P R O L O G

5.8K 240 14
                                    

Dia menunggu di luar airport dengan perasaan yang sabar. Matanya yang memukau itu sentiasa menjadi perhatian orang yang yang lalu-lalang disekelilingnya menyebabkan dia kurang selesa.

Tidak lama kemudian, kereta yang ditunggu tadi akhirnya tiba. Dengan segera dia memasuki seat belakang meninggalkan barangnya diluar dan diangkat oleh pemandu keluarga  mereka Pak Mail.

"Maaf cik muda, jalan sesak tadi" ujar Pak Mail serba salah dia dibuatnya.

"Tak apalah Pak Mail saya okey saja"balasnya tenang dan memahami Pak Mail

Sebaik tiba di rumah agam keluarganya yang bak istana diraja itu, dia disambut di hadapan rumah dengan berpuluh-puluh maid di kiri dan kananya. Kedua-dua orang tuanya yang setia menanti kedatangannya bersama senyuman kegembiraan diwajah masing-masing. Lantas dia meluru ke arah mama dan papanya lalu dipeluk erat ingin melepaskan rindu.

Dia melepaskan pelukan dan mencari gerangan umi dan abahnya pula. Apabila kelibat mereka tidak kelihatan jelas dahinya yang licin dan bebas jerawat itu berkerut.

"Pa,ma mana umi dan abah?" Soalnya dan kepala masih ligat mencari umi dan abahnya itu manalah tahu diorang main sembunyi-sembunyi .

"Umi kamu ada kat dapur katanya nak masak untuk tengah hari ni dan abah pula ada urusan kat luar" jawab mama.

Si dia terus meluru ke arah dapur mencari gerangan umi kesayangannnya. Apabila melihat kelibat umi yang memasak sambil menyanyi itu ada satu idea jahat muncul dibenak fikirannya. Dia tersenyum jahat. Terjengket-jengket dia menapak perlahan ke belakang uminya.

"UMI!" Jeritnya di belakang umi dan terus melangkah beberapa tapak ke belakang uminya bukan boleh percaya kang dia buat gaya smackdown tai chi dia tu koma satu minggu.

Umi yang ingin mengacau masakan terkejut, sudip yang berada ditangan dibaling dengan kasar ke arah lantai dan  menyinsing lengan lagak macam gangster jalanan nak gaduh. Si dia yang menahan tawa sejak tadi melepaskannya selepas melihat uminya yang tersedar. Akibatnya, mendapatlah dia habuan cubitan ketam kasih sayang dari uminya, mengadulah dia di sana

"Kamu ni kalau bukan kerja nak kejutkan umi memang bukan kamulah orangnya kan"ujar umi seperti merajuk dengannya

"Alah umi ni, janganlah merajuk, Iqah saja ja nak buat umi terkejut macam ni.RINDU nak peluk umi, rindu nak kejutkan umi selalu dan rindu bau umi hehe"dia terus memeluk uminya erat boleh lemas kalau uminya tak bagi isyarat 'jangan peluk ketat sangat'. Namun baginya ia hanya satu balasan bagi kata-kata rindunya tadi yang uminya turut merinduinya.

Umi hanya mengusap kepala Iqah tanda dia jugak sangat merindukan anak kesayangannya itu atau lebih tepat anak angkat kesayangannya kerana dia ditakdirkan tidak dapat mengandung lima belas tahun lalu.

Umi tidak sedih kerana kehadiran Iqah mampu menceriakan kehidupannya dengan perangai Iqah yang agak gila-gila dan manja.

"Siapa cakap umi tak rindu anak umi seorang ni? Bagitau umi,biar umi ajar dia sikit" soal umi gaya macam orang nak cari gaduh dah tu

"Iqah yang cakap" ujarnya hanya gelakan umi balas

"Mestilah umi rindu Zafrin--Zaf--iqah anak kesayangan umi ni takkan nak rindu anak orang lain pulak kan" umi hampir saja terlepas cakap bagi mengelakkan Zafiqah bertanya lanjut lantas umi mencium pula dahinya. Masakan tu entah dah nak hangus kot sebab drama jejak kasih sedang berlansung di dapur rumah.

"Umi, mama kata abah ada kerja kat luar. Kerja apa umi?"

"Dia tengah urus pasal pendaftaran sekolah kamulah tu apa lagi"

Zafiqah hanya menganggukkan kepala dia masih mempunyai soalan namun terasa susah pulah hendak diluahkan.

"Iqah ingat sesuatu tak?" Soal umi tiba-tiba.  Zafiqah mula berfikir tentang soalan uminya yang agak KBAT itu. Apa yang aku ingat? Gumamnya sendiri

"Ingat pasal apa umi?"

"Ingat pasal yang kamu..."

"ZAFIQAH!"

Belum sempat umi meneruskan ayatnya tadi,mama terus menyeru nama zafiqah dengan nada yang agak dingin.

"Yes ma?" Soal Zafiqah kehairanan melihat renungan mama yang agak tajam ke arah umi.

"Tinggalkan mama dan umi sebentar" arah mama. Tanpa sebarang bantahan Zafiqah meninggalkan mereka berdua di dapur itu. Keadaan sunyi seketika.

"Apa yang kau nak buat ni Zaharah?lupakan  benda yang lepas biar dia jadi diri dia sendiri sekarang! " ujar Zinnira atau mama keras seperti memberi amaran

"Tapi Nira, aku tak mampu dan tak tahan tengok dia macam tu. Tipu dia lagi. Aku,aku tak sanggup. Memang betul apa yang kau cakap tu dia patut jadi diri dia sekarang tapi tak boleh ke beritahu dia perkara yang sebenar? "soal Zaharah atau umi

"Tak, itu tak boleh. Aku takkan biarkan benda tu berlaku. Aku hantar dia ke England  untuk biarkan dia sembuh kat sana dan biasakan diri dengan kehidupan dia sekarang dalam masa  yang singkat, cukuplah aku dan Zaiden pernah tinggalkan dia dulu" ujar zinnira sayu di hujung ayat

"Aku faham Nira cuma aku kesian dekat Zafrina--" ayat zaharah laju dipotong oleh Zinnira

"Stop it Zaharah Azwa! Dia bukan Zafrina. Dia Zafiqah anak perempuan aku! Pewaris tunggal keluarga Aldrich"tengking Zinnira agak kuat juga

"Tapi dia anak aku jugak!" Bentak Zaharah

"But--"

"ENOUGH!!" Jerkah Zaiden atau papa kepada mereka berdua. Terkedu dibuatnya Zaharah dan Zinnira...

TBS 2:The Lost Mine [C] Where stories live. Discover now