CHAEYU 🌷"Aku ingat lagi pasal hal tu weih, HAHAHAHAJAHA! "
Aku tersenyum melihat mereka mengenangkan kenangan lama sewaktu persekolahan dahulu.
Dah 3 tahun kami semua tinggalkan sekolah menengah dan tak berjumpa. Ini lah peluang keemasan bagi kami untuk meluangkan masa bersama-sama dan memainkan kembali memori-memori indah dan pahit waktu bersekolah dahulu.
"Chaeyu ssi.. "
Aku memandang ketua kelas 4-4 C yang memanggil aku. Aku mengangkat kepala memberi isyarat 'apa? '
"Kenapa senyap je?? "
"Ani. Takde pape. Aku..aku tak tahu nak bual apa ngan korang. "
Aku jujur. Lagipun, waktu sekelas dulu mana ada rapat sangat dengan mereka. Aku buat hal aku sendiri je.
Tapi, semuanya berubah lepas je ibu bapa angkat aku meninggal. Mereka sekelas, termasuk Yoo Yeonyu tak guna tu datang ucapkan takziah pada aku sewaktu majlis pengebumian. Saat tu, aku sedar yang mereka ambil berat tentang aku.
"Hei, korang! Kenapa tak pesan makanan lagi?? Jomlah pesan sementara tunggu beberapa orang yang belum sampai tu. "
"YEAH!"
Kami mula memesan makanan dan kembali bersembang. Satu kedai riuh tanpa kisahkan sekeliling kerana Ketua Kelas dah tempah kedai ini hanya untuk kami semua.
Pintu kedai dibuka membuatkan semua berpaling memandangnya. Aku tidak berpaling kerana sudah tahu siapa gerangan tersebut.
"Maaf aku lambat. Syarikat ada masalah sikit. "
"Takpe. Duduklah. Ada lagi dua orang belum sampai"
Aku mendiamkan diri memandang makanan yang dihidang oleh pekerja. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan aku dan memandangku dengan senyuman manisnya.
"Lama tak jumpa, Choi Chaeyu " tegurnya membuka bicara. Mereka hanya senyap memandang kami berdua yang sememangnya pantang berjumpa.
Aku memandangnya dan tersenyum kecil.
"Yoo Yeon Yu.." Namanya disebut dengan lancar sekali. Mereka yang lain mula berbisik-bisik. Takut kami bergaduh dalam perjumpaan ini.
"Lama tak jumpa. Kau.. Sihat? " tanyaku.
Dia hanya mengangguk kepala. Yang lain menghembus nafas lega. Dua orang lagi sudah sampai dan kami mula menjamu selera. Tidak lupa juga sembang-sembang kosong.
Dua jam berlalu begitu saja. Sedar tak sedar sudah menginjak 12 malam. Ada juga yang dah beransur pulang kerana perlu bekerja pada hari esok. Kini tinggal aku dan Yeonyu saja dimeja. Ketua kelas pula membayar bil makanan di kaunter.
Keadaan senyap seketika sebelum Yeonyu membuka mulut.
"Dengar kata..kau jadi koreografer professional kat satu syarikat pencarian bakat. "
Aku memandangnya yang meneguk soju. Aku tahu soalan itu ditujukan pada aku. Sebab aku sorang saja yang berimpian macam tu.
"Hmm.. " balasku pendek.
"Tapi... "
Yeonyu memandangku dan senyuman terukir.
"...Cikgu Namjoon ada kat situ.Kau tahu tentangnya? "
Aku mengerutkan wajah. Kenapa dia ada disitu?
Apa pekerjaannya didalam syarikat itu?"Kenapa..? "
"Ahh,nampaknya Chaeyu tak tahu apa-apa. Macam mana boleh taktahu..kita kan murid dia dulu. Sepatutnya ikut je lah perkembangan semasa dia walaupun.. "
Aku merenungnya tajam. Senyuman sinis miliknya terukir. Aku benci betul tengok senyuman tu.
"...walaupun dia dah takde 'apa-apa' lagi dengan kaㅡupps! Maksud aku dengan kita semua. "
"Kau..sengaja ke atau apa? " tanyaku tenang.
"Kau macam tak kenal aku... "
"Aku paling anti dengan budak yang bernama Choi Chaeyu kat sekolah dulu. Tiap hari, ada je bahan cari gaduh dengan kau. "
Dia bangun dan memandangku.Rambut panjangnya yang diwarnakan dengan warna pastel merah jambu diselak kebelakang.
"Aku pergi dulu. "
Aku menjelingnya keluar dari kedai. Aku menutup mata serapatnya dan menenangkan diri.
Nasib kau baik sebab aku dalam mood yang okay hari ni, Yeonyu. Kalau tak, dah lama kau kena hentam dengan aku macam dulu.
🌷🌷
Yehetttt semua! 🐒😂
YOU ARE READING
✔ Dream 2.0 » 김남준
FanfictionWe can't stop DREAMING for what we really NEED. •sequel Math• Started : Mac 19 Ended : Mac 19