Husnul Khatimah

607 53 9
                                    

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas, dapat berita salah seorang jiran, meninggal ketika menunaikan solat subuh berjemaah di surau kediaman kami...

Malam ini, dapat berita rakan sekerja, meninggal ketika sedang menjadi imam solat maghrib di masjid.

Allah hu akbar.

MasyaAllah.

Mati yang dicemburui. Mati yang menjadi sebutan.

Arwah dimuliakan oleh Allah di mata kita, manusia yang tinggal.

Husnul khatimah.... Ditarik nyawa di saat berada dalam ibadah kepada Allah....

Benar, mungkin dia juga berdosa. Belum pasti ke syurga. Hanya Allah yang tahu.

Tapi, matinya itu, Allah tingkatkan darjatnya, ketika sedang solat, dan berjemaah, malah menjadi ketua solat itu.

Allah hu akbar...😢😢

Kita?

Entah kan macam mana.... 😖😖😖

 😖😖😖

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku Orang Biasa: Kau Fikir Apa?Where stories live. Discover now