Nikmat...

451 51 19
                                    

Assalamualaikum,

Apa khabar?

Belum, belum nak announce pape pasal ebook, or buku terbitan or watsoeva. Hehe.

Akuorgbiasa agak busy berulang-alik ke hospital menjaga ahli keluarga tak sihat. Huhuhu. Mohon doa semua supaya diberi kesembuhan yang cepat pada ayah kita eh.

Pagi td, otw ke hospital, kita layan HotFM. Diorg call seorang hamba Allah yg agak femes gak lewat beberapa minggu ni. He messed up, big time, and cost him his marriage and son. Of course reputation pun punah lah.

Jadi dengar lah the DJs interview dia. Well, i donno lah kot dia ni mmg sangat pandai bercakap dan berlakon, tp kita rasa kesian. Hahaha.

Ada beberapa perkara yg dia cakap yg boleh kita semua jadikan iktibar.

1. Kita ni manusia. Dan kita memang akan sentiasa buat salah. Memang orang akan mengata macam-macam. Teruk lah. Loser lah. Bla bla... tapi apa yang penting, selagi nyawa masih di badan, maknanya selagi tu kita kena berusaha perbaiki dan mintak ampun dari Allah.

2. Manusia, selalu ego dan angkuh untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. We tend to take things for granted. Tak rasa benda tu penting. Tak syukuri. Gunakan utk benda yang salah. Tapi sekali Allah rentap nikmat tu, baru terduduk dan rasa, kita perlukan nikmat tu. Rasa kehilangan. Rasa lost.

Walaupun dia memang bersalah (berkali-kali), apa yang dia cakap pagi ni betul. Boleh dijadikan peringatan.

Banyak nikmat yg kita takes for granted.

Makanan contohnya. Benda tu ada depan mata, kita tak hingin pun. Bila tak ada, mengidam pulleekk! 🤦‍♀️

Masa. Ada masa banyak, dok main2 layan netflix. Dah dekat due date submission, kelam kelibut tak tidur malam siapkan. Hahaha. (Ini aku la ni! Penyakit procastination sangat kritikal! 😔😔😔)

Anak. Masa dia ada depan mata, kita dok ralit layan handphone. Tak nak main dengan dia. Bila dia tak ada, baru teringat² sampai tidur peluk bantal anak. Huhuhu... bengong la mak bapak pun...

So moral of the story, bersyukurlah atas nikmat yg Allah bagi. Dan jangan pernah berhenti mencuba utk jadi manusia yg lebih baik. Allah tak kira hasil akhir. Allah kira usaha kita, inshaaAllah.

Ok? Sekian sahaja daripada saya yang menaip di dalam wad. Haha.

Bye. Assalamualaikum...

Aku Orang Biasa: Kau Fikir Apa?Where stories live. Discover now