Tzuyu menghembuskan nafas lega apabila melihat siapakah itu."Sana, kau nak aku mati terkejut ke hah!"
"Hey, bukan salah aku eh. Bekan ke kau dah janji nak tunggu aku untuk masuk sama-sama. Tak sangka kau masuk sebelum aku," Kata Sana sambil menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah Tzuyu.
"Sorry. Aku memang nak tunggu kau tapi aku terserempak dengan budak kelas kita dulu dia kata semua orang dah tunggu kat atas so aku masuk je lah." Tzuyu tersenyum lembut.
Minatozaki Sana, kawan baik Tzuyu sejak sekolah menengah, sekarang bekerja sebagai seorang pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Dia adalah seorang gadis cantik dan satu-satunya kawan baik Tzuyu Dan Sama Macam Tzuyu, dia juga adalah seorang yang peramah dan baik hati.
"Oh ya! Aku ingat kau sibuk sangat kebelakangan ni."Kata Tzuyu
"Memang Aku sibuk! Aku sepatutnya terbang ke Seoul hari ini, tapi Aku tak nak lah ketinggalan ke majlis ni, jadi Aku minta lah tolong dengan kawan Aku untuk gantikan Aku."Kata Sana
"Oh hey, mana doktor pujaan hati kau? Kenapa kau tak bawa dia sekali?"Sambung Sana
"Dia ada pembedahan yang dah dijadualkan hari ini, jadi dia tidak dapat datang."Kata Tzuyu
"Boleh tahan, boleh tahan. Nampaknya dia mempunyai masa depan yang cerah. Oh, bagaimana pula dengan pencarian rumah kau?"
"Daripada tiga apartmen yang sudah kami lihat, ada satu yang kami berdua benar-benar suka. Kami akan bincang dengan orangnys sebelum membuat keputusan."
"Wah cepatnya. Di mana lokasinya? Membeli rumah adalah perkara besar, jadi baik kau kena fikir masak-masak terlebih dulu," Kata Sana.
"Ia di Jalan XXXXX, jadi saya memerlukan lebih kurang 20 minit untuk ke tempat kerja dengan menaiki bas. Ia agak menyenangkan juga untuk saya." Jawab Tzuyu sambil tersenyum.
"Bagus, saya dengar apartmen di Jalan XXXXX berharga lebih kurang 8,000 Won . Teman lelaki awak mesti ada duit simpanan yang banyak!" Sana berkata dengan kagum.
"Bukannya kami kena bayar sekali gus.. Kami cuma bayar duit pendahuluan je buat masa ini, dan kami berdua akan perlahan-lahan menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Kita berdua masih muda, masih banyak masa." Jelas Tzuyu
"Jadi...selepas membeli apartmen itu, korang berdua akan berkahwin?" Tanya Sana sambil menggenggam tangan Tzuyu.
"Ya, begitulah cadangannya, jika tidak berlaku apa-apa yang tidak dijangka." Tzuyu mengangguk.
"TZuyu."
"Ya?"
"Kau pasti ke yang kau rela....berkahwin, macam sahaja?" Sana tiba-tiba bertanya dengan ekspresi wajah yang serius.
"Pada saat ini, ada perbezaan ke sama ada saya rela ataupun tidak?"
"Tzuyu, kau tahu kenapa saya bertanya. Sebenarnya kau benar-benar dah melupakan dia ke?" Sana merendahkan suaranya ke tahap bisikan, tetapi Tzuyu masih dapat mendengar setiap patah perkataan dengan jelas. Sedikit kesedihan muncul di matanya, serta perasaan patah hati yang hampir tidak dapat dikesan.
YOU ARE READING
☆My First Love Story♡
RomanceTujuh tahun yang lalu, selepas perpisahan mereka, dia menghilang tanpa jejak. Kini, dia muncul di ambang pernikahan si gadis, menggunakan semua cara untuk memaksa si gadis menikahinya. Dengan sijil perkahwinan, dia mengikat si gadis di sisinya. Dari...