Part 40

8.2K 402 174
                                    

Adriana tersentak sebelum kepala diangkat mencari wajah Puan Sri Rafidah. Wanita itu benar-benar memaksudkannya. Tangan yang dihulur terus ditarik jatuh ke sisi

"Aku cakap berambus!" keras nada itu melepasi gegendang telinga Adriana. Gadis itu masih setia berdiri di sebelah katil ibu mertuanya

"Mu—mummy" Dhia yang melihat cuba menegur.. Ah sudah! Apa pula kali ni! Kejutan budaya apa pula dia nak terima hari ni

"Diam Dhia! Kalau bukan sebab perempuan ni, daddy kau takkan mati" dahi Adriana ditunjal beberapa kali melepaskan amarah sedari tadi, puas semalaman dia menangis mengenang jasad suaminya

Adriana tersenyum nipis

"Adriana minta maaf" hanya itu yang keluar dari mulut Adriana, dia sudah malas mahu mempertahankan diri sendiri.. Cukup semalam dia sudah berperang mulut dengan semua orang, cukup tadi pagi dia sudah dihalau

"Maaf kau tak dapat nak pulangkan suami aku!" jerkah Puan Sri Rafidah, air mata mula membasahi pipi tua wanita itu, malahan begitu, kecantikannya masih terserlah

"Mummy—" tidak sempat Adriana ingin berkata percakapannya dipintas

"AKU BUKAN MUMMY KAU!" bantal di atas katil diambil dan dibaling tanpa sempat Dhia menahannya. Tepat mengenai wajah Adriana tapi gadis itu masih teguh berdiri. Dhia memandang wajah tersenyum nipis Adriana. Oh please jangan macam ni!

Adriana nampak rapuh di pandangannya.. Aryan yang masih setia duduk memangku Affiyah dipandang sekilas.. Lelaki itu masih tenang menunduk melihat Affiyah yang tidur di atas ribanya.. Mungkin belum tiba masanya untuk masuk campur

"Maaf Puan" Aryan mengangkat wajahnya memandang Adriana tidak percaya

"Mungkin Adriana salah tapi apa bukti Puan nak kata yang Adriana bunuh Tengku Ahmad" tenang Adriana menyoal, nama panggilan juga turut berubah jika itu apa yang dimahukan

Puan Sri Rafidah tergelak sinis dalam tangisannya, kelihatan seperti orang tidak waras.. Dhia berlari keluar daripada bilik, tidak boleh dibiarkan lagi.. Aryan meletakkan Affiyah di atas sofa sebelum mendekati mummynya

"Mummy, please" Aryan cuba untuk menenangkan mummynya, tubuh Puan Sri Rafidah yang sudah tidak terkawal dipegang tetapi kuat sahaja tangan wanita tua itu menolak tubuh Aryan menjauh atau lebih tepat Aryan yang melembikkan tubuhnya

"KAU YANG RANCANG SEMUA NI!"

"AKU BENCI KAU" cawan plastik keras di atas meja berdekatan dicapai dan terus dibaling kuat mengenai dahi Adriana.. Adriana syak ibu mertuanya dulu pemain bola jaring

Tangan secara automatik menyentuh dahi

"KAU PEMBUNUH!"

Dhia berlari masuk mengiringi Doktor di belakangnya, keadaan Puan Sri Rafidah memaksa Doktor tersebut untuk memasukkan ubat penenang melalui suntikan

"CERAIKAN—" tidak sempat Puan Sri Rafidah menghabiskan ayatnya, wanita itu sudah lemah terus dibaringkan

Affiyah yang menangis kerana tidurnya terganggu menarik perhatian mereka.. Dhia bergegas ke arah adiknya dan mendodoi Affiyah tidur semula

Tangan Adriana ditarik kasar mengikut langkah Aryan ke luar bilik wad.. Adriana mengaduh perlahan sebelum tangannya dilepas perlahan

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now