SEPERTI ada satu aura yang begitu kuat. Di sebalik susunan bunga yang kemas dihiasi pasu tanah liat ukiran halus tempahan khas bagaikan cuba menghasut manusia sehingga leka. Pengunjung juga seakan-akan tidak lupa untuk ke situ terpuja dengan keasyikan kuntuman-kuntuman mawar merah yang segar.
Dia sedar akan alahannya terhadap bunga itu, langsung saja Rhea Dahlia tidak kisah untuk terus bekerja di kedai bunga Auntie Mary yang sudah masuk ke minggu ketiga. Kerana di situ seakan-akan ada satu semangat yang sukar untuk ditafsirkan.
"Morning auntie," sapa Rhea mesra seperti biasa apabila dia melihat Auntie Mary yang baru tiba di kedai bunga itu. Auntie Mary sempat membetulkan rambutnya yang sedikit terjuih ke depan sehingga hampir menutup pandangannya.
"Morning Rhea. Muka you nampak pucat. You okey hari ni?" tanya Auntie Mary selaku majikan yang prihatin.
"Saya okey saja auntie."
"Baguslah. Kalau you ada apa-apa masalah kasi tahu sama Jennie. Dia boleh kasi tolong sama you. I pun boleh tolong tapi I tak selalu ada di kedai. Okey?"
"Mommy jangan risaulah. Rhea ni okey saja ma." sampuk Jennie, anak perempuan Auntie Mary.
"Betul tu." Rhea setuju.
"Okeylah, kalau macam tu. Auntie mahu ke belakang dulu," pamit Auntie Mary.
Rhea dan Jennie kedua-duanya mengangguk perlahan. Rhea juga sudah berura-ura untuk pergi. Dia mahu meneruskan tugasannya. Dia perlu memastikan semua pokok bunga yang ada di kedai itu sentiasa segar.
"Oh ya! Rhea tunggu sekejap. Sebelum I terlupa. Ni surat ada orang kasi sama you." Jennie menghulur sepucuk surat bersampul kuning keemasan kepada Rhea.
"Siapa yang kasi?" tanya Rhea yang dambakan penjelasan.
"I tak tahulah. I tak kenal itu orang. Dia datang sini pagi-pagi lagi. Dia beli itu bunga ros lepas tu dia kasi surat ni untuk you. Wah! Dah ada secret admire." Jennie sedikit teruja.
Rhea Dahlia hanya tersenyum lalu memandang kosong ke arah surat yang sudah bertukar tangan. Dia berasa sedikit teruja, namun tetap ada satu rasa yang aneh membelenggu jiwanya.
YOU ARE READING
MAWAR
Mystery / ThrillerTajuk: MAWAR Penulis: ANIS AKHIR Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-47-9 POS PERCUMA 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 WALK-IN ke Kedai Buku DearNovels potongan se...