BAB 6

161 3 0
                                    

MAK CIK MANISAH baru sahaja siapkan nasi lemak untuk dijual di warung Pak Wan. Mencari sedikit wang tambahan demi membantu Pak Cik Syam yang hanya bekerja sebagai seorang nelayan dan mengambil upah membawa penumpang dengan menggunakan perahu usangnya. Pendapatan mereka, suami isteri tidak menentu. Mujur saja mereka hanya tinggal berdua. Tidaklah mereka begitu risau tentang perbelanjaan mereka seharian.

Mak Cik Manisah risau apabila Mawar masih belum keluar dari biliknya sedangkan jam sudah menunjukkan jam 8.00 pagi. Dia ke bilik Mawar yang hanya tiga langkah daripada kedudukannya sekarang. Kelihatan Mawar masih tidur dengan selimut yang menutupi seluruh tubuhnya.

"Panas badan kamu ni Mawar. Cepat bangun, kita ke klinik." Mak Cik Manisah bertambah gusar.

"Saya okey saja mak cik. Jangan risau," jawab Mawar dengan suara seraknya.

Kejadian semalam betul-betul memberi kesan kepada Mawar. Semalaman Mawar mengunci dirinya di bilik mandi sehingga Pak Cik Syam terpaksa memecah masuk untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Kecoh sebentar apabila mereka mendapati Mawar sedang berpeluk tubuh dan dalam keadaan ketakutan. Pak Cik Syam dan Mak Cik Manisah tidak pasti mengapa Mawar berkelakuan seperti itu.

"Okey apanya ni. Panas sangat badan kamu."

Peluh-peluh renek sudah kelihatan menandakan Mawar benar-benar sudah jatuh sakit. Mak cik Manisah sedaya upaya menolong Mawar untuk menyalin pakaian yang lebih sesuai. Kudratnya sebagai seorang wanita berusia tidaklah begitu kuat, tetapi dia masih dapat membantu sedikit sebanyak.

Mereka perlu ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Klinik pula terletak kira-kira 500 meter dari rumah. Agak jauh sebenarnya kerana mereka terpaksa berjalan kaki ke sana memandangkan Pak Cik Syam sudah keluar bekerja awal pagi tadi.

Mawar kelihatan begitu lemah dan pucat. Kepalanya pening berdenyut-denyut sehingga menampakkan urat-urat hijau. Deruan nafasnya sekejap laju sekejap perlahan. Luka semalam juga masih belum sembuh sepenuhnya.

"Jauh lagi ke klinik tu mak cik?" tanya Mawar lemah.

"Dah tak jauh. Maaflah Mawar. Kita terpaksa berjalan kaki ke klinik. Mak cik tak tahu bawa kereta atau motor," jawab Mak Cik Manisah serba salah.

"Tak apa, mak cik. Mak cik dah temankan saya ke klinik pun dah cukup baik."

Mak Cik Manisah terus memimpin Mawar sehingga ke klinik yang sudah kelihatan di hadapan sana. Tidak ramai pesakit yang ada ketika itu. Lebih kurang empat orang sahaja yang sedang menunggu giliran masing-masing. Mak Cik Manisah membantu Mawar mengambil nombor giliran. Dia setia menemani Mawar sehingga giliran gadis itu tiba.

"Mawar Zulina," panggil jururawat yang sedang bertugas.

Mawar bingkas bangun dan terus masuk ke dalam bilik rawatan yang sudah disediakan. Memang sengaja Mawar tidak mahu Mak Cik Manisah menemaninya ke dalam. Dia tahu pasti wanita tua itu sudah keletihan.

Seorang doktor wanita sedang sibuk membuat laporan sehingga tidak perasan akan kehadiran Mawar di situ.

"Maafkan saya dok... tor." Mawar cuba menyapa doktor itu tetapi lidahnya secara tiba-tiba kelu apabila doktor itu memandangnya.

Wajahnya mirip sekali seperti Surti. Mawar berdiri kaku.

"Kenapa Mawar? Kau takut jumpa aku? Bukankah kau yang cari aku dulu?" tanya doktor yang menyamai Surti itu.

"Apa yang kau nak?! Pergi! Jangan ganggu aku!" jerit Mawar.

Mawar cuba membuka pintu tetapi tidak berjaya. Surti sudah semakin menghampirinya. Di tangannya sedang memegang jarum suntikan yang sudah diisi cecair yang berbahaya. Rambut Mawar ditarik kuat sehingga kepalanya terdongak sedikit.

MAWARWhere stories live. Discover now