Part 18

1.4K 97 2
                                    

"Hoi hodoh! Kau termenung apa tu?

"Hei, you dengar tak? Ke dah pekak? Huh! Kesian you. Dahlah hodoh,pekak pulak tu"

"Aku nak kau ikut semua arahan aku, kalau tak siap nak kena dengan aku atau bersiap sedia kena buang sekolah"

"I nak you gantikan larian 10 pusingan tu untuk kitaorang, memandangkan kitaorang berlima. So you kena lari 50 rounds"

"Asal kau ni!? Setakat benda macam tu pun nak nangis. Huh! Dasar cenggeng!"

"Hodoh asal tak tunggu aku!"

"Siapa suruh berangan, jangan kutuk aku gilalah!"

"Aku hantar sebab kau dah tolong bersihkan padang tadi"

"Duduk betul-betul, kang jatuh aku tak tanggung"

"Eh, kau ni kenapa? By the way,dengan siapa kau nak kahwin!? Gedik. Pt3 pun tak past, aku yang single ni kau tak nak"

"Kau siapa nak arah dia!?"

"Aku ialah aku. So kau jangan nak masuk campur hal kitaorang!"

"Sekali aku arah, tak ada siapa boleh halang dan tolak"

"I nak you cakap kat Faiqal yang you suka dia"

"I kira sampai tiga, you tak pergi tempat dia boleh je i suruh papa buang you sekarang"

"Aku.cakap.aku.suka.KAU!!"

"Alright, me too!"

"Kenapa mata kau?"

"You're my soulmate!"

***********

Bilik sunyi itu diisi dengan satu bunyi desahan nafas yang kuat. Setiap malam-malam yang terpilih, mimpi itu akan datang mengganggu tidurnya.

'Mimpi yang sama!'

Ini entah yang kali keberapa Zafrina asyik bermimpikan mimpi yang berulang seolah-olah satu tayangan rakaman yang seperti sudah tersemat dimindanya dan muncul apabila dia cuba melupakan benda itu.

Badannya menggigil ketakutan. Takut yang dirinya akan terjadi seperti dahulu. Mudah dibuli,dimaki serta dihina. Mengingatkan suara-suara yang muncul dimimpinya saja buat bulunya meremang, apalagi kalau mengalaminya.

Dia bangun dari katil besarnya dan menuju ke meja solek. Nampaknya malam ini akan menjadi malam yang panjang baginya lagi.

Laci mejanya sebelah kanan ditarik dan tablet pill yang sering diminumnya diambil. Apabila keadaannya sebegitu, pill itu ditelan agar rasa sakit di kepalanya sedikit mereda.

Zafrina keluar daripada biliknya yang berada di tingkat 2 vila itu dan turun ke dapur menggunakan tangga.

Air sejuk dituang ke gelas untuk diminum bersama pillnya. Dia bukanlah jenis yang suka telan ubat tanpa air malah benda inilah yang paling benci dia nak telan dan payah walaupun ubat ini seperti sudah sebati di tekaknya yang selalu diminum ketika dia pening.

TBS 2:The Lost Mine [C] Where stories live. Discover now