Izin

177 0 0
                                    

Hari ini, izinkan aku berpacaran dengan masa. Dengan jam yang berdetik tanpa henti, dan dengan putaran bumi yang masih kekal sedari dulu hingga kini. Aku ingin bercanda dengan saat-saat yang bergerak di muka jam digital di pergelangan, sambil jari ligat mengira irama yang datang dengan tiap gerakan jarum terpanjang di mukanya.

Hari ini, aku ingin duduk berdua dengan tiada apa; duduk di tepian sambil berbicara pada ruang kosong yang di isi kenangan yang telah hampir dengan tamat tempohnya. Aku mahu menguis perkara-perkara yang telah lalu, namun dihimpit dengan perkara-perkara yang menunggu untuk diberikan jalan di hadapan.

Hari ini, aku ingin bermesra dengan masa-masa lalu; mahu bergelak tawa mengingat tempoh masa aku boleh diperkatakan sebagai separa gila. Tempoh bila mana rakan baikku adalah sebilah pisau kecil dan kaca dari cermin mata yang sengaja aku pecahkan di bucu katil. Aku bergembira dahulu, dalam cara-cara pelik yang melibatkan air mata dan cecair likat berbau besi.

Hari ini, biarkan aku berseorangan dengan tulisan-tulisan dahulu yang aku simpan kemas di balik gerobok baju. Tulisan-tulisan yang pada dahulunya adalah pengganti lidah dan suara yang menjerit sepi; kerna pada dahulunya suara itu hanyalah ibarat cakaran kuku di dinding papan hitam yang membingitkan. Tulisan-tulisan itulah tempat aku menjerit sepuas hati, kerna tulisan itu yang sebnarnya dari hati.

Hari ini, aku masih diam menari dengan huruf-huruf yang sengaja disembunyi.

Nude: Stories of a Naked MindWhere stories live. Discover now