Part 14

1.7K 113 0
                                    

Haqiem Luqman

Aku melalui koridor untuk menuju ke basketball court kerana lagi 20 minit game seterusnya bermula dan aku akan menggantikan tempat Azirul tapi tak sangka pulak masa nak pergi jumpa Cikgu Faizal terserempak dengan Zafiqa tu.

Betullah apa gosip-gosip budak sekolah ni cakap termasuk Si Afiq bongok tu entah sejak bila masuk group pak cik mak cik bawang ni pun aku tak tahu.

Tapi satu ja benda yang aku rasa bila tengok orang yang sama ni buat kedua kali.

Personaliti...

Perangai dia orang berdua jauh berbeza, Kalau Zafrina jenis yang lembut dan kalau Zafiqa lebih kepada sombong dan sedikit kasar.

Sepanjang laluan ini, aku teringat di mana aku kenal Zafrina buat pertama kalinya semasa dia yang berjalan laju sehingga tidak sedar aku yang di depan sedang berbual dengan Faliq. Dan pengakhirannya, bukan aku yang jatuh tapi dia, sudahlah pendek ada hati nak langgar aku yang tinggi ni.

Tidak sedar tawaku terletus apabila teringat perangainya yang blur, yang sengal bila aku pura-pura pandang tempat lain, yang termenung tak ingat dunia, yang malu-malu bila aku usik dan semua benda pasal dia aku ingat dan memang akan buat aku sendiri ketawa macam orang gila.

Mesti semua readers tertanya-tanya kenapa aku suka Zafrina kan even dia hodoh. Tch----- dia tak hodoh pun tapi berpura-pura hodoh sebab sebelum ni aku pernah tertengok masa dia sorang-sorang dekat Ixora Garden dan nampak macam tak selesa. Aku cuba nak dekat dengan dia tapi berhenti bila dia ambil cermin kecil di poket baju uniformnya, spek yang bulat besar tu dibuka dan tangannya menyentuh anak matanya yang berwarna hitam pekat itu. Tapi, bila aku perhati dia dalam erti kata lain aku tengah skodeng dialah masa tu. Lol!..

Dia pakai pelekap mata, dan bila dia duduk tegak balik memang jelas dengan depan mata aku, aku boleh nampak mata dia yang aku tak tahu nak describe macam mana. I'm just speechless. Kenapa dia perlu sembunyikan mata yang menawan macam tu?  Sebab itu jugak aku cuba rapat dengan dia untuk tahu benda sebenar dan siapa dia yang sebenarnya?

Tapi lain pula jadi bila aku secara tak sengaja tersuka dia, aku perasan benda ni jadi pun bila Faiqal selalu rapat dengan dia sebelum dia hilang. Mungkin jugak lepas tengok rupa sebenar dia?

Tapi dengan sikap dia yang macam tu, buat aku bertambah suka tapi malangnya dia hilang dan entah berita tentang kehilangan dia pun dirahsiakan daripada semua pelajar dan mengatakan Zafrina benar-benar hilang dan mati.

Aku keliru dan dalam masa yang sama sedih. Keliru sebab takkan mayat dia tak ada kalau dah meninggal? Lagi pelik bila Zafiqa ini ada. Macam dalam cerita drama, heroin yang dulu lemah dan lepas tu hilang ingatan dan lepas tu dia muncul dengan watak baru untuk balas dendam?

Aku menggeleng. 'Over sangatlah kau ni Qiem, adakah samakan dengan drama. Ini semua Hazirah dengan Mama punya pasallah! Tak habis-habis nak ajak aku tengok drama sama-sama' sekali lagi aku menggeleng dengan sengihan.

Sedih, sebab Zafrina orang pertama yang buatkan aku ada perasaan. Kalau sebelum ni, aku tidak percaya dengan perempuan yang memiliki paras pura yang cantik, bagi aku dia orang semua fake! Sebab aku benci perempuan perosak rumah tangga mama atau lebih tepat mak tiri aku yang jauh lebih muda. Itulah sebabnya aku tak percaya lansung dengan muka cantik tetapi hati belum tentu suci. Tapi selepas kenal Zafrina, aku sedar tak semua perempuan cantik jahat, mungkin hanya sesetengah orang. Dan kalau boleh, aku nak tahu sangat siapa Zafrina Aziqah yang sebenarnya.

