Part 12

2K 124 8
                                    

Harraz Damian

Aku menepuk dahi melihat Zafrina yang berdengkur tidur duduk bersila di lantai dan kepala yang dibaringkan di atas meja kaca dan dilapikkan lagi dengan buku latihan matematik yang sudah penuh dengan lakaran peta air liurnya. Aku membuat reaksi jijik melihat peta Zafrina itu.

Aku suruh dia buat 10 soalan Trigonometry yang senang macam kacang tu pun dia boleh sesedap rasa tidur. Kalau suruh bab geografi dengan lakaran peta yang seperti amoeba sp. tu terer pulak. Aku hanya menggeleng.

Sementara Si Zaf ni nyenyak tidur biar aku perkenalkan diri aku yang hensem lagi kacak ini. *muntah geis*

Seperti kalian lihat di p.o.v ini, namaku telah diperkenalkan sebagai Harraz Damian. Tch--- kenapa aku rasa macam budak skema je ni? Nevermind, yang penting aku genius dan tampan eheks.

Mesti readers-readers tertanya kenapa aku wujud dalam konflik budak remaja sedangkan aku akan menginjak ke alam dewasa pada satu tahun akan datang kan? Well sila kecam aku kerana muncul dalam cerita yang tak ada kena mengena dengan aku. Tapi bukan tak ada, adalah jugak okey.

Wujudnya aku kerana Tuan Zaiden itu ialah bapa saudara aku sendiri dan Puan Zinnira, isterinya itu ialah Mak ngah aku. Nak dijadikan cerita, aku sepupu belah mak Zaf lah. So readers, clap! Clap! Clap! I know i ni a lil bit annoying.

Sebab yang kedua, mak aku sendiri yang suruh aku jaga budak bengap ni. Aku pun tak tahu kenapa mak aku termakan pujuk rayu Mak ngah aku tu. Serius rasa nak nangis! Ada sesiapa yang ada tisu tak? Nevermind!

Yang ketiga, memandangkan aku yang terlalu santai kerana malas bekerja walaupun result SPM aku yang boleh dibanggakan oleh diri sendiri. Asttagfirullah! Syirik jali betul! Tuan Zaiden itu offer aku untuk bekerja di bawah Company Aldrich's mak aku yang tersangat excited sebab aku dapat kerja dekat company besar suami Mak ngah aku terus suruh aku terima. Nanti dia kata, bolehlah dia cerita-cerita dekat orang kampung yang aku ni bekerja dengan orang-orang besar.

Mak aku ni kadang-kadang perangai sum'ah dia itu tak boleh simpan. Nak jugak bagitahu semua mak cik-mak cik bawang geng dia tu. Kalaulah aku kerja jadi cleaner je tak ker malu?

Tapi tak adalah sampai jadi pembersih okey. Dengan muka kacak ni jadi claner? Oh my god! I cannot brain! Jatuh saham aku tau!. Okey aku tahu ini terlalu drama geis. Kalau masuk Anugerah Meletops mesti menang. Nanti aku jadi pelakon ala-ala Qash dalam cerita Sweet Dreams! Siapa sini peminat cerita Sweet Dreams angkat paha! K joke! #QashPutri.

Dan masa Tuan Zaiden tu bagi tawaran kerja tu, dia tak bagitahu pun tugas aku apa sebab dia cakap tugas aku sulit sikit sebab ianya berkaitan dengan hidup dan mati anaknya. Aku yang memang tak pernah tahu pasal keluarga diaorang ini memang tidak tahulah apa masalah diaorang. Jadi, Tuan Zaiden yang rajin mulut *simpulan yang dicipta sendiri hehe* menceritakan segalanya dari 0 hingga infiniti. Dia cerita pun macam nak semput, eh tak guro. Dia rilek je masa bagitahu benda itu semua sebab dia cakap aku ini seorang yang boleh dipercayai. Okey bro kembang cikit...

Untuk jadi sebahagian dari diorang ni bukan senang, tambah-tambah tugas yang perlu aku buat ialah menjadi pembantu kepada seorang budak remaja perempuan yang muda 4 tahun dari aku! I don't know why aku kena jadi pembantu tak bertauliah budak yang suka mengarah itu ini dah lah bongkak nak mati nasib yang sorang ni tak lah macam yang tu. Baik ja, patuh tapi yang rasa sakit hatinya bila penyakit blur dia datang sumpah aku rasa nak strok! Mana taknya aku dah jawab dia pergi tanya jawab tanya jawab sampailah aku sendiri terbelit dengan soalan yang bertambah mengarutnya.

And again for the last one, aku mesti menjadi guru kepada si budak blur ini dan menjadi adultsitter kepada dia. Tugas ini aku tak boleh blah. Why?sebab budak yang sorang itu dengan sewenang-wenangnya menyuruh aku untuk menjaga dia ni. Dia ingat aku ni orang gaji dia kah!? Nasib aku teringat ayat Tuan Zaiden yang menyuruh aku agar sentiasa sabar jika mendengar segala arahan budak itu. Nasiblah iman masih terkumpul di dada, jika tidak memang aku hempuk kepala sorang-sorang, biar dua-dua amnesia.

TBS 2:The Lost Mine [C] Where stories live. Discover now