Part 34

7.4K 383 138
                                    

Berkerut wajah Adriana dan Aryan mendengar telefon yang tidak berhenti berdering dari tadi.. Aryan menonyoh matanya sebelum menyedari sebelah tangannyaa lenguh.. Terkaku Aryan melihat sebelah tangannya menampung kepala Adriana dan sebelah lagi memeluk isterinya

Aa—apa ni?

Pinggang yang terasa berat menyebabkan Adriana memusingkan tubuhnya ke arah berlawanan lantas meletakkan sebelah tangan di atas bantal peluk yang sering dipeluknya setiap malam.. Deringan telefon yang berbunyi lagi terus menyuruh Adriana membuka kelopak matanya

Membulat matanya melihat Aryan yang berada betul-betul di depannya.. Kalau bergerak seinci lagi, pasti bibir mereka bersentuhan.. Tangan yang memeluk pinggang Aryan dilihat sekali lalu.. Deruan nafas hangat Aryan menampar pipi mulusnya.. Mereka berada di dalam dilema masing-masing.. Tak tahu apa yang perlu lakukan

Pelukan pada pinggang masing-masing masih belum dilepaskan.. Terasa payah mahu menelan air liur, mata masih memerhati antara satu sama lain

Deringan telefon Aryan berbunyi kembali mematikan segalanya.. Aryan terus bangkit mengangkat telefon dan Adriana duduk menghilangkan suasana janggal

"Si—siapa call?" soal Adriana kekok setelah panggilan diputuskan

"Mind your own business" Adriana mencebik, terus hilang melayang perasaan kekoknya

"Hari ni awak pergi kerja tak?"

"Tak" Adriana mengangguk lantas bangun untuk keluar daripada bilik puaka itu

"Kau nak pergi mana?" Adriana memusingkan tubuhnya menghadap Aryan

"Bilik saya lah.. Kenapa? Awak risau eh" jari telunjuk dituju lurus ke arah Aryan dengan muka tidak henti tersenyum kambing

"Kepala hotak kau! Pergilah berambus, menyampah aku tengok" Aryan berjalan mengambil tualanya lalu masuk ke bilik air, pintu dihempas kuat

"Tu pun nak marah, semalam bukan main baik lagi" Adriana mencebik, biliknya dituju

Adriana bersandar pada kepala katil setelah selesai mandi.. Mimpi semalam mengenang kembali peristiwa hitamnya

"Kalau aku tak pergi, kau tak selamat dan takdenya aku akan jadi macam sekarang" Adriana tersenyum nipis

"Takut gelap" dia tergelak kecil

"Badan yang ada banyak parut ni takut gelap" ketawa hambar terlepas, mata yang bergenang diabaikan.. Terasa lawak apabila dirinya takut gelap, fobia pada kegelapan dan sering disalahkan

Kisah 2 tahun lalu diimbas kembali

"Takpe, you just count me in" Khaira meletakkan panggilannya bersama Arisha di hujung talian

"Argh!"

"Kenapa Tengku?" soal Bella yang setia berada di sebelahnya

"Saya tertinggal file untuk meeting japgi dekat atas, you wait here! Saya nak pergi ambil"

"Tengku! Biar saya pergi" tangan kanan Khaira dilepaskan dan Bella berlari anak ke arah lift

Khaira mengeluh perlahan, jam di tangan kanan dilihat sebelum dia mengambil tempat duduk di lobi syarikat Alexandra itu

"Maaf Tengku, saya la—lambat" termengah-mengah Bella di sebelah Khaira.. File itu duserahkan kepada Khaira

"It's okay" Khaira tersenyum sebelum terlihat kerutan di dahi Bella

"Hey! What's wrong?" bahu Bella dipegang

"Period pain" Bella menggigit bibir bawahnya bagi menahan keperitan di bahagian perut

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now