10:12

159 13 0
                                    

Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.

Surah Yunus 10: ayat 12

🌠Apabila kita susah, dalam keadaan bahaya, perlukan pertolongan. Automatik kita akan berdoa kepada Allah. Sbb hanya Allah sahaja yg dapat bantu kita.

🌠Allah sebut dalam ayat tersebut manusia berdoa dalam 3 keadaan, iaitu berbaring, duduk dan berdiri.

🌠Lepas je Allah makbulkan permintaan hambaNya, dia kembali membuat dosa & maksiat. Seolah-olah dia tak pernah berdoa kepada Allah. Macam sombong la kan? Allah dah beri apa yang kita nak, tapi Kita langgar perintahNya. Nauzubillahiminzalik..

🌠 Orang-orang yang lupa bahawa dia telah berdoa kepada Allah supaya dihilangkan bahaya yg menimpanya, kemudian dia ingkar.. sesungguhnya dia telah tergolong dalam golongan orang-orang yang melampaui batas..

petunjuk dari الله 🌠Where stories live. Discover now