Syair

28 0 0
                                    

Tuhan itu bicaranya seperti teka-teki; kerna jika bicaranya telus seperti roket ke matahari, maka hidup akan menjadi bosan seperti kek yang tiada perisanya. Kadangkala kita dan kita akam terduduk mengenang sendiri, kerna terlalu banyak rahsia yang tersembunyi. Mengapa begini, begini, dan begini. Dan ada masanya gelas yanh dipegang akan jatuh berderai, lalu berdarah jari kaki kanan dan kiri.

Tuhan tidak akan memberi mantera untuk terus sembuh secara hakiki. Tuhan akan memberikan syair untuk kita terokai supaya darah dan luka sembuh sendiri. Kerna Tuhan tidak suka hamba-Nya menangis sepi sendiri. Kadangkala syairnya itu dibacakan oleh orang lain, supaya kita dan kita yang sedang cemburu kembali sedar diri.

Syairnya itu kadangkala bertuliskan itu, tetapi bermaksudkan ini; syair-syair yang harus ditafsir dengan akal yang telah lama diberi. Kerna syair itu sendiri adalah satu rahsia yang tersembunyi.

Namun syair-syair Tuhan itu, tiap satunya ada maksud tersendiri. Berdiri dan kembali berlari selepas luka itu sembuh dengan sendiri.

Nude: Stories of a Naked MindWhere stories live. Discover now