Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatan-nya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat(pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka), disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman air yang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.
Surah Al-An'am 6:ayat 70
🌠 Jauhkan la diri daripada orang yg negatif. Yang menjauhkan diri kita daripada Allah dan yang main² dgn hukum Allah.
🌠 Amar makruf Nahi munkar. Jika kita nampak dosa, cegahlah la dosa tersebut dan ajaklah kepada kebaikan. Nasihat la orang lain dgn ayat² alquran dan hadis supaya kita sama² muhasabah diri serta dapat menjauhkan diri daripada api neraka.
🌠 Dosa tidak dapat ditebus dgn cara lain selain taubat yg diterima Allah. Walau kita banyak duit sekalipun, tak akan mampu nak tebus dosa yg banyak.
🌠 Hanya Allah sahaja tempat kita meminta pertolongan dan perlindungan
🌠 Akibat dosa yg menggunung, dia terjerumus ke dalam neraka dan diseksa dgn azab yg pedih seperti minum air yang mendidih..allahu..moga dijauhkan..
YOU ARE READING
petunjuk dari الله 🌠
De Todoayat-ayat alquran yg memberi petunjuk & peringatan untuk kita semuaa ✨