Part 7

2.3K 137 3
                                    

"BOYS!" Teriak Haris di bilik khas mereka.

"Eyh... kau dah kenapa!? Gila ker! Aku nak tidur jangan bising, kalau tak teddy bear kau tu aku bakar" marah kembarnya, Hakim dan meletak lengan ke dahi untuk menyambung aktivti beradunya.

Haris mencebik, takut jugak kalau Hakim betul-betul bakar teddy bear kesayangannya yang satu itu.

"Kau dah kenapa Ris? Gila? Nak aku hantar pergi Hospital tak?" Sinis Faiqal menyoal.

"Haah...Qal, kawan kau ni dah gila sebab terkena panahan cinta Si Cik Minah Saleh tu" ujar Haris dan tersenyum sendiri sambil bergolek-golek di katil saiz King itu.

"Si Cik Minah Saleh?" Soal Faiqal. 'Minah mana pulak Si Haris tangkap cintun ni?' Getus hatinya.

"Alah... kau masa ingat tak minah saleh yang kita usya dekat mall hari tu?" Soal Haris teruja.

Faiqal bermonolog 'kalau minah tu mestilah aku ingat, mata dia mengingatkan aku dekat someone tapi tak tahu siapa'

"Hoi!!!" Tempik Haris lalu menolak bahu Faiqal yang termenung. 'Orang tanya soalan dia duk sibuk termenung pulak'

"Hah! Aku ingat asal!?" Faiqal hanya memberikan jelingan tajam 'nasib sayang...'

Author be like;
-eeeeeeeeeeeuuuuuuuwwwwwww kunyit detected!!!

Haris&Faiqal
-please ignore author ni readers😘

"Dia pelajar baru dekat sini Qal!!! Dan aku juga dengar dia tu Anak Tuan Zaiden Aldrich... fulamakkk! Untung buat awek tu. Tapi jangan nak try dia sebab dia akan menjadi milik aku tak lama lagi"ujar Haris dengan hidung yang kembang-kempis.

Terbuntang mata Faiqal mendengar ayat Haris yang pertama, yang terakhir ayat macam perasaan syok sendiri je...'takziah wahai sahabatku'

"Siapa nama minah tu?" Soal Faiqal yang berminat. Dia duduk di island counter dengan muk coklat panas di tangan.

"Zafiqa Arinah..." Haris yang mengingatkan pandangan Zafiqa semasa mereka bertembung mata membuatkannya hanyut dalam dunia yang diciptanya sendiri.

Bagi Faiqal pulak, hatinya terdetik 'Zafiqa Arinah... kenapa kau bagi aku satu tanda tanya yang pasti aku sendiri tak tahu apa sebenarnya soalan tu. Aura kau sama macam dia. Macam Zafrina!, Aura yang misteri disebalik mata korang' monolognya. Entah kenapa, sejak tragedi itu berlaku, perasaan ingin tahunya dalam diri membuak tinggi.

Siapa Zafrina?

Takkan dia hilang macam tu je?

Siapa Zafiqa?

Aura yang sama?

Muka yang sama?

Kembarkah?

Banyak lagi persoalan yang timbul membuatkan Faiqal tertekan. Semua jawapan bagaikan terbelit dari satu benang yang bercampur dengan benang yang lain susah untuk dirungkaikan.

"Dia kat mana sekarang?" Soal Faiqal selepas berperang dengan perasaan sendiri. Dia akan cari kesemua jawapan tersebut daripada Zafiqa Arinah.

"Dia dengan Diva Girls" Haris menjawab seperti orang angau saja. Faiqal menggeleng.

'Angau sangat dah budak ni. Kalau kena reject hanya mampu bertabah sahaja wahai Haris Daniel' monolog Faiqal seraya ingin berlalu keluar tetapi dihalang Haris yang sudah ke alam nyata itu.

"Mana yang lain?" Haris perasan jugak hanya Faiqal dan Hakim sahaja di bilik khas mereka itu.

"Irfan dan Harith tadi kelu------"

"We're back" teriak Harith dan dengan pantas, dia mendekati Haris dengan Faiqal.

"Korang tahu tak, minah saleh yang kita jumpa hari tu-----"

"KITAORANG DAH TAHU!" cantas Haris dan Faiqal serentak.

"Aku orang yang lambat tahu lah ni" Harith berpura-pura kecewa dan berlalu ke dapur mengambil air seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka berdua saling berpandangan dan hanya mengangkat bahu.

"Irfan"

"Huh?"

"Kau percaya dengan love at the first sight?" Soal Haris dan memeluk bantal. Acah-acah comel gituwww...

"Nope! Why?"

"Sebab aku nak kau tahu yang aku percaya"

"Lol! Sejak bila kau jiwang karat sangat ni?" Irfan ketawa kecil.

"Sejak aku jumpa dia... hidup aku macam rasa terhenti bila berdekatan dengan dia seperti dia sahaja yang menyerlah di pandangan aku" ujar Haris yang penuh emosional.

"Eeeeeuewwww" Irfan membuat gaya seperti ingin muntah sahaja. Walaupun dia tu salah seorang mamat jiwang karat tetapi kali ini Haris berlebihan.

"Tapi aku musykillah" ujar Irfan apabila dia sudah tidak tahan untuk memendam sorang-sorang. Naik gila jugak!

"Musykil pasal apa?"

"Muka Si Minah Saleh tu ada iras dengan Si Zafrina Hodoh tu?" Akhirnya terluah juga. Legalah sikit daripada sebelum ni.

Haris yang sedang termenung. Seakan sedar mendengar pernytaan Irfan manakala Harith yang ingin menuang air terbantut. Faiqal tersenyum sinis, sudah mengagak akan ada yang bertanya tentang ini.

"Guys! Aku mimpi minah saleh yang cun masa dekat Mall tu sekolah sini lah" Hakim memisat matanya yang baru bangun. 'Sleeping boy!'

Devil Boys be like:

...........................................................

TBS 2:The Lost Mine [C] Where stories live. Discover now