5-Salah paham

162 22 5
                                    

Dengan terkejut, Tzuyu berpusing. Terlihat Jungkook berdiri tidak jauh di belakang mereka.

Nampaknya dia baru sahaja pulang daripada shif malamnya. Dia memegang makanan kegemaran Tzuyu di tangannya - jagung bakar dan minuman  sejuk.

Fikiran Tzuyu kembali fokus. Dia menolak Taehyung dan segera menerangkan, "Jungkook, ini...ni bukanlah macam apa yang awak lihat. Tolonglah jangan salah faham. Biar saya terangkan, okey?"

"Baiklah. Saya akan mendengar. Jadi Terangkanlah." Balasan Jungkook luar biasa tenang sewaktu dia memandang Tzuyu. Kemudian, pandangannya diarahkan pada Taehyung yang berdiri di belakang Tzuyu. Matanya membara dengan api permusuhan. Jungkook sangat arif dengan Tzuyu dan dia tahu Tzuyu bukanlah jenis yang akan mencetuskan masalah di belakangnya. IG pon jarang guna dan jadual harian Tzuyu hanyalah satu garis lurus antara rumah dan kerja. Dia seorang wanita yang jujur dan oleh itu, Jungkook yakin bahawa mesti ada sebab di sebalik kejadian yang disaksikannya sebentar tadi.

Sebelum Tzuyu membuat keputusannya mengenai bagaimana dia harus menerangkan situasi tersebut kepada Jungkook, Taehyung tiba-tiba membuka mulutnya dan berkata, "Tzuyu...adalah milik saya."

Mendengarkan ayat tersebut, kepala Tzuyu terasa seperti ingin meletup.

Dia tidak pernah membayangkan sesuatu yang begitu klise akan berlaku kepadanya. Dia tiba-tiba merasakan kejadian ini umpama lawak menjijikkan yang dimainkan oleh alam semesta terhadapnya.

Selepas mendengar kata-kata tersebut, rasa lembut hati yang biasanya ada pada Jungkook terus menghilang. Pandangan matanya digantikan dengan pandangan yg mengerikan.

"Taehyung, benda mengarut apa yang kau cakapkan ini?" Akhirnya Tzuyu naik angin.

"Tzuyu. Perkara pertama, awak bagitau saya. Siapa dia ini?!!" Jungkook bertanya sambil menudingkan jarinya kepada Taehyung dengan air muka yang sangat serius.

"Jungkook, dengar cakap saya. Dia hanyalah...kawan sekelas saya masa sekolah tinggi " getaran pada suara Tzuyu jelas kedengaran apabila dia berkata-kata. Secara teknikalnya, dia tidak menipu. Memang betul pun yang Taehyung merupakan kawan sekelasnya selama tiga tahun sewaktu sekolah tinggi.

"Tzuyu, kita lebih daripada sekadar kawan sekelas kan? Kenapa awak tak bagitau dia yang kita baru je bercium di bilik mandi hotel tadi?" Taehyung berkata dengan kejam, senyuman angkuh terukir di hujung bibirnya.

Mendengarkan ini, air muka Jungkook berubah menjadi berang. Dia merasakan seluruh badannya menjadi kebas.

"Saya tidak..." Tzuyu bergelut untuk membetulkan kebenaran yang diputar-belitkan oleh Taehyung.

"Tzuyu, jangan menipu. Kamu tak boleh menipu mengenai perkara ini apabila bau saya masih ada pada bibir kamu." Taehyung menghulurkan tangannya dan mengusap jari telunjuknya pada bibir Tzuyu dengan gaya yang begitu intim dan provokatif.

Kemudian, Taehyung melemparkan pandangannya pada Jungkook sekali lagi.

"Kau kekasih Tzuyu? Huh?. tapi, pernahkah dia berkongsi cerita masa lalunya dengan kau?" dia bertanya.

Masa lalu tzuyu? Jungkook berfikir dalam keadaan terkejut. Memang betul, Tzuyu tidak pernah bercakap pasal masa lalu dia walaupun sekali. Selain daripada masih berkawan rapat dengan Jungkook, Tzuyu tidak pernah menghadiri sebarang acara penyatuan semula dan dia sendiri tidak pernah menanyakan Tzuyu mengenai perkara tersebut.

"Apa? Kau tidak tahu? Dia tak pernah cakap ke pasal yang TUJUH TAHUN lalu, ada lelaki yang sangat DIA CINTAI? huh? Oh ya dan Lelaki itu adalah aku" kata Taehyung, menyebut setiap perkataan dengan begitu jelas. Tzuyu dapat merasakan luka lama di dalam dadanya yang sudah lama sembuh mula terbuka kembali dengan perlahan dan menyakitkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

☆My First Love Story♡Where stories live. Discover now