Part 32

7.6K 303 99
                                    

"Assalamualaikum" salam yang diberi menggamit Puan Marissa untuk bergegas ke muka pintu menyambut tetamu

"Waalikumusalam"

"Aryan" panggil Puan Marissa setelah muncul wajah Aryan di depan pintu.. Wanita tua itu tersenyum manis

Aryan mengambil tangan kanan Puan Marissa untuk disalam sebagai tanda hormat

"Baru balik kerja ke?"

"Takdelah, Aryan balik rumah dulu tadi nak mandi" jawab Aryan sopan.. Puan Marissa mengangguk

"Pergilah naik atas dulu, Kayla ada dalam bilik"

"Baik ma, Yan naik dulu"

"Hm yelah"

Pintu bilik dibuka mendedahkan wajah si isteri tanpa tudung yang sedang berbaring tertidur nyenyak

Aryan mematung

Kali pertama dia melihat wajah tenang itu, sebelum ini wanita itu hanya tahu menggedik

Cantik

Rambut keperangan paras bawah bahu itu sangat memikat hatinya.. Semalam semasa dia menghantuk kepala wanita itu, tidak langsung dia perasan rambut cantik isterinya

Perbuatannya semalam terimbas kembali

Rasa bersalah mula menyelubungi diri.. Walaupun terasa benci terhadap gadis itu, tetapi dia masih ada hati perut.. Aryan menggigit bawah bibirnya.. Terlihat lebam di bahagian tangan kanan gadis itu yang terdedah.. Itu baru sikit.. Dia belum dapat melihat lebam dibahagian lain

Aryan mengeluh perlahan sebelum melangkah ke arah katil.. Tempat di sebelah isterinya diduduki

Adriana yang agak terganggu kerana katilnya tenggelam, membuka kelopak matanya.. Adriana tersenyum saat wajah sang suami menyapa retina mata

Wait! What?

Adriana terus duduk mendadak.. Wajah Aryan yang melihatnya pelik diabaikan sebelum tangan kanan secara automatik diangkat memegang rambut

Adriana yang hendak bangun di halang oleh Aryan

"Kau isteri aku, tak perlu tutup aurat kau depan aku" kata Aryan dingin.. Adriana terduduk semula sebelum tersenyum nipis.. Tangan yang disua disambut dengan tangan kekar milik Aryan, Adriana tunduk mencium tangan itu sopan

"Aku minta maaf" kata-kata Aryan membuatkan Adriana terasa pelik.. Shuben dia demam ke? Pantas tangan Adriana memegang dahi Aryan

Aryan berdecit sebelum menolak tangan itu jatuh

"Aku minta maaf pukul kau semalam"

"Oh" hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.. Aryan mengangkat kening

"Aaa i mean,, takpe, tak sakit pun"

Senyuman senget suaminya membuatkan Adriana menjulingkan matanya ke atas

"Sakitlah juga tapi tu semalam, harini tak sakit dah" Adriana berkata perlahan.. Aryan mengangguk

"Awak" Aryan mengangkat keningnya.. Adriana memperbetulkan duduknya menghadap Aryan

"Aw—awak dah boleh terima saya ke?" tanya Adriana terus tanpa perlu sembunyi, mana Adriana tak pelik kalau tiba-tiba lelaki itu boleh duduk bawak bincang macam ni

Adriana dapat mengagak jawapan Aryan kerana lelaki itu hanya diam memandangnya kosong

"Awak tak nak cuba terima saya dalam hidup awak? Saya isteri awak yang sah.. Saya ada hak untuk dilayan sebagai seorang isteri" Adriana berkata sopan, tiada riak mahu marah, tiada nada suara yang mengeras dan memaksa

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now