Part 2

8.1K 319 20
                                    

Fikirannya kucar kacir saat ini.. Saat memikirkan hal semalam.. Saat Adriz memberitahunya bahawa Khaira dan Aryan bakal mendirikan rumah tangga.. Tubuh yang dari tadi berbaring diubah ke posisi duduk

"Apa aku boleh buat?" bibir bawahnya digigit perlahan

"Suruh Khaira tinggalkan Aryan?"

"atau aku perlu pergi jauh dari sini?"

"atau cari pengganti Aryan?"

"atau cuba rampas Aryan?"

"arghhhhhhhhh takde apa aku boleh buat!" badan dibaringkan semula.. Pening memikirkan hal ini

Sangkaanya, bila dia balik ke Malaysia semula, dia dapat melupakan lelaki itu tapi..tidak semudah itu walaupun dulu dia pernah mengatakan dia perlu melupakan lelaki itu..

"Dulu mungkin ye aku akan mengalah.. Tapi sekarang tak.. Aku akan dapatkan apa yang aku nak"

"erk, tapi pernah ke aku mengalah dulu?"

"Haihhh stress la macam ni!" rambut keperangan miliknya diserabutkan

"Just....do it.. Yes! Just do it...again"

Tuala di penyangkut di ambil dan dia terus masuk ke tandas untuk membersihkan diri.. Kediaman Tengku Alham dan Puan Marissa yang ditinggalkan dijaga sepenuhnya oleh Adriana buat masa ini

🌹

Wajah yang bersih dari sebarang bahan kimia ditenung.. Rambut berwarna hitam pekat itu disikat perlahan.. Beberapa saat kemudian keluhannya terlepas

"Lagi sebulan"

"I will be his wife"

"Boleh ke aku pegang tanggungjawab ni?"

"Kalau tiba-tiba Adriana muncul macam mana?"

"Patut ke aku cancel je majlis ni?"

"atau teruskan?"

"tapi aku cintakan dia" keluhan kecil dilepaskan

Tuk tuk tuk

Lamunannya terhenti sebelum dia mengizinkan orang di luar masuk

"Ya Allah Khaira!!!!! Awat hang tak siap lagi?!" loghat Hana

"Ape? Kenapa nak kena siap pula?" wajah blur dipamer.. Hana memegang dahinya

"Harini kau kena pergi cari baju pengantin dengan Aryan lah!"

"Hah?!"

"Allahu.. Khaira wake up! Apahal blur sangat ni!" Khaira tersengih

"Kejap nak siap.. Kau keluar dulu , nanti aku siap"

"Emm"

"Wait!" Hana mengangkat keningnya

"Camelia siap dah ke?"

"Dah! Dia pengapit pun dah siap awal daripada  kau .. Apa punya pengantin daaaaa" Khaira menjeling Hana.. Orang tanya soalan je bukan suruh perli sekali

"Cepat sikit! Pukul 9 sharpe Aryan datang"

Kaki dibawa melangkah ke dalam walk in closet miliknya.. Setiap jenis baju yang digantung mengikut warna dilihat

"Warna apa eh nak pakai?" jari telunjuk diletak di dagu sambil kakinya berjalan di seluruh ruang itu

Telefon yang berada di atas katil segera diambil

Husband To Be❤️

Woi

Ok! Perangai diorang memang bukan macam pasangan orang nak kahwin

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now