti sedang berperang mulut. Tapi..kenapa perempuan itu seperti aku kenal?
Perempuan itu beredar tak lama kemudian. Aku hanya pandang sehingga dia lenyap dari mata. Pandanganku beralih pada Chaeyu yang sedang membuka pagar rumahnya.
Aku segera berlari kearahnya. Bahunya dipegang membuatkannya terkejut dan memaling kebelakang. Aku tidak lagi memegang bahunya. Wajahnya berkerut memandangku.
"Kenapa kau ada disini???"
"Saya nak pastikan awak selamat balik kerumah." balasku dengan senyuman.
"Tak perlu. Soobin dah hantar aku balik. Jadi, kau tak perlu ambil berat tentang aku. "
Kenapa nama dia yang perlu kau sebut dahulu?
Dia menjelingku dan ingin membuka pagar. Aku memegang tangannya, menghalang dia daripada membuka kunci pagar.
Dia cuba melawan tapi pegangan aku lebih kemas. Kami saling berbalas pandangan.
" awak memang ego, Chaeyu. Saya buat macam-macam untuk awak tapi awak tak hargainya. Awak fikir saya apa? Manusia yang tiada perasaan?!"
Bengang. Kecewa. Rasa ditipu. Semuanya mengganggu aku malam ni. Nama dia saja yang asyik bermain dalam minda aku.Tapi dia..Soobin menjadi sebutan pertamanya. Kenapa???
CHAEYU 🌷
Aku merentap tangan sendiri dan terlepas dari pegangannya. Merah dan berasa kebas di pergelangan tangan dibiarkan. Tajam pandanganku memandangnya.
"Bukan urusan kau, Kim Namjoon ssi" kataku dingin.
Aku menjelingnya kasar. Tanganku ditariknya semula apabila aku berpaling darinya. Matanya yang sayu dipandang dengan perasaan yang keliru.
"tiap kali saya teringatkan hari terakhir kita berjumpa,hati saya sakit.Tapi, hati awak macam batu. Awak tak rasakan apa-apa sewaktu kejadian di pantai dulu, saya saja yang rasa sakit, saya saja yang rasa terseksa dengan dunia ni! "
Kenapa dia perlu bangkitkan tentang kejadian lama itu? Aku sedaya upaya melupakan segalanya, tapi kenapa dia perlu muncul dan ingatkan aku kembali tentangnya??
Hati aku sakit. Sakit bila dia kata aku langsung tak rasa apa-apa sejak kejadian itu. Aku manusia juga..ada perasaan.
Kau terlalu yakin bila kau libatkan perasaan aku, Kim Namjoon. Kau tak tahu apa yang aku fikirkan. Kau tak tahu apa yang aku rasakan semuanya dari mula.
Wajahnya aku pandang dengan tajam.
"Jangan kata tentang perasaan aku padahal kau tak kenal aku sepenuhnya, Kim Namjoon. "
"Kalau kau kata aku tak rasa apa-apa lepas kejadian pandai dulu, kau salah. Aku pon rasa sakit. Aku turut terkena tempiasnya. Dari situ, aku belajar lupakan semuanya, walaupun tiap hari, tiap saat, tiap masa aku cuba untuk lupakan wajah kau, suara kau, senyuman kau tapi ia tak berhasil!"
Air mata menitis tanpa dipinta. Aku biarkan saja ia mengalir dipipi. Mulutku tertutup rapat, menahan esakan yang bakal keluar. Aku menutup mata seketika untuk mencari kekuatan. Mata dibuka kembali.
"Kau tak tahu apa perasaan aku sewaktu aku tinggalkan kau lepas kejadian tu. Kau tak tahu betapa seksanya aku nafikan semuanya dari kau."
" Tapi semuanya sama saja. Semua orang ingat aku ni tak ada perasaan, tak ada belas kasihan, tak kisahkan orang yang sayangkan aku!"
Jeritan kuat dilepaskan olehku. Air mata mengalir lebih deras berbanding sebelumnya. Badanku menggigil menahan esakan.
" Aku cuma jadi diri aku yang sebenar..apa yang salah di mata dorang? Apa yang aku buat sampai dorang layak labelkan aku macam tu? "
"Chaeyu..maafkan saya.."
Aku mengelak dari terkena sentuhannya. Entah sejak bila dia tidak lagi mengenggam tanganku.
Aku mengalihkan pandangan pada tangannya yang perlahan-lahan kembali kesisisnya. Air mata diseka."Dahlah, Namjoon. Tinggalkn aku seorang. Kau tak sepatutnya ada dsini. "
"Chaeyu..dengar dulu..dengar dulu apa yang saya nak katakan. "
"Takde apa lagi yang aku nak dengar. Aku cuma berharap yang aku takkan jumpa kau lagi. Kau dah boleh balik. Aku taknak tenㅡ"
Bibir aku menjadi sasaran bibirnya. Mataku membuntang apabila dia menarik pinggangku dan mencantumkan bibir kami berdua. Deruan nafasnya terasa dikulit muka.
Membuatkan aku rasa gementar, terkejut, dan juga tenang. Apa..perasaan ini?
🌷🌷
Your lips on mine.
Our fate still same.
YOU ARE READING
✔ Dream 2.0 » 김남준
FanfictionWe can't stop DREAMING for what we really NEED. •sequel Math• Started : Mac 19 Ended : Mac 19