Iya. Aku telah lama tidak berbicara. Mungkin kerana Tuhan kasihan dengan hambanya yang saban masa hanya mampu bertibta di kertas tanpa mampu berbicara di lidah. Jadi, Dia mengambil sebentar masa aku dari menulis. Dan kerana itu, pada hari ini aku mampu tersenyum sinis melihat diri yang semakin hanyut ditelan mimpi yang tidak dapat dizahirkan seperti dahulu.
Namun, aku dapat melihat beberapa perkara yang sebelum ini hanya terlintas lalu tanpa aku sedar akan kewujudannya. Tentang burung-burung yang dahulu aku tuliskan tentang bulunya yang indah dipancar mentari, tentang bunga krisantimum yang dahulunya, aku hanya lihat dalam tulisan sendiri. Tentang cahaya matahari yang menusuk masuk di celahan bidai, yang dahulunya hanyalah sebahagian daripada kisah-kisah yang aku tuliskan. Hari ini aku melihat dunia dengan mata sendiri, sedang dahulu dunia aku hanyalah di atas helaian kertas dan nota yang kutulis sendiri.
Hari ini Tuhan berbicara lagi dalam diam seperti dahulu. Tuhan berbisik dengam cara-cara yang tersembunyi. Dan hari ini Tuhan memberikan aku peluang untuk menulis kembali.
YOU ARE READING
Nude: Stories of a Naked Mind
PoésieA mix. Ada mediumnya Bahasa Malaysia, and there's English too, and some, campuran kedua-duanya. This is me at my most vulnerable. Ini adalah saya dalam keadaan paling bogel mindanya; a corner where my mind is as bare as it can get.