"Hello?"
"..."
"Hello? Siapa ini? Saya akan putuskan panggilan jika encik tak akan bercakap apa-apa." Tzuyu mula berasa jengkel.
Mungkin mereka mendail nombor yang salah?
Sewaktu dia hampir memutuskan panggilan tersebut, dia terdengan suara yang sangat dikenalinya.
"Kenapa kau mengelak daripada aku?" suara tersebut kedengaran menerusi telefon.
"T..Teahyung?" Tzuyu membalas, suaranya terketar-ketar.
"Kenapa kau mengelak daripada aku?" Teahyung mengulang soalan yang tidak dijawabnya daripada corong telefon sebelah sana.
"Teahyung, boleh tak awak hentikan benda mengarut ini? Kita sudah berpisah tujuh tahun yang lalu -"
"Aku ada kat bawah." Teahyung menyampuk. Dia segera mematikan panggilan sebelum Tzuyu sempat membalas apa-apa.
Macam mana dia tahu alamat ni? Adakah si mulut celupar, Sana yang memberitahunya lagi? Tzuyu berfikir. Mengenang kembali apa yang berlaku di bilik air, Tzuyu benar-benar tidak mahu turun ke bawah. Dia tiada sedikit pun niat untuk berjumpa dengannya lagi.
Tapi kalau tak turun ke bawah, dia akan terus menunggu? Macamana kalau dia terserempak dengan Jungkook masa Jungkook pulang ke rumah?
Tzuyu membalut dirinya di dalam jaket sambil memikirkan perkara-perkara yang mungkin terjadi. Selepas beberapa detik teragak-agak, dia memaksa dirinya turun ke bawah.
Sudah tentulah, Teahyung berada di bawah. Dia bersandar pada kereta Audi R8 berwarna perak sambil memegang rokok di celah jarinya.
"Teahyung, apa yang awak nak?" Tzuyu berjalan ke arahnya. Matanya memandang tajam pada lelaki itu.
Sambil mengangkat kepalanya, Teahyung menatap tajam pada Tzuyu. Mata jahanam itu lagi. Mata yang membuatkan Tzuyu merasakan seolah-olah dial ah satu-satunya perempuan yang dilihat Teahyung, seolah-olah lelaki itu masih benar-benar meminatinya seperti suatu ketika dahulu.
"kau masih sama macam dahulu. Kau tidak berubah sedikit pun." Teahyung memandangnya tanpa berkelip. Matanya sarat dengan emosi yang sukar diterangkan.
Dengan senyuman pahit, Tzuyu membalas, "awak silap, manusia memang boleh berubah. Teahyung, tidak kiralah apa pun yang awak kejarkan, saya harap awak boleh lepaskan perkara yang sudah berlalu. Saya penat dan saya tidak mahu sebarang masalah lagi. Lagipun, kita berdua sudah ada kehidupan masing-masing sekarang. Jadi, bolehkah awak berhenti buat kerja gila?"
"Ye aku gila. Aku tidak pernah waras," Teahyung berkata dengan ikhlas.
"Jadi kenapa kamu buat begini? Untuk mengenang kembali kenangan bersama saya?" Tzuyu mengejek.
Mata Teahyung berkilau semasa dia menatap dalam ke mata Tzuyu. Kemudian, dengan perlahan dia berkata, "Chou Tzuyu, kahwin dengan aku."
Tzuyu hampir hilang kewarasannya mendengarkan perkataan itu. Kau menghilang selama tujuh tahun, dan perkara pertama yang kau buat apabila kamu pulang adalah meminang saya?!
Masa disekolah menengah dulu, Teahyung merupakan insan paling penting dalam hidup Tzuyu, seseorang yang memberinya pengalaman melalui semua perasaan - cintasentara, sayang, benci... tapi itu sudah lama berlalu. Sekarang, dia sudah pulang. Tujuh tahun selepas dia menghilangkan diri tanpa mengucapkan sebarang selamat tinggal. Tambahan pula, dia sedang meminang sekarang, di tempat dan masa yang paling teruk dan kepada orang yang salah. Ini mungkin salah satu pengalaman yang paling tidak masuk akal yang pernah dilalui oleh Tzuyu.
"Teahyung, hentikannya. Kita bukan budak-budak lagi," suara Tzuyu kedengaran serak apabila dia memalingkan mukanya daripada Teahyung.
"Saya tak bergurau," Teahyung membalas sambil memandang wajah Tzuyu yang cukup dikenalinya.
"Jadi kamu hanya mempermainkan perasaan saya? Awak rasa seronok?" Tzuyu ketawa hambar. Dia perasan akan bunyi putus asa pada suaranya.
"Tidak."
"Jadi awak mahu beritahu saya yang kamu serius?" kemarahan Tzuyu bertukar kepada ketawa apabila dia memandang Teahyung. Dia tiba-tiba merasakan lelaki itu mengarut.
Teahyung tidak membalas. Reaksinya sudah menjelaskan semuanya.
Tzuyu menarik nafas panjang dan menuding jarinya pada Teahyung."Baiklah, Teahyung. Ulang apa yang awak katakana."
"Chou Tzuyu, jom kita kahwin." Dia cukup mengenali Tzuyu dan segera mengulangi pernyataannya.
"Teahyung, dengar cakap saya. Saya memang akan kahwin, tapi bukan dengan awak. Awak perlu berhenti hidup dalam dunia fantasi kerana benda ini tidak akan berlaku pada kita berdua. Tidakkah awak ingat saya pernah katakan bahawa jika semua lelaki atas planet ini meninggal pun, saya tidak akan kembali bersama awak? Awak mungkin tidak tahu mengenai perkara ini, tapi awak satu-satunya manusia yang pernah saya benci. Awak hancurkan hati saya dan hampir musnahkan saya. Tapi awak tidak akan faham apa yang saya rasa kerana awak bukan saya. Awak tak pernah alami mimpi ngeri yang terpaksa saya lalui. Jadi tolonglah, kita sudah ada kehidupan masing-masing sekarang dan saya ada teman lelaki yang menyayangi saya lebih daripada segala-galanya di atas dunia ini. Pergi lah, saya tidak mahu jumpa awak lagi. Pada saya, awak hanyalah sumpahan yang tak terungkai. Jadi saya nak meneruskan hidup saya tanpa awak. "
Tzuyu merasakan bahawa dia sudah menerangkan semua duduk perkara. Jadi dia berpusing untuk kembali ke atas.
Tetapi, Teahyung tiba-tiba menarik lengannya...
"Lepaskan saya! Teahyung, apa lagi yang awak mahukan daripada saya?" Tzuyu baru sahaja habis berkata-kata apabila Teahyung tiba-tiba merangkulnya.
Dia memeluk Tzuyu dengan begitu kemas sehinggakan kepala gadis itu bersandar pada dada bidangnya. Tzuyu dapat menghidu bau wangian kolon jenama Versace pada baju kemeja putihnya. Buat seketika, Tzuyu merasakan sangat selesa dan terbiasa dalam dakapannya. Air mata bergenang di matanya saat kenangan mula terimbas.
Terkejut dengan dirinya sendiri, Tzuyu menyumpah di dalam fikirannya. Tzuyu, kau dah gila kah? Lupakah kau apa yang lelaki ini buat pada kamu dahulu?
Dia syaitan, jadi kenapa kau bazirkan masa bercakap dengannya? Kau akan berkahwin dengan Jeon Jungkook tidak lama lagi! Tzuyu kembali waras apabila memikirkan perkara ini.
"Teahyung lepaskan saya! Kau tak guna! Saya akan menjerit meminta tolong!" Tzuyu mengugutnya sambil mengerutkan keningnya.
Teahyung seolah-olah tidak mendengarinya. Dia mengetatkan lagi rangkulannya, enggan melepaskan Tzuyu.
Dia memeluknya dengan begitu kemas seolah-olah dia baru sahaja bertemu dengan harta yang hilang. Teahyung bukanlah lelaki yang banyak bercakap. Dia sudah cukup gembira dapat memeluk Tzuyu dalam dakapannya seperti ini. Dia pulang dengan satu tujuan. Tiada sesiapa yang boleh memisahkan mereka lagi, tiada sesiapa.
Tiba-tiba, Tzuyu terdengar suara yang dikenalinya daripada arah belakang. "Apa yang korang lakukan?"
........
TBC
Jangan lupa vote😘
Halo halo semua hehehe sorry lh sbb dh lama sangat tak up date👉👈😬 jangan marah ek.. btw tq sbb dah bace♥️♥️ tq loveyou 🤡
YOU ARE READING
☆My First Love Story♡
RomanceTujuh tahun yang lalu, selepas perpisahan mereka, dia menghilang tanpa jejak. Kini, dia muncul di ambang pernikahan si gadis, menggunakan semua cara untuk memaksa si gadis menikahinya. Dengan sijil perkahwinan, dia mengikat si gadis di sisinya. Dari...