57:16-17

16 0 0
                                    

InsyaAllah kali ini kita teruskan dengan juzuk 27. Di dalam juzuk 27 terkandung di dalamnya beberapa surah, salah satunya surah al-Hadid. Ia adalah surah ke 57 di dalam al-Quran, dan termasuk dalam kategori Madaniyyah. Al-Hadid bermaksud besi, sempena ayat yang ke 25 surah ini. Surah ini adalah kesinambungan daripada surah al-Waqiah, yang mana pada ayat terakhir surah al-Waqiah menyuruh kita untuk bertasbih. Dan surah al-Hadid ini sekaligus dimulakan dengan mensucikan Allah yang Maha Suci. Antara intipati dalam surah ini adalah berkaitan pembangunan spiritual, khususnya pada para Sahabat yang berada di Madinah. Jadi sekaligus, surah ini bertujuan menegur orang-orang Islam di Madinah supaya menjadi manusia sebaik-baik umat seperti golongan yang terawal. Ini kerana iman mereka tidak segagah iman para sahabat yang terawal. Walaupun mereka semakin ramai dan kekuatan fizikal sudah semakin jelas, tetapi dalam masa yang sama, iman pula sudah semakin pudar. Oleh itu, surah al-Hadid ini diturunkan untuk menyegarkan kembali iman umat Islam waktu itu. Allah nak berikan semangat kepada orang Islam yang sudah lemah iman.

Dan waktu itu saja, bahkan termasuklah sekarang dan pada bila-bila masa hinggalah kiamat. Ada orang yang sudah lama menjadi Muslim, maka lama-kelamaan semakin tidak terkesan sangat dengan agama. Oleh itu, mentadabbur ayat-ayat dalam surah ini sangatlah diperlukan untuk proses refleksi. Apa pun, kita akan mentadabbur surah ini pada ayat yang ke 16 dan 17. Bismillah..

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." (16)

اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya." (17)

(Surah Al-Hadid 57 : 16-17)


Teman, ini antara ayat kegemaran saya selepas surah az-Zumar ayat 53. Apabila saya secara peribadi membaca ayat ini dulu, meremang bulu roma, dan bergenang air mata. Bahkan kerana ayat ini juga, Allah telah memberi hidayah kepada seorang tabi'in bernama Fudhail bin Iyyadh. Daripada seorang pencuri hebat berubah kepada seorang ulama' besar. Macam saya sebut, salah satu sebab ayat ini diturunkan di Madinah kerana nak menggegarkan nafsu dan menguatkan semula keimanan orang Islam masa itu. Itu yang menyebabkan ayat ni antara ayat yang luar biasa dan istimewa. Sampaikan Ibnu Umar beritahu, apabila dia membaca al-Quran dan tiba sampai surah al-Hadid ayat 16 ini, dia terus menangis sehingga air matanya membasahi janggut. Dan beliau berkata, "Wahai Rabbku! Memang benar sudah waktunya!"

Sebelum saya sambung berkongsi, saya nak awak betulkan mindset di dalam kepala yang sekarang ini, seolah-olah Allah sedang 'bercakap' dengan kita. Kalau awak boleh buat macam ini, insyaAllah ayat ini boleh mengubah banyak perkara dalam hidup kita. Boleh? Ambil nafas dalam-dalam. Allah sebut,

petunjuk dari الله 🌠Where stories live. Discover now