Tari

524 1 0
                                    

Tuhan telah mengusik lembut fikiran aku pada hari ini. Dia menyentuh perlahan agar aku tersentak dari tidur yang lena.

Pada hari ini Tuhan berbicara pada angin supaya mengelus perlahan ubun-ubunku, kerna aku telah lupa tentang perkara-perkara yang tidak ternampakkan. Sisi aku dicucuk perlahan, cukup untuk membuat aku tersentak dalam mengatur langkah. Dan baru aku sedari yang langkah tari aku semakin perlahan dan lari dari irama yang sepatutnya.

Aku terhenti dalam langkah, dan cuba untuk mengatur kembali tari yang telah hilang iramanya. Langkah kaki aku terhenti, tersentak di bridge-bridge yang tidak pernah ada sebelumnya, kerna irama yang baru masih belum kena di telinga.

Aku cuba mengubah kiri dan kanan, sambil telinga mencuba untuk mencari titik-titik untuk aku memulakan kembali langkah tari seperti dahulu. Namun aku tetap gagal dalam melangkah, kerna nada yang diberi tidak sesuai dengan langkah tari yang cuba dikecapi.

Dan aku duduk. Diam sahaja kerna jiwa tidak selari dengan irama yang sebegitu asing. Namun, Tuhan tidak mahu melihat hamba-Nya kaku tidak bergerak. Dan bila mana aku duduk diam seperti itu, kaki aku mula mendengar detak-detak baharu, sebegitu asing daripada detak yang biasa dilagukan.

Langkah tari bermula kembali, perlahan, dari satu kaki ke satu kaki. Langkah baru yang cukup padan dengan irama yang baru itu, dan seterusnya, tari itu menjadi semakin rancak dengan bridge-bridge ganjil yang begitu asing sebelum ini.

Nude: Stories of a Naked MindWhere stories live. Discover now