Part 31

7.6K 273 56
                                    

"So how?"

"Apa yang how?" berkerut dahi Aryan cuba menghadam apa yang dimaksudkan oleh kawan baiknya itu

"Adriana" Danish menjulingkan matanya ke atas.. Tu pon susah nak faham! Ke soalannya tak spesifik ?

"Macam biasa" jawab Aryan tanpa memandang Danish, matanya fokus pada skrin komputer menyambung kerjanya

"What do you mean 'macam biasa' ?" soal Afiq ingin tahu, bukan senang pasangan yang bercinta hampir tujuh tahun tidak jadi kahwin, lepastu berkahwin dengan sepupu bekas kekasih sendiri

"Yang korang nak tahu kenapa? Pergilah balik office sendiri, sibuk jadi lalang kat sini"

"Auch!" kata mereka bertiga serentak, tangan ketiga-ketiga berada di hati

"Sampai hati kau panggil kitaorang lalang wahai Aryan, kitaorang hanya bertanya" drama Danish berkata seraya itu kepala Danish ditunjal oleh Aryan

"Macam budak takdak akal je aku tengok" kutuk Aryan selamba, Danish menjeling.. Sakit dahinya ditunjal Aryan.. Ngadu dekat Hana baru tahu

Aryan mengeluh perlahan melihat muka di hadapannya seperti tidak dapat melepaskan hajat menanti jawapan

"Biasa je, cuma dia suka susahkan aku.. Suka cari pasal sampai aku dah tak tahan" balas Aryan tenang

"Kau pukul dia?" soal Daniel tanpa berdalih

Aryan hanya mengangkat bahu sebelum menyandar kebelakang mengurut pelipis yang mula pening dengan kehidupan sendiri

"Aku tahu dia— punca Khaira dah takde tapi past is past Aryan, kita ni hanya manusia, perlu terima takdir.. Jangan hukum Adriana" Aryan hanya diam mendengar kata-kata Daniel.. Muka tak berperasaan dipamer

"Aku rasa korang patut balik office kot, aku ada banyak kerja nak buat" dingin Aryan membalas setelah diam agak lama.. Daniel tahu, Aryan masih tidak dapat terima pemergian Khaira.. Apatah lagi gadis itu merupakan cinta pertamanya dan pasangan berdua itu pernah berjanji mahu membina keluarga bahagia suatu ketika dahulu

Daniel menepuk bahu Aryan sebelum berlalu pergi diikuti Danish dan Afiq

"Jangan disebabkan dendam, musnah kebahagiaan yang baru nak terbina" Daniel mengeluh panjang apabila Aryan hanya menghiraukan dia

"Kitaorang pergi dulu, lunch nanti jumpa" kata dari Afiq hanya diabaikan

Bingkai gambar yang terletak cantik di atas meja kerjanya diambil

"Aryan" panggil Khaira yang berjalan di sebelahnya memerhati pemandangan di sepanjang Elizabeth Quay itu

Sebaik sahaja tamat kelas terakhirnya pada hari ini di University of Western Australia, Khaira terus mengajak Aryan ke sini memandangkan hanya memakan masa selama enam minit untuk ke Elizabeth Quay

Aryan hanya menangkat kening sebagai tanda 'apa'.. Perhatian diberikan sepenuhnya kepada Khaira.. Kerusi yang berada di situ diduduki

"Nanti habis paper, teman saya balik Malaysia" Aryan mengangkat kening

"Kenapa?" soal Aryan biasa

"Saya rindu Angel Crown, last jumpa pun masa raya tahun lepas" Khaira memuncungkan bibirnya.. Aryan tergelak kecil melihat wajah itik Khaira

"Mana je awak pergi, saya akan ikut.. Saya akan sentiasa dengan awak" jawapan Aryan membentuk senyuman di bibir Khaira

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now