Sebaik tiba di court, Afiq menerpa ke arahku.

"Qiem, kau dari mana? Aku cari satu court ni tak jumpa, nasib game belum start lagi"

"Cikgu Faizal suruh aku jumpa dia dekat bilik gerakan"

"By the way, aku dengan siapa yang masuk nanti?"

"Ooh.. dengan Si Thaqid tu hah" aku melihat Thaqid yang sibuk memberi makan dengan kucing perutnya yang buncit. Cat lover betul. Orang lain get ready warming up dia pulak sibuk dengan kucing, tapi siapa tak kenal Thaqid. Budak beku pencinta kucing, muka ja dingin tapi suka kucing pelik. Yang aku pelik kenapalah orang gelar dia 'budak beku pencinta kucing' ni? Tahulah dia jarang senyum selalu muka garang ja. Aku yang rapat dengan dia pun tak tahu kenapa jarang senyum. Lagipun dia jenis yang tidak suka berkongsi masalah dan lebih kepada memendam.

Aku membiarkan Thaqid, pandai-pandailah dia handle team sekolah ni. Lagipun dia Kapten dan setiap kali game. cara Thaqid, dia akan bermain selepas game 1 habis dan masuk dalam game 2. Aku pun tak tahu strategi apa yang dia pakai ni tapi yang penting strategi ni menjadi jugak bila tengok dia yang memang sukan ni dah sebati dalam diri dia dan team kitaorang belum pernah dikalahkan oleh mana-mana sekolah.

**********

Nerdy Girls

"Alina, bukan kita dah bincang benda ni? Lagipun, kau dah tengok perangai dia macam mana tadi. Tak ubah sama ja dengan minah-minah gedik tu" ujar Raz dan mula menyampah mengenang sikap Zafiqa tadi.

"Kau betul Dilla, muka sama tapi hati belum tentu" ujar Alina sayu.

"Aku rindu Zaf" luah Alina dan menutup kelopak matanya dan bersandar di kerusi batu meja itu.

"Dahlah Ali, jom pergi court, game nak start dah tu" ujar Erra dengan puppy eyes.

"Buruk sungguh muka anda" Raz memandang jengkel dan menolak muka Erra yang hanya disebelahnya. Tawa Dilla terburai melihat muka Erra yang cemberut. Erra yang geram ingin menerkam Raz tetapi malangnya Raziqa terlebih dahulu berlari dengan jeliran lidah diberi ke arah Erra. Dan bermula larian maraton antara mereka berdua. Alina dan Dilla hanya menggeleng.

"Tak sangka en, kau boleh sound Si Zafiqa macam tu" ujar Alina dan tersenyum sinis.

"Well, aku tak kisah. Memang patut pun. Kalau ada cili, memang aku cilikan mulut dia tu" Sambil-sambil itu Dilla membuat gaya sehingga Terletus tawa kecil Alina.

"Mula dari hari ini..."

"Aku akan try move on" ujar Alina.

"Baguslah kalau macam tu. Ingat semua benda ni, kita tak nak pun jadi, tapi percayalah semua yang terjadi ni ada hikmah Alina"

"Dilla! Alina! Jalanlah cepat sikit! Crush aku nak main tu!" Jerit Erra dengan badan yang terkinja-kinja apabila yang berada di depan matanya ialah Thaqid yang memberi seekor kucing makanan.

Erra bersembunyi disebalik tiang dan mula men'snap gambar Thaqid sebanyak yang mungkin. Dalam sibuk dia mengambil pointer gambar yang baik, pandangan Thaqid tepat pada dirinya dan dengan laju dia bersembunyi disebalik dinding dengan degupan jantung yang berdetak kuat.

"Dia nampak aku ker?"

"Ooyemmgiii! Dia nampak ker aku skodeng dia ni" Erra menggigit hujung ibu jarinya.

"Harap-harap dia tak nampaklah, yang Si Raz ni pun satu! Siap engkau dasar minah brutal tak sedar diri!" Kutuk Erra geram kerana Raz meninggalkannya. Tapi ada hikmah juga, dapatlah dia tatap gambar-gambar candid yang diambil tadi. Eheks!


TBS 2:The Lost Mine [C] Where stories live. Discover now