3

206 27 2
                                    

"Maafkan saya..." Tzuyu cepat-cepat meminta maaf.

Sewaktu kekecohan tersebut, seseorang menghulurkan sehelai tisu kepadanya yang digunakannya untuk mengelap hujung gaunnya. Apabila dia mengangkat kepalanya barulah dia tahu bahawa ia rupanya Taehyung.

"Terima kasih," dia berkata dalam nada yang tidak mesra seolah-olah dia sudah melupakan seluruh kejadian yang berlaku pada masa lalu.

Taehyung tidak memberikan sebarang reaksi. Dia sambung berbual dengan rakan sekelas yang lain dan kelihatan seperti sudah mengalihkan perhatiannya daripada Tzuyu.

Hal ini berterusan sehinggalah Sana sengaja bertanya dengan suara yang kuat di hadapan semua rakan sekelas mereka. "Oh ya, Tzuyu! Saya dengar kamu akan berkahwin tidak lama lagi? Tunang kamu seorang doktor kan? Bagus lah begitu. Jangan lupa jemput kami semua ke majlis perkahwinan kamu. Lagipun, kita semua kan rakan sekelas."

Selepas kata-katanya, seluruh bilik tersebut menjadi sunyi. Semua orang memerhatikan reaksi Taehyung.

"Belum lagi. Keluarga kami masih membincangkan perkara tersebut. Tapi saya akan maklumkan kepada semua orang apabila kami sudah memilih tarikhnya," Tzuyu berkata dengan senyuman tersipu-sipu.

Tiba-tiba, dia merasakan ada pandangan yang begitu tajam menikamnya.

"Kamu akan berkahwin?" selepas beberapa detik mendiamkan diri, Taehyung akhirnya bercakap dengannya buat pertama kali.

Tzuyu mengangguk...disebabkan beberapa perkara, kerana takut atau gementar, dia tidak dapat menyebut walaupun sepatah perkataan 'ya'.

"Oh, tahniah." Wajahnya mengukir senyuman tetapi pandangannya sedingin ais.

"Terima kasih," kata Tzuyu dengan sopan dan sedikit janggal. Dia tidak berani untuk melihat terus pada Taehyung kerana senyumannya yang dirasakan begitu memaksa. Dia sudah banyak kali membayangkan pertemuan mereka, tetapi dia tidak pernah menyangka mereka akan bertemu dalam situasi seperti ini. Sambil memikirkan perkara ini, Tzuyu sekali lagi berasa tidak selesa.

"Kasihannya. Dulu-dulu, Tzuyu antara perempuan tercantik kat sekolah. Aku selalu fikir kau akan berkahwin dengan seseorang daripada keluarga yang kaya dan berpengaruh, tapi aku tak sangka kau akan berkahwin dengan usia muda macam ni. Haha, ruginya. Kalau lah aku tau , awal-awal lagi aku dah ajak kau keluar. Hahaha, apa kata kalau kau memtimbangkan aku pulak?"kata Mingyu sambil tertawa(?). Dia selalu mencetuskan masalah kat sekolah menengah dan seorang yang sombong. (Sorry mingyu😭 )

 (Sorry mingyu😭 )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
☆My First Love Story♡Where stories live. Discover now