1-Pertemuan semula

464 39 3
                                    

NO ONE POV

Sebuah teksi berwarna merah berhenti di hadapan Hotel Kempinski, dan seorang gadis muda yang berumur lebih kurang 20 tahun keatas melangkah keluar.
Dia mengenakan pakaian berwarna putih dan rambut panjangnya sedikit keriting.
Dia tidak kelihatan terlalu mewah mahupun mencolok mata, pakaian yang cuma biasa-biasa sahaja.
Solekannya juga ringkas dan dia menggenggam beg tangan berwarna putih, dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna hitam.
Kesemua itu membuatkan dia kelihatan seperti seorang bidadari.

Kecantikannya tidaklah mencapai tahap yang mampu membuatkan semua orang kagum memandangnya, tetapi ciri-ciri wajahnya sangat lembut dan sukar untuk dilupakan.
Dia membuatkan seseorang itu berasa seolah-olah ditiupkan angin musim bunga yang lembut.
Memang terdapat wanita sebegitu di dunia ini, di mana kecantikannya tidak menakjubkan, tetapi tetap menawan. Dan Chou Tzuyu adalah salah seorang daripada wanita tersebut. Wanita yang mampu menawan perasaan orang lain hanya melalui kewujudannya semata-mata.

Di sebalik pintu, bekas teman sekelasnya yang bertugas untuk menyambut tetamu menunjukkan arah kepadanya dengan senyuman yang manis. " Haa! Tzuyu, datang pon kau! Cepat naik kat Bilik Peony di tingkat dua. Diorang Semua tengah tunggu kat siu. Diaorang mesti seronok tengok kau dah sampai!" Tzuyu mengangguk dan membalas senyuman mereka. Dia berjalan dengan perlahan-lahan ke tingkat dua. Dia tidak tahu kenapa, tapi dia dapat merasakan satu perasaan tidak senang hati mula terbentuk di dalam hatinya. Ini adalah satu perasaan yang sudah lama tidak dirasakannya.

Sebenarnya, dia jarang datang ke pertemuan semula sekolah menengah macam ni. Tapi Tzuyu bukan jenis yang tak suka bersosial, dan bukan sebab die sombong. Cuma, dalam tempoh tiga tahun kat sekolah menengah tu, terdapat seseorang yang membuatkan dia mengelak untuk datang kat acara macam ni. Tapi tanpa disedari.
Ya. Kali ini, dia bersetuju untuk hadir sebab guru kelas dia sendiri yang call dan jemput dia .

Puan Lee  umur dia dah lebih 60 tahun dan dah lama bersara. Daripada apa yang Tzuyu dengar, Pn. Lee dah berhijrah ke New Zealand dengan anak perempuan dia beberapa tahun dahulu. Cuma sekarang, bukan sahaja dia memutuskan untuk kembali ke negara ini, dia juga telah mengendalikan pertemuan semula ini. Tzuyu tidak mempunyai alasan untuk menolak. Walaupun dia bukan pelajar yang berjaya memenangi hati gurunya melalui pencapaian akademik, Tapi dia sangat  menyukai Puan Lee.

Lagipun, orang itu telah menghilangkan diri selama tujuh tahun. Tak mungkin dia akan tiba-tiba muncul di majlis ini, kan? Dia cuba untuk meyakinkan dirinya, tapi Tzuyu masih gagal untuk menghilangkan rasa tidak tenang tersebut.

Apabila dia akhirnya melangkah masuk, sudah terdapat lebih kurang dua puluh orang di dalam. Mendengarkan pintu terbuka, mereka semua memandang ke arah pintu dan melihat Tzuyu tersenyum malu.

" annyeonghaseyo." Tzuyu.

"Wah, Chou Tzuyu yang cantik rupanya! Tak sangka kau akhirnya datang juga kat majlis macam ni! Hujan merah dah nak turun ke?" Kata salah seorang bekas rakan perempuan sekelasnya dengan nada yang mengejek.

Tzuyu cuma tersenyum dengan janggal dan tidak menjawab. Lepas itu, Ketua Kelas, Oh sehun, berdiri dan menyambutnya dengan mesra. "Tzuyu. Dah lama tidak jumpa,  Apa khabar kau?"

"Oh hai,  Aku ok je hmmm... " Tzuyu memandang ke sekeliling bilik. Apabila dia tidak menemui guru kelasnya, dia tertanya-tanya, "Puan Lee kat mana?"

"Ah, Puan Lee tengah telefon seseorang jap sebab masih ada pelajar lagi yang tak datang. Nanti dia datang lah tu. Dah jom duduk."

Tzuyu mengangguk. Mencari satu sudut yang sunyi, dia duduk dan mendengarkan gurau senda daripada rakan di sekelilingnya.

Sudah lama mereka semua tamat persekolahan, dan semua orang sudah berubah. Ada yang sudah menjadi usahawan terkenal, ada yang bekerja dengan kerajaan dan ada juga yang belajar di luar negara. Dari segi keseluruhannya, jika dibandingkan dengan semua yang berada di sini, gadis yang dahulunya dianggap sebagai genius dengan IQ setinggi 130 hanya kelihatan teramat biasa sahaja sekarang ini.

Setelah tamat persekolahan, dia menolak tawaran dari kolej di ibu kota dan memeranjatkan semua orang apabila dia memohon untuk menyertai sekolah jururawat di akademi perubatan tempatan. Setelah selesai belajar, dia bekerja sebagai seorang jururawat pelatih dengan kontrak selama 3 tahun.

Sekarang, dia sudahpun mempunyai hubungan yang stabil dengan seorang pelatih di bahagian oftalmologi dalam hospital yang sama. Sungguhpun latar belakang keluarganya sederhana sahaja, dia mempunyai masa hadapan yang cerah. Tzuyu merasakan yang dia tidak ada apa-apa lagi yang hendak dimintanya dalam kehidupan ini. Dia tidak menginginkan harta dan kekayaan, dia cuma mahukan kestabilan dan keselamatan.

Kemudian, seseorang tiba-tiba menepuk bahagian belakangnya. Tzuyu terperanjat dan terus berpaling.





T

BC..

Buat sesiapa yang xkenal Oh Sehun ini lh orangnya
(tapi pelik lh kalu korang minat kpop tapi xkenal sehun kan🤣)


This is Pn lee (anggap je yg umur die 60 keatas k👍)



Sorry dh lama x update sebb saya busy dengan keje sek and sorry kalau ada typo and kalu ada ayat yg korang x faham.

Jangan lupa vote taq tq♥️



☆My First Love Story♡Where stories live. Discover now