20:74-76

30 2 0
                                    

Sesungguhnya siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh, baginya adalah neraka Jahanam. Dia tidak mati (terus merasakan azab) di dalamnya dan tidak (pula) hidup (tidak dapat bertaubat).

Tetapi siapa yang datang kepada-Nya dalam keadaaan beriman, dan telah mengerjakan kabajikan, maka mereka itulah orang yang memperoleh darjat yang tinggi (mulia)

(yaitu) syurga-syurga Adnin, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan bagi orang yg menyucikan diri.

(Surah Ta-ha : ayat 74-76)

🌠 Semua manusia akan kembali kepada Allah dan menghadap Allah. Kalau kita menghadap Allah dalam keadaan berdosa..kita tak sempat bertaubat..neraka Jahanam lah pengakhiran kita. Dan di dalam neraka Jahanam tu kita tidak akan mati (terus diazab hingga habis dosanya) dan tidak akan pula hidup (tidak dapat bertaubat).

🌠 Lain pula dgn orang yg beriman, yang mengerjakan kabajikan, yang buat amal soleh. Pengakhiran dia pula baik²..dia dapat duduk dekat tempat yang tinggi darjatnya dan tempat yang mulia..iaitu SYURGA ADNIN!

🌠 Syurga Adnin yg mengalir bawahnya sungai-sungai dan mereka (orang beriman) kekal di dalam Syurga Adnin tersebut..dan Syurga Adnin tu ialah ganjaran buat org yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat..

🌠 Semoga kita semua dikurniakan Syurga! insyaAllah..amiin

petunjuk dari الله 🌠Where stories live. Discover now