Mengapa itu, mengapa ini?

448 56 34
                                    

Assalamualaikum and hello!

Apa khabar semuanya? Sihat?

Dalam post kali ni, kita nak jawab beberapa persoalan yang banyak kita terima lately. And beberapa perkara yang kita nak korang tahu, walau tak tanya. Hahahaha. Poyo pula kau yong! Bajet!

Ok, jom!

1) mengapa unpublish stories from wattpad?

Sebab baru-baru ni, ada reader yang beritahu kita pasal satu mirror site yang boleh extract ALL STORIES from wattpad and display di site diorang.

Memang kita dah baca explanation Wattpad pasal tu. They said, site tu sebenarnya virus. Malware la. Apa la.

Yes, mungkin betul. Tapi yang menjadi punca utama kita memilih untuk tak publish semula karya² kita di Wattpad ialah sebab kita dah test sendiri, that site does not only mirroring. Tapi dia juga allow readers untuk manipulate the works yang dia display. Maksud kata, orang boleh copy and paste sebijik sebijan, dan masuk dalam word or apa-apa la writing apps. Kita dah cuba sendiri! Dan tak kena virus pun (Alhamdulillah). Maybe I was just lucky. Tp boleh copy paste tu, kita tak leh terima la.

Jadi, untuk melindungi hak cipta semua story yang susah-payah kita karang, kita decide untuk turunkan.

Harap semua boleh faham... hehe.

Tapi kita update TUS juga sekali-sekala.

Baca la TUS ya!

2) mengapa tak aktif update di Wattpad macam dulu?

Dulu lain, sekarang lain...

Ewahhh... hahaha

Ok, jawapan pertama. Dulu status yong, pelajar tua. Hahaha. Jadi, jadual sendiri susun. Boleh selit-selit masa. Sekarang, yong dah bekerja. Makan gaji. Jadi kena ikut jadual tertentu dan selesaikan tanggungjawab. Kang tak berkat pulak gaji yong tu! Ha...gituu...

Jawapan kedua,  i just discovered that my youngest child needs extra attention as compared to his bro and sis. Dia... mm... camana nak cakap, istimewa sikit. Huhu. He's autistic.

Dulu, dia masih kecik, so symptoms tu tak nampak sangat. Bila kami (husband and I) realized and finally admitted (yes, we were in denial before that) yang our precious son needs help, life changed 180 degrees. Hospital appointments, therapy sessions, attention and cara layan dia di rumah, semua berubah. Jadi, banyak masa kita dah ke situ. And I have another 2 kids yang nak kena bagi attention jugak.

Jadi sebab tu..., dah kurang masa utk diri sendiri dan nak update frequently...

Rindu juga. Tapi nak wat cane. Ada tanggungjawab yang lebih utama.

Doakan anak kami ya? Dia dapat berdikari dan jaga diri dia sendiri, memadailah.. huhuhu.. (bila fikir masa depan dia, mesti mata masuk habuk..aihhh...jgn pikir lah!)

3) dah janji nak habiskan cerita Ipin×Fifi di Wattpad. Mengapa berhenti separuh jalan?

Same answer dengan no 1. Terpaksa turunkan all long stories from wattpad skang dah tak tahu nak update dekat platform mana. Semua pun dah rasa tak selamat. Paranoid tak? Haha..

We see how la. Kalau tak, kita tulis as ebook je la. Tu pun not anytime soon. Sekarang busy namatey... haihhh...

Maaf ya... maaf sangat-sangat atas janji yang tak tertunai...

4) mengapa hanya terbitkan ebook? Bukan buku fizikal.

Tak ada capacity. Setakat ni, hanya mampu terbit ebook..itu pun terpaksa guna platform e-sentral untuk manage. Sebab, kita tak ada masa untuk manage order, check payment, post buku, bla bla bla...

Yong ni buat sendiri semua benda, wak-wak. Tak ada pekerja pun. Enche wak-wak kita pon keghoje. Tak boleh la nak harap dia.

And kepantangan yong ialah bila org berniaga tak efisyen dalam perniagaan. Dah bayar, barang lambat sampai. Mesej tanya barang, sebulan kemudian baru reply. Contohhh.... haha.

Jadi, benda yong tak suka orang buat pada yong, yong tak nak buat dekat orang.

Sebab tu, untuk masa ni, buku-buku AOB hanya dalam bentuk ebook sahaja. Kalau korang jumpa orang jual karya AOB dalam bentuk fizikal, sila beritahu. Dah kena cilok la tu.... wa naudzubillah...

Update terbaru: tahun 2021 tahun sejarah bila akhirnya akuorgbiasa keluar buku fizikal bawah terbitan Jemari Gemok Publication. Haha.

5) mengapa "akuorgbiasa"?

Sebab nama pena tu terasa sangat dekat di hati. Kalau perasan, kita ni tak hebat pun dalam penulisan. In fact, masih banyak yang perlu diperbaiki dalam teknik penulisan. Ayat pun macam budak upsr. Tah-tah ayat diorang lagi sedap 😆😆

Tapi kita ni cuma satu orang biasa, yang suka bercerita. Hanya nak menyampai cerita, berselit nasihat dan teladan pada yang sudi mendengar.

Sebab tu "akuorgbiasa", sebab hakikatnya, kita ni cuma org biasa...hehe.

6) mengapa Yong?

Hahahaha. Sebab kita memang Yong. Anak sulung yang berwibawa. Gittuhhh.... hahaha.

Tapi serius, kita anak sulung. Dan dalam keluarga memang digelar yang seakan-akan la ngan Yong tu... wakakaka.

Dan antara makanan kegemaran kita ialah yong tau fu.. tiberrr...

Hahahaha.

Ok lah. Rasa tu je.

Tengah serabut kepala otak benarnya ni... tu yg tetiba pergi mengarut tulis ni plak.... haih..

Ok wak-wak semua. Selamat malam. Mimpi indah...

Bye! L u ols. Assalamualaikum.....😘😘😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Orang Biasa: Kau Fikir Apa?Where stories live. Discover now