kisah tukang kek

666 73 27
                                    

Ada seorang hamba Allah ni. Dia baru belajar buat kek. Dia buat kek, bagi mak ayah, adik beradik dia rasa, family dia puji, kek dia sedap. Memang boleh jual!

Lalu dia pun terus bercita-cita nak bukak kedai kek. Tapi mak dia kata, jangan terus terjun dalam business. Ambik pengalaman dulu, biasakan diri buat kek. Ambik pendapat orang. Apa yang boleh diperbetul. Cuba buat kek, sedekah bagi orang makan.

Dia pun buat kek dan bagi sedekah. Free of charge. Letak dekat cafe tempat dia belajar. Makcik koperasi tanya, kenapa tiba-tiba nak bagi kek secara free. Dia pun jawab dengan innocent. "Saje. Saya ni memang minat buat kek. Nak share cake yang saya buat biar semua orang rasa."

Lepas tu dia pun tinggalkan kek dia. 20pcs. Dengan nota, "Jemput lah rasa kek saya ni. Saya ikhlas memberi sebab saya memang minat buat kek. Kalau awak suka, awak letaklah bintang dalam kotak ni. Komen pun kita alu-alukan."

Keesokkan harinya, dia datang balik dekat koperasi tu.

Kek dia habis! Licin! Dia pun senyum suka. Orang ambik! Lepas tu dia pun ambik kotak dan bawa balik. Sampai di rumah, dengan rasa teruja, dia pun buka kotak.

Aik?

Ada 4 je bintang. Ada 4 kertas komen.

Dia mula rasa bengang! What? Banyak ni je?

Maka dia bukak komen.

Komen 1: Thank you for this free cake! Nice. Esok letak lagi eh?

Komen 2: awak mesti perempuan kan? Boleh berkenalan. Saya rasa awaklah pemilik tulang rusuk saya.

Komen 3: kek yang enak. Texture nya lembut. Topping pun sedap. Good job! Awak boleh pergi jauh.

Komen 4: kek rapuh sangat. And manis sangat! Nak bagi orang diabetic ke apa? And your ganache is yucky, dude. Pakai choc murah ke?

Terus si pembuat kek menangis teresak-esak dengan pelbagai rasa yang terbuku di hati.

Sampainya hati. Aku bagi free kot! Bagi lah bintang! Bagi lah komen yang memberangsangkan. Lepas tu dia pun decide nak berhenti buat kek! Sebabkan bintang yang tak meriah, dan SATU komen yang buat dia down.

Padahal, di belakang tabir yang dia tak tahu. Daripada 20pcs kek itu, ada 10 yang diambil tanpa beri komen dan bintang, sebab tukang ambil dalam keadaan tergesa, atau dalam keadaan mood swing, atau dalam keadaan memerlukan (miskin, tak ada duit nak makan). Kek dia memudahkan kerja mereka-mereka itu. Yang nak cepat, boleh makan sambil berjalan ke destinasi. Yang miskin dapat makan free. Yang tengah sedih/mood swing, manisan dari kek tu buat pengubat lara mereka. Dan semua kesepuluh memuji kek itu, dan berdoa di dalam hati, semoga si pembuat kek akan terus berjaya dalam bidang pembuatan kek (note frm akuorgbiasa: eh, bidang apakah ini? Cam pelik je perkataan tu 😝😝).

Jadi,moral of the story?

Jadi,moral of the story?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Habis cerita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Habis cerita...  😁😁😁

*Kisah ini rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati.*

Selamat hujung minggu! Selamat hidup!

Akuorgbiasa L u'ols.. 😘😘

Aku Orang Biasa: Kau Fikir Apa?Where stories live. Discover